Bab 15 : Ini Baru Dipanggil Lembu!

30 2 1
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.

"Cikgu, saya nak tukar tempat duduk"

Mata Luo Xiao Yu berkelip dua kali, berpaling menghadap Gu Hai lalu tersenyum.

"Kamu nak duduk di baris hadapan?"

"Tak."

"Habis tu kamu nak diduk di baris paling belakang?"

"Tak."

Wajah Luo Xiao Yu berkerut pelik, seperti malaikat yang jatuh menyembah bumi, sehinggakan hati Gu Hai berdegup kencing tapi dengan cepat-cepat di mengawal dirinya.

"Saya nak pindah ke baris di sebelah kanan."

"Jadi, kalau macam tu," Luo Xiao Yu dengan tenang menjelaskan, "Kita akan buat pertukaran tempat duduk sekali dua minggu; dengan kata lain, kamu akan dipindahkan ke tempat yang kamu nak dalam masa dua hari lagi."

"Bukan itu maksud saya,"

"Saya nak tukar ke tempat duduk di belakang Bai Luo Yin."

"Tempat duduk di belakang Bai Luo Yin?" Luo Xiao Yu kelihatan agak keliru.

Gu Hai tersenyum, "Ya, kitorang dah berkawan baik, jadi kalau duduk dekat-dekat akan motivasikan kitorang untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh."

Luo Xiao Yu kurang senang dengan permintaan itu. Sejujurnya agak susah untuk pelajar meminta ditukarkan tempat duduk, kerana kedudukan mereka adalah berdasarkan keputusan dalam akademik.

"Kamu balik ke kelas dulu, saya akan uruskannya."

"Sekarang!" Gu Hai mencelah, "Saya nak tukar sekarang."

Ekspresi wajah Luo Xiao Yu berubah serta merta, bibir mugilnya gugup, jelas sekali dia kurang senang dengan tingkah laku Gu Hai kerana di sekolah itu tiada siapa yang berani meninggikan suara kepadanya.

"Ok, baiklah. Tukar ke tempat duduk yang kamu nak tengah hari nanti."

Tidak lama selepas Gu Hai pergi, seorang pelajar lelaki dengan muka tidak bersalah bergegas masuk lalu berdiri di hadapan Luo Xiao Yu.

"Cikgu, boleh tak pindahkan saya ke tempat duduk depan? Zhang Da Wei selalu tendang kerusi saya. Bila saya balas balik, dia akan tendang lagi."

"Kalau dia tendang kerusi kamu, kenapa kamu tak bagitahu dia supaya jangan tendang?" Luo Xiao Yu meninggikan suaranya, ekspresi wajahnya tampak marah.

"Tukar tempat duduk! Tukar tempat duduk! Kamu ingat nak tukar tempat duduk tu senang ke? Boleh tak bagi saya masa untuk berehat?"

Nampaknya guru yang cantik akan lebih menawan apabila mereka sedang marah, sehinggakan pelajar lelaki itu kelihatan semakin mendesaknya.

"Cikgu, tolonglah, saya merayu, pindahkan saya ke tempat duduk depan."

Sikap baran Luo Xiao Yu sebenarnya sudah terkenal dalam kalangan warga sekolah; dia seorang yang bijak, cantik dan bersuamikan lelaki yang agak kaya. Jadi, itu perkara biasa untuknya mempunyai sikap sebegitu.

"Kalau kamu cakap lagi sepatah, jangan masuk kelas saya lagi!"

Dua saat kemudian, pelajar itu keluar dari pejabat dengan muka yang muram.

•••

Bila Bai Luo Yin kembali ke kelas tengah hari itu, dia mendapati orang yang paling dibencinya duduk di belakang tempat duduknya. Dalam benaknya penuh dengan kata makian terhadap budak itu dan dengan wajah yang menjengkelkan dia terus duduk.

Loceng telah pun berbunyi, Bai Luo Yin perasan yang Gu Hai masih lagi duduk di belakangnya.

Akhirnya, dia dah tak boleh tahan lagi.

"Kenapa kau tak balik ke tempat duduk kau?"

"Aku dah tukar tempat duduk. Mulai hari ni, aku duduk kat sini." Gu Hai ketawa dengan puas.

Muka Bai Luo Yin semakin menebal dan dia tak dapat lagi menyembunyikan perasaan bencinya pada Gu Hai.

Itulah Bai Luo Yin, sekali dia tak sukakan sesorang itu, walau diacu pistol sekali pun dia tak akan bercakap mesra dengan orang itu.

Loceng berdering lagi, Bai Luo Yin berpaling ke hadapan, malas ambil kesah lagi.

"Baiklah pelajar-pelajar, keluarkan tugasan yang saya bagi semalam, kita ulang kaji sama-sama."

"Ahem...." Gu Hai mencucuk belakang Bai Luo Yin dengan jarinya, "Aku tertanya-tanya kenapa kau jahit lubang dekat baju putih kau dengan benang warna hitam?"

"Ini namanya lembu!", balas Bai Luo Yin.

"Lembu?"

"Kau tak tau ke ada banyak jenis lembu dengan tompok hitam dan putih?"

"...."

Gu Hai hanya tersenyum sendiri.

Budak ni betul-betul mulut celupar. Tapi kan, macam mana ia dipanggil lembu kalau hanya ada satu tompok saja?

Kau sepatutnya kena ada lebih banyak tompok hitam untuk dipanggil lembu.

Oleh itu, Gu Hai mengeluarkan gunting kecil, mengambil kesempatan keatas tabiat tidur Bai Luo Yin, dan dia mula memotong lebih banyak lubang pada uniform Bai Luo Yin.

Dalam perjalanan balik ke rumah, Bai Luo Yin asyik menarik kolar uniformnya, dia tertanya-tanya, adakah bajunya berlubang lagi?

•••

"Da Hai, kau tengah bersenam ke?"

Gu Hai memasukkan earphone ke dalam telinganya dan kedua-dua tangannya menggapai sesuatu; disebelah kirinya jarum dan disebelah kanan pula benang berwarna hitam. Dia cuba memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum.

"Aku sedang masukkan benang ke dalam jarum."

"Apa?" Jin Lu Lu ketawa kecil. "Selepas kau pergi dari rumah tu, tak ada siapa nak menjahit baju untuk kau. Itu sangat susah untuk kau wahai anak muda."

Akhirnya benang itu masuk juga ke dalam lubang jarum, wajah Gu Hai agak bangga namun terselit ekspresi niat jahatnya.

"Aku bukan menjahit untuk budak perempuan."

Kedengaran guruh beberapa kali berdentum di dalam talian.

"Habis tu, kau menjahit untuk siapa?"

Gu Hai mencabut earphonenya dan membalas pertanyaan Jin Lu Lu dengan tergesa-gesa, "Kau menjerit kenapa? Bukannya untuk budak perempuan. Kau tak kan faham kalau aku bagitahu pun."

"Da Hai, aku rindukan kau, datanglah jumpa aku di Tianjin."

Gu Hai menyimpan jarum dan benang tadi, kasutnya ditanggalkan lalu dia baring untuk tidur.

"Ok."

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now