Resipi Stew 'Campak Sitew' Yani (khas untuk kita yang aci redah)

2.6K 91 3
                                    

½ kg daging kambing (atau lebih)

3 biji kentang sederhana besar

2 biji bawang perang sederhana besar

2 labu bawang putih

3-4 batang lobak merah (bergantung pada saiz)

Sos tiram

Kicap pekat

Kicap manis

Sos cili

Sos tomato

Sos Worchestershire (jika ada/mahu)

Oregano (jika ada/mahu)

Basil (jika ada/mahu)

Biji lada hitam

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa



1. Basuh daging, kemudian rebus hingga separuh masak. Gunakan air cukup-cukup sahaja.

2. Tumbuk biji lada hitam hingga hancur (kasar).

3. Basuh, kupas dan tumbuk bawang putih hingga hancur (halus).

3. Campurkan semua sos, kicap, biji lada hitam, bawang putih, basil dan oregano (jika ada/mahu) ke dalam mangkuk besar (Mangkuk A). Lebihkan sos tiram.

4. Kentang dipotong empat.

5. Bawang perang dicencang kasar.

6. Lobak merah dipotong panjang besar-besar.

7. Angkat dan toskan daging apabila separuh masak.

8. Masukkan daging ke dalam mangkuk A, gaul hingga sebati. Tinggalkan.

9. Masukkan bawang perang, lobak dan kentang yang telah dipotong ke dalam stok daging yang masih di atas dapur. Masak di atas api sederhana hingga kentang separuh masak. Tambah air jika perlu.

10. Masukkan daging yang telah diperap bersama semua bahan-bahan daripada Mangkuk A ke dalam periuk setelah kentang separuh masak.

11. Masak dengan api kecil hingga daging dan kentang lembut, serta hingga kuah menjadi pekat. Tambah air jika perlu. Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

12. Jika kuah masih terlalu cair, campurkan dengan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air panas.


Nota: Stew ni boleh modify sendiri. Boleh campak saderi, lada benggala, tomato, atau apa je yang rasa teringin kalau nak. Sebab tu namanya Stew Campak Sitew. Tapi agak-agak la. Jangan campak masuk chocolate chip atau peanut butter, sudah. Tapi to think again.... hmm... macam sedap jugak kalau campak tu.... Heh. 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now