24

2.6K 138 6
                                    

"PEMIKIRAN yang matang haruslah baca Kafka... Murakami... Tolstoy... Dostoyevsky... Hugo...." Mamat Ayo Kezambo tu masih membebel dengan gaya Cogsworth hidung tinggi. "Pembacaan yang mencerminkan nilai intelek yang tinggi, yang kritis." Bersungguh-sungguh dia dengan tangan ke kiri ke kanan membuat penekanan. "Bukan seperti bacaan ringan yang dilambakkan di pasaran. Popcorn! Kosong dan lompong semuanya! Hanya bermainkan angan, perasaan, imaginasi dan khayalan leka semata!"

Yani dah melunjurkan kedua-dua belah kaki. Disilang kedua-duanya di buku lali. Tangan kiri dilipat ke dada dengan tangan kanan menongkat dagu. Mata ditala pada dinding di depannya, melepasi bahu si panel yang masih bersemangat dengan lontaran vokalnya. Lawa mural yang Rune's Regatta buat untuk Magic Carpet Corner ni. Yani gosok dagu meneliti bentuk awan malam yang menghiasi dinding tu sambil mengangguk sendiri. Awan malam dan karpet ajaib, sangat Hikayat 1001 Malam. Mistik dan magical! Bebelan Cogsworth Ayo Kezambo tu Yani buat macam angin lalu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Percuma je ahli panel tu kena panggil Ayo Kezambo dalam kepala. Dah sebab kelakunya lorat sungguh! Yani malas nak ambil pusing. Dia datang sebab tajuk macam menarik. Sekali speaker jenis syok sendiri. Kalau tak kerana ada tauke kecik ni kat sebelah, dah lama dia blah!

Monolognya kembali pada dinding. Kalau aku jadi tuan punya kedai ni, mau je rasanya aku tulis lirik A Whole New World celah-celah awan tu. Baru betul feel ala Aladdin bawak Jasmine naik magic carpet pusing dunia. Tak pun tulis lirik What a Wonderful World nyanyian Louis Armstrong. Tak pun Sinatra punya Fly Me to the Moon. Sekali lagi Yani mengangguk sendiri melayan angan. Husna di sebelah dah berkerut dahi apabila tengok Yani mata kosong pandang dinding dengan kepala turun naik. Dah semacam je tu, kenapakah?

Pandangan Mamat Ayo Kezambo tu beralih daripada Husna ke arah Yani. Daripada manis bergula apabila pandang Husna, dah jadi masam bercuka apabila alih pada tauke Garpu & Camca. Makin berlapis dahinya apabila tengok pandangan Yani tembus dinding dah entah ke mana. Yang nyata bukan lagi pada diskusinya.

"Tuan setuju?" Aju si panel pada Yani apabila melihat lelaki itu mengangguk walaupun jelas yang itu bukan tanda setuju pada penyataannya tadi. Mata Yani memang tepat pandang dinding kut!

"Betul la tu." Yani sambut mudah dengan sengih selamba. Mata masih juga pada awan di dinding.

"Kalau tuan? Buku yang bagaimana?" Dengan mulut muncung soalan tu dilontarkan macam peluru meriam. "Yang kaya dan rencam kandungannya."

Yani angkat sebelah kening apabila soalan masih tak henti diaju ke arahnya. Lambat-lambat dia alih mata daripada awan malam ke muka Ayo Kezambo kelat masam. Kemudian senyum. "Enid Blyton." Yakin, dan kering yang tak berperasaan.

Sepi tersampuk terus ruang Magic Carpet Corner tu...

...sebelum pecah dengan suara Si Ayo Kezambo ketawa celaka macam Ravana lepas dapat bawak lari Sita. 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now