Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.
Keesokannya, Bai Luo Yin seperti biasa datang lambat lagi ke sekolah. Gu Hai sengaja memandangnya.
Bai Luo Yin masih memakai uniform semalam yang penuh dengan lubang. Selepas Gu Hai tahu tentang gaya hidup tak terurus sepasang ayah dan anak, itulah yang membuatkan dia berani memotong uniform Bai Luo Yin, sebab Gu Hai tahu dia tak akan menanggalkannya.
Bagus, semuanya dalam perancangan.
Malangnya, angin bertiup lebih kuat dari hari-hari sebelumnya.
Gu Hai asyik memandang Bai Luo Yin dari tadi, menantinya terlelap.
Namun hari ni Bai Luo Yin nampak lebih bertenaga; sekarang sudah sesi kedua kelas tapi dia masih lagi terjaga, dengan belakangnya lurus seperti ada sesuatu yang menegakkannya.
Tidur, tidur... gumam Gu Hai sendirian.
Akhirnya, bila mata pelajaran yang kedua telah tamat, Bai Luo Yin tak dapat tahan lagi lalu kepalanya dibaringkan ke meja. Gu Hai menunggu dengan sabar untuk memastikan Bai Luo Yin nyenyak dalam tidurnya, tangannya menggapai Bai Luo Yin.
"Ring... Ring... Ring..."
Waktu kedua sudah pun berakhir, Gu Hai cepat-cepat mengalihkan tangannya.
Waktu ketiga adalah kelas Pendidikan Jasmani (PJ), Gu Hai menyimpan semula jarum dan benang ke dalam mejanya.
Kelas PJ kali ini diajar oleh seorang guru baru, dan guru itu kelihatannya agak serius dan angkuh. Hari ini adalah hari pertamanya mengajar, namun dia sudahpun menghina beberapa pelajar yang tak berada dalam barisan dan tak berdiri tegak; juga menggelarkan mereka pengecut.
"Kamu, arahkan pelajar untuk berbaris, cepat." Guru PJ menunjukkan jarinya ke arah ketua kelas PJ.
(T/N: Ketua kelas PJ - seorang pelajar yang bertanggungjawab mengambil kehadiran dan mengatur perbarisan pelajar yang lain, dalam subjek PJ, pelajar ini akan berdiri di hadapan dan mengarahkan mereka melakukan 'warm ups' atau mengepalai acara larian. Ketua kelas adalah berbeza bagi setiap subjek.)
Ketua kelas itu baru sahaja mengeluarkan beberapa perkataan dan dengan tiba-tiba guru PJ menjerit, "Kamu tak makan ke pagi tadi?"
Ketua kelas itu mengangguk, "Sudah, tapi saya masih lagi lapar."
Semua orang ketawa, namun guru PJ tak akan mengambil mudah hal itu.
Saya akan tunjukkan kepada kamu semua siapa ketua di sini, berani sangat bersikap tidak sopan ya!
"Masuk barisan, saya akan pilih ketua yang lain!"
Dengan pandangan yang penuh hina, guru PJ itu berjalan melewati setiap pelajar dan terus menuju ke barisan hujung, matanya tertumpu pada orang yang berdiri di belakang. Dia kelihatan lebih menonjol dari rakan sekelasnya yang lain, dengan aura dominan yang tidak jelas mengelilinginya. Dengan melihat kedudukan dan posturnya, dia sememangnya banyak melakukan senaman: kelihatan seperti seorang ahli sukan yang sempurna.
"Kamu, datang sini!"
Gu Hai melangkah dengan gagah, tegap dan penuh keterampilan.
Wajah guru PJ itu akhirnya bersinar penuh dengan aspirasi.
"Laungkan arahan pada mereka, saya nak dengar."
Gu Hai melemparkan pandangan tajam ke arahnya. Dia dapat melihat kesombongan dan keangkuhan di dalam mata guru itu. Guru itu seolah-olah memberi suatu kehormatan dengan membiarkan Gu Hai melaungkan arahan, dan jika Gu Hai tak dapat mengucapkan kata-kata itu dengan jelas dan tegas, itu berarti dia tak layak dihargai oleh guru tersebut.
YOU ARE READING
Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New Update
Teen FictionNovel Asal: 你丫上瘾了? (Are You Addicted) Pengarang Asal: Chai Jidan Bahasa Asal: Cina Terjemahan Ke Bahasa Inggeris: Just BL Things Luo Yin: Kau sakit! Gu Hai: Ya, aku sakit. Luo Yin: Makanlah ubat! Gu Hai: Kaulah ubat aku. Sesetengah orang itu ibarat...