Bab 7: Seorang Budak Lelaki Yang Memakai Sandal Dan Seluar Bercawat Singkat

21 3 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.  

Pagi semakin berganjak ke tengah hari apabila Bai Luo Yin terjaga akibat bunyi deringan telefon. 

Suara Yang Meng kedengaran di hujung talian. 

"Hei, kawan! Tidur lagi ke? Hari ni sekolah dah mula. Kau diletakkan dalam kelas 27. Cepat datang untuk daftar. Aku jamin ada kejutan besar untuk kau." 

Bai Luo Yin bangun lalu duduk di hujung katilnya.

Bangun pada setiap pagi sangat menjengkelkannya, ditambah pula dengan musim persekolahan yang bermula terlalu awal. 

Dalam perjalanan ke sekolah, kakinya tiba-tiba tersadung sesuatu.

Apabila menjenguk ke bawah, dia mendapati kakinya masih tersarung sandal dan bukannya kasut. 

Ahh..!

Biarlah.

Sudah berjalan sejauh ini malas pula nak berpatah balik. 

••• 

Sekolah Tinggi Gred 11 Kelas 27. 

Dia membuka pintu kelas lalu masuk. 

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana pelajar yang paling lewat ke kelas, mereka akan mendapat perhatian penuh daripada guru dan pelajar lain.

Bai Luo Yin juga tidak terkecuali. Meskipun dia sering menganggap perkara itu seolah-olah tidak berlaku. 

Tanpa mencuba untuk memberi alasan mengapa terlewat, dia terus berjalan menuju ke tempat duduknya di baris belakang, kerusi ditarik lalu dia duduk.

Wajahnya setenang mungkin. Disebabkan itu, suara-suara cemuhan memenuhi ruangan kelas. 

Bai Luo Yin tidak mengerti. Dia tertanya-tanya. 

Seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya menjawab segala persoalan. 

"Kau baru je hilang peluang baik kau." 

Bai Luo Yin tidak nampak teruja.

"Peluang baik apanya?" 

"Tengok kat depan tu." 

Bai Luo Yin mengangkat matanya dan menatap sejenak guru penasihat yang berada di hadapan. 

Guru wanita itu merupakan guru popular di sekolah tersebut. Pelajar-pelajar menggelarnya 'guru selebriti'.

Disebabkan kecantikkannya, dia sentiasa menjadi wakil sekolah dalam apa jua acara. Semua pelajar lelaki berebut-rebut mahu menjadi pelajarnya. 

"Kalau aku jadi kau, aku akan ambil kesempatan ni untuk meminta maaf padanya sebab terlewat semata-mata nak rapat dengannya." 

"Tak perlu pun semua tu. Kau cuma perlu rosakkan meja kau dan dia akan datang sendiri kepada kau tanpa bertanya." 

Pelajar lelaki tadi tersenyum. "Kau tau kan aku tak berani buat tu?" 

Bai Luo Yin baru mengerti apa yang dimaksudkan oleh Yang Meng. Ianya berkenaan guru penasihat itu. 

Tetapi sayang, Bai Luo Yin tidak tertarik langsung dengan kecantikannya, lagi-lagi yang wajahnya mirip ibunya sendiri. 

Sedang dia mengeluarkan alat tulis, pennya tiba-tiba jatuh ke lantai. Bai Luo Yin merendahkan tubuhnya untuk mengambil pen tersebut dan secara tidak sengaja dia menyedari seorang pelajar lelaki di hadapannya turut memakai sepasang sandal.

Bukan itu sahaja, dia juga memakai seluar yang bercawat singkat. Kelihatannya dia bergaya sehabis mungkin. 

"Hai pelajar semua."  Saat bibir seksi itu mengucapkan kata-kata, suasana di dalam kelas serta merta senyap.

Yang hebatnya, semua 'haiwan jantan' di dalam kelas itu menahan nafas mereka semata-mata tidak mahu ada sebarang bunyi. 

"Saya adalah guru penasihat kelas kamu. Nama saya Luo Xioyu. Ini nombor telefon saya."

Dia berpaling menghadap papan hitam lalu menulis nombor telefonnya. 

"Kamu semua patut berbesar hati kerana saya tak pernah bagi nombor saya kepada pelajar-pelajar saya yang terdahulu." 

Bunyi tepukan gemuruh memenuhi segenap ruangan kelas.  Hanya dua orang saja yang tidak menyalin nombor telefon guru tersebut. Terutamanya Bai Luo Yin.

Dia sebenarnya cukup bijak untuk tidak berbuat demikian kerana sudah tahu tiada siapa yang akan menjawab jika nombor itu didail. 

••• 

Sekarang tiba masanya untuk para pelajar memperkenalkan diri masing-masing.  Apabila tiba giliran pelajar lelaki yang memakai sandal dan seluar bercawat singkat itu, Bai Luo Yin cuba memberikan perhatian kepadanya. 

"Saya berasal dari bandar Tianjin. Nama saya You Qi." 

(T/N: 'You Qi' dalam bahasa Cina bermaksud 'istimewa'.) 

Bai Luo Yin masih mengharapkan agar pelajar itu bercakap lebih panjang, namun dia sudah pun berjalan kembali ke meja dengan auranya yang tampan. 

Bai Luo Yin sedikit bingung dan mula bercakap dengan dirinya sendiri. 

'Nama kau istimewa? Ape hal dengan nama kau? Kau balik ke meja tanpa bagi tahu siapa nama kau?' 

Bai Luo Yin mengangkat wajahnya lalu membaca dua patah perkataan yang tertulis di papan hitam. 

'You Qi' 

Jadi, namanya ialah You Qi. 

Bai Luo Yin hampir saja tersungkur. Mujur tiada siapa yang mendengar bebelannya.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now