Bab 18 : Kau Ingat Kelakar Ke?

27 2 1
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.

Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat para pelajar lelaki berjalan tak berbaju di koridor sekolah terutama selepas waktu PJ. Tapi, untuk dapatkan perhatian seratus peratus daripada semua pelajar, hanya Gu Hai sorang yang mampu buat. Dengan badannya yang berotot dan postur yang sempurna, macam mana budak-budak lelaki  lain tak cemburu?

Setelah kembali ke kelas, semua orang masih bercakap mengenai Gu Hai. Setiap saat Gu Hai menerima pandangan aneh dari rakan sekelasnya, menyedari yang dia perlu memakai jaketnya dengan cepat, kalau tak nanti orang fikir yang dia nak menunjuk-nunjuk badannya yang berotot pula.

Dia mengeluarkan jaket dan cuba memakainya, dua lengan diletakkan di bahagian masing-masing, dan kemudian dia cuba mencucuk kepalanya melalui kolar...

Cucuk!  Cucuk!  Cucuk!...

Eh? Kenapa ni?

Aku salah cucuk lubang ke?

(T/N : Sexual innuendo here ya. Lmao 🤤)

Gu Hai menanggalkan kembali jaketnya lalu diletakkan di atas riba. Setelah diamati beberapa saat, dia menjumpai masalah yang serius.

Kenapa jaket aku cuma ada dua lubang lengan saja?

Lubang lehernya mana?

Gu Hai cepat-cepat mengangkat bahagian kolar jaketnya, dan dia melihat garis-garis hitam yang padat dijahit di sekitar bulan leher.

Bahagian ni dah kena jahit, macam mana aku nak keluarkan kepala aku?

Gu Hai tergamam seketika, sebelum cepat-cepat mencari sesuatu di dalam laci mejanya. Benang dan jarum tadi dah hilang.

Dia memandang tempat duduk Bai Luo Yin.

Kosong.

Dia memusingkan badannya untuk melihat ke arah pintu belakang kelas dan menangkap satu wajah yang dihiasi senyuman. Tak tahu lah sudah berapa lama dia berdiri di situ, yang pasti daripada pandangan wajahnya, mungkin dia telah menyaksikan semua yang terjadi dari awal hingga akhir, dan dia kelihatan menikmatinya.

Gu Hai memerhati Bai Luo Yin yang perlahan-lahan berjalan ke tempat duduknya. Dia senyap, senyap lagi, tiba-tiba...

"HA HA HA HA HA HA..."

Dia dah tak dapat tahan lagi dan terus ketawa terbahak-bahak.

You Qi yang duduk di depannya terkejut, dia tak pernah dengar Bai Luo Yin ketawa sampai macam tu. Ketika dia berpaling ke belakang, dia dapat lihat Bai Luo Yin ketawa besar hingga mengalir air mata; dia ketawa sambil menumbuk meja seolah-olah tak mampu menahan perasaanya.

"Kau okey tak?"

You Qi tak dapat jawapan dari pertanyaannya itu, sementara Bai Luo Yin kelihatan semakin hanyut dalam gelak tawanya.

Sial punya budak! Tapi takpe, nasib kau baik kali ni!

Dulu, kalau ikutkan amarah Gu Hai, dia akan seret Bai Luo Yin keluar dari kelas dan pukul dia habis-habisan. Tapi, lepas tengok Bai Luo Yin ketawa sakan hari ni, tiba-tiba saja perasaannya terasa lain.

Aku nak salahkan siapa? Jarum dan benang tu aku sendiri yang bawa. Aku juga yang potong bajunya, sekarang dia cuma pertahankan diri. Jadi bagaimana aku boleh balas perbuatannya ni.

Dia mesti segera potong jahitan itu. Kalaulah dia tahu benda ni akan terjadi, dia tak kan bawak jarum dan benang tu. Gu Hai pergi ke setiap meja untuk meminjam pisau.

Loceng berbunyi, semua orang berdiri untuk memberi salam kepada guru dan kemudian duduk. Gu Hai masih sibuk bergelut dengan masalahnya, jahitan itu terlalu ketat, dia dah cuba sedaya upaya menanggalkan jahitannya, tapi tak satu pun cara berhasil.

Sekarang kelas kimia, guru yang mengajar adalah seorang wanita berusia lima puluh tahun yang mempunyai gaya pengajaran yang sangat ketat dan pemikiran yang kolot. Dia membuka buku teks sambil matanya meliar ke setiap penjuru kelas dan akhirnya berhenti pada Gu Hai.

"Kamu yang kat belakang tu, sekarang trend baru ke untuk datang ke sekolah dengan memakai separuh bogel?"

Semua mata segera tertumpu ke arah Gu Hai, bahkan dia dengan mudah dapat mengagak apa yang ada difikirkan mereka; walaupun dia dah tunjukkan prestasi yang hebat di kelas PJ, tak perlu lagi nak tunjukkan di waktu kelas yang lain, dia ni tak malu ke?

"Cikgu, uniform saya ada masalah, saya akan baikinya sekarang jugak."

Sejurus itu, Gu Hai terus cuba untuk leraikan jahitan di uniformnya. Tapi jahitan yang tidak kemas dengan benang kecil sangat susah untuk dileraikan sekaligus. Sepuluh minit berlalu, namun Gu Hai hanya mampu meleraikan separuh daripada jahitan tersebut.

"Macam ni lah, kalau kamu nak telanjang sangat, keluar dari kelas saya; saya tak kisah pun orang lain fikir. Tapi, benda ni tak kan jadi dalam kelas saya sebab ia boleh mengganggu fokus saya nak mengajar!"

Dengan perasaan marah sambil menarik benang, Gu Hai melihat bahu Bai Luo Yin bergetar. Dia tahu Bai Luo Yin sedang ketawa.

"Berapa banyak jahitan yang kau jahit?"

"Aku jahit sama banyak dengan 'chin up' yang kau buat tadi."

"Celaka!"

Gu Hai menjadi buntu dan dalam kepalanya berfikir untuk bunuh diri saja sekarang daripada terus menanggung malu.

Asal kau jahit banyak sangat?

Bai Luo Yin mengusap perut, kudratnya dihabiskan hanya untuk ketawa, nampaknya dia akan kekurangan tenaga untuk berjalan pulang nanti.

Akhirnya, Gu Hai terpaksa keluar dari kelas, dia berdiri di luar sambil melepaskan jahitan dan akhirnya dia berjaya.

Namun, bulan leher jaketnya sekarang dah hancur disebabkan dia terburu-buru melepaskan jahitan itu sehingga leraiannya menjadi tidak kemas. Malah, bulan leher jaketnya itu kelihatan semakin berenda-renda!

Gu Hai kembali semula setelah loceng berbunyi. Bai Luo Yin sedang mengemas barangnya di meja ketika dia melihat Gu Hai masuk, dia tersenyum sendiri.

Gu Hai tiba-tiba memusingkan tubuh Bai Luo Yin dengan kuat dan menatap matanya dalam-dalam, "Kenapa kau selalu gelak bila tengok aku?"

"Err, sebab aku suka gelak."

Bai Luo Yin memandang kolar Gu Hai yang sudah menjadi renda-renda yang tidak kemas, dia tidak dapat menahannya lagi dan terus ketawa terbahak-bahak.

"Kau ingat kelakar ke!"

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now