Bab 6: Pasangan Suami Isteri Tua Yang Penyayang

19 3 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.

"Apa? Kau nak tukar sekolah?"

Gu Hai mengangguk,

"Sekolah aku sekarang ni dekat sangat dengan rumah, jadi memandangkan aku dah pindah, agak susah sikit nak dapatkan pengangkutan."

Fang Fei sedikit terkejut dengan kata-kata Gu Hai.

"Kau dah berpindah?"

Gu Hai dengan santainya bersandar pada kabinet. Tangannya sibuk menyalakan api rokok sebelum berkata, "Aku bergaduh dengan orang tua tu."

Fang Fei pantas menyambar rokok di tangan Gu Hai, "Kau terlalu muda untuk merokok. Aku nak bagi tau, merokok boleh jejaskan usia baligh kau, kau tau tak?"

"Aku dah akhir baligh dah pun." Fang Fei dengan sengaja melirikkan matanya ke celah kelangkang Gu Hai, tapi dengan cepat dia mengalihkan pandangannya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sambil memulakan perbualan yang baru.

"Jadi, kau nak cari sekolah yang macam mana?"

"Kat sinilah aku perlukan bantuan kau."

"Aku dah agak dah, kau cari aku mesti nak mintak tolong kan? Memang dah takde benda lain."

Gu Hai tersenyum kecil, "Sekarang, kaulah satu-satunya keluarga yang aku boleh bergantung harap."

Fang Fei berasa tersentuh mendengarkan ayat-ayat Gu Hai. Dia sudah menganggap Gu Hai seperti adik-beradiknya sendiri; ke mana saja dia pergi, Gua Hai tetap ada bersamanya.

Walaupun kedua-duanya sudah besar, keadaan itu masih tetap sama. Tak kira apa masalah yang dihadapinya, dia akan terus datang berjumpanya.

"Sebenarnya, suami aku ada seorang kawan yang juga seorang pengetua sekolah."

"Habis tu cepatlah bagi tahu dia untuk tolong aku."

"Sabarlah." Fang Fei menggenggam tangan Gu Hai.

"Terlebih dulu aku nak bagi tau kau yang sekolah tu bukanlah sekolah yang terkenal, persekitaran belajarnya pun tak sebagus sekolah yang kau pergi sekarang ni. Tapi taklah seteruk mana pun."

"Biarlah, asalkan aku dapat sekolah kat sana. Semuanya aku serahkan kat kau."

•••

Bai Luo Yin baru sahaja membuka komputer dan memasuki laman e-melnya; peti masuknya dipenuhi lebih kurang 20 mesej yang belum dibaca dengan alamat luar negara, dan kesemuanya dihantar oleh orang yang sama...Shi Hui.

Padam, padam kesemuanya.

Jika dia mahu mengakhiri semua itu, dia harus berbuat demikian kerana tidak mahu lagi ada perasaan yang tersisa dalam hatinya.

"Xiao Yin ahh. Mari sini!"

Suara Nenek Bai kedengaran memanggil namanya dari bilik sebelah. Bai Luo Yin cepat-cepat menuju ke biliknya.

Nenek Bai sedang duduk di atas sofa, tubuhnya yang kecil molek dan sedikit gempal itu persis sebuah patung Buddha kecil; jika dia tidak bercakap, mungkin orang akan menganggap yang dia seorang yang sihat.

Tetapi, sekali dia membuka mulut, kata-katanya boleh menakutkan orang.

"Xiao Yin ahh, cantas epal untuk nenek."

(T/N: Neneknya tidak menggunakan perkataan '切' (qie, potong/hiris), sebaliknya dia menggunakan perkataan '砍' (kan, kerat/ cantas; yang merujuk kepada mengerat dahan/pokok.)

Bai Luo Yin sudah terbiasa dengan percakapan neneknya, sebiji epal diambil lalu dikupasnya. Hampir separuh epal dikupas, Nenek Bai tiba-tiba mengambil kulit epal itu dan memakannya sambil membebel sesuatu.

Bai Luo Yin cuba untuk menghentikan perbuatan neneknya itu,

"Nenek, janganlah makan."

"Tebal, tebal."

(T/N: Maksud Nenek Bai ialah Bai Luo Yin membazir dengan mengupas kulit epal terlalu tebal.)

Bai Luo Yin tahu apa yang dimaksudkan neneknya.

Setahun yang lalu, neneknya merupakan seorang yang banyak bercakap; saat berkumpul bersama keluarga, kau akan hanya akan dengar suaranya sahaja. Kalau masa bersembang, 10 orang pun tak dapat bersaing dengannya.

Awal tahun ini, Nenek Bai dimasukkan ke hospital kerana menghidap pulmonary embolism, dan kemudian darah beku mulai terbentuk dalam pembuluh darah yang membawa darah ke otak.

Inilah punca mengapa dia tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul.

(T/N: Pulmonary embolism - saluran arteri paru-paru tersumbat secara tiba-tiba.)

Ambil saja 'mencantas epal' dan bukan 'memotong epal' sebagai contoh dan sepanjang masa, dia akan memanggil Datuk Bai sebagai pak cik, mak cik Bai Luo Ying sebagai kakak malah cucunya itu juga dianggap orang seusianya.

"Nenek, saya masuk bilik dulu, komputer tak tutup tu."

"Tunggulah dulu, nenek nak sembang dengan kamu sekejap."

Satu perkara lagi, meskipun percakapannya sudah tidak seperti dulu, Nenek Bai masih mahu saja bersembang. Apabila dia sudah dapat teman berbual, susah baginya untuk berhenti; mungkin inilah sebabnya mengapa jiran-jiran sering mengelak daripada bertemu dengannya.

Sejujurnya, hanya keluarganya saja yang betul-betul memahami sifatnya yang begitu.

"Bila kasut kamu nak mula?"

(T/N: '鞋', xie (kasut) sepatutnya '学', xue (sekolah)

"Dalam seminggu dua lagi."

Nenek Bai menggenggam tangan Bai Luo Yin dengan wajahnya sedikit khuatir. Lagaknya seperti orang yang sihat.

"Belajar elok-elok, jangan buat masalah."

Bai Luo Yin membalas dengan suara lembut, "Nenek jangan risaulah, saya takkan buat hal."

Lebih kurang lima minit selepas itu, Nenek Bai tertidur; selalunya orang-orang tua sukar untuk tidur, tetapi tidak baginya. Dia akan bangun jam 8 pagi untuk sarapan, dan tidur sehingga tengahari, selepas makan tengahari dia tidur semula sehingga pukul 4, berjalan-jalan di sekitar rumah, lalu makan malam dan tidur pada jam 8.

Berbeza dengan Nenek Bai, Datuk Bai sebaliknya bangun pada jam 4 pagi, menunggang basikalnya mengelilingi desa dan balik pada tengahari untuk makan, keluar lagi pada petangnya lalu pulang untuk makan malam, kemudian keluar semula untuk berjalan dan apabila pulang, dia sudah tiada waktu lagi untuk tidur.

Mereka berdua mempunyai satu persamaan iaitu kedua-duanya muddle-headed.

(T/N: Muddle-headed - mental yang tidak teratur/bercelaru, jiwa kacau.)

Sebagai contoh, mereka berdua menonton beberapa program di tv, dan akan menghubung kaitkannya antara satu sama lain. Kemudian esoknya, dengan detail yang lengkap mengenai drama tv, mereka akan mencari seseorang untuk menceritakan semula apa yang ditonton mereka.

Bai Luo Yin dengan lembut mengangkat sehelai jubah lalu menyelimutkan Nenek Bai yang sedang nyenyak tidur. Dia berjalan keluar meninggalkan bilik itu.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now