Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.
Pak Cik Yang Meng telah menghantar empat orang lelaki kepada Bai Luo Yin; Ma Tu (Bald Ma), La La Man, San Zhazi dan Si Lindang.
Dengan hanya mendengar nama mereka, orang pasti dapat mengagak yang mereka bukannya dari kalangan yang berintelektual. Kalau ada pun, barangkali tidak tergolong dalam kumpulan mereka berempat.
Ma Tu yang terpegun dari tadi hanya mengusap matanya tanda tidak percaya. Di hadapan mereka tersergam sebuah hotel lima bintang yang benar-benar mewah. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Kedua belah tangannya digenggam dan digosok dengan bersunguh-sungguh. Raut wajahnya jelas menunjukkan hasratnya.
"Hari ni aku nak menangis sepuas-puasnya. Aku nak menangis lebih kuat berbanding sebelumnya."
San Zhazi kebingungan. "Kita sepatutnya dapat dalam 300 Yuan, tapi budak kecil tu cuma bagi 200 Yuan setiap seorang. Kalau kau nak menangis sekuat tu, kita lah yang ruginya."
"Aku dah bagi balik kepadanya ekstra 100 Yuan."
"....."
La La Man terduduk di tepi dinding. Matanya disepetkan lalu menyoal Ma Tu, "Mengapa?"
"Siapa suruh dia pergi ke tempat yang mahal untuk adakan sesebuah majlis."
Si Lindang terdiam dari tadi. Matanya tertumpu pada kenderaan yang lalu lalang di situ. Tiba-tiba muncul seribu persoalan dalam benak fikirannya.
"Lindang, kau tengok apa tu?"
"Aku baru perasan, semua kereta yang parking di sini semuanya kereta tentera. Aku rasa orang ini bukan orang yang biasa-biasa!"
"Ahh. Mengarutlah. Orang yang adakan majlis ni adalah orang yang akan bagi kita keuntungan hari ni."
"Bukan... Maksud aku kita tak sepatutnya dibutakan dengan duit, atau kita bukan saja hilang duit ni, malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama 3 ke 5 tahun... "
"Walaupun kita bertuah dapat bekerja separuh hari, kita mungkin hanya berkhayal. Ditambah pula kerja ni dibayar kurang 1000 Yuan. Patutkah kita berhenti saja?"
Si Lindang tidak berkata apa-apa. Dia mengamati pihak keselamatan yang mengawasi sekitar majlis itu.
"Orang ramai dah mula masuk ke dalam, jomlah! Kita ada kad jemputan, cuma ikut saja plan kita dan jangan nak pandai-pandai ubah fikiran."
"Tunggu!" Si Lindang tiba-tiba berhenti. San Zhazi mula hilang sabar. "Boleh kau cepat sikit tak? Jom selesaikan kerja ni cepat-cepat dan kita akan dapat upah nanti."
"Aku.. Aku rasa aku nampak wartawan." Ketiga-tiga yang lain memandang ke arah pandangan mata Si Lindang.
"Macam mana kalau pihak wartawan juga mahu menyelinap ke dalam majlis ni untuk dapatkan maklumat? Kemudian, ruang berita utama Beijing Evening tidak syak lagi akan ada wajah kita.... Sudahlah! Aku tak mahu buat semua ni. Kalau korang mahu teruskan, suka hati koranglah."
Si Lindang berpaling mahu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Hoi! Datang balik!" Laung Ma Tu.
Melihatkan situasi yang semakin bertambah buruk, San Zhazi cepat-cepat menarik tangan Ma Tu dan Si Lindang lalu menegur perbuatan mereka berdua.
"Jangan nak buat kecoh dulu, wartawan tu cuma dua orang saja. Untuk selesaikan masalah ni, patutkah kita tangkap mereka dahulu? Kita berempat, mereka cuma berdua."
"Betul tu," balas La La Man penuh bersemangat.
"Kita ambil peralatan mereka dulu. Mereka nampaknya macam orang kaya."
"Jom!" ajak Ma Tu penuh teruja.
"Ok. Macam ni, kita tak kan lakukan plan menangis di majlis kahwin ni. Cuba korang fikir, jika plan ni kita hanya dibayar kurang 1000 Yuan, tapi kalau kita ambil barang-barang milik wartawan tu, kita akan dapat lebih dari 5000 Yuan. Lepas tu, duit yang kita dapat boleh kita bagi pada anak saudara bos. Walaupun berisiko, siapa kisah, kan?"
"Da Gae, kaulah yang paling bijak. Ha ha ha.."
(T/N: Da Gae bermaksud 'big bro' dalam Bahasa Cina)
Maka, mereka berempat pun secara diam-diam menghampiri dua wartawan tadi. Kedua-dua wartawan itu sebenarnya adalah orang suruhan Gu Hai.
Semuanya sudah dipersiapkan dari awal lagi, daripada mengambil gambar hinggalah proses membuat filem. Mereka sememangnya berminat terhadap benda-benda yang seperti itu. Kalau tidak, mereka takkan berani datang ke majlis itu.
Ma Tu menunggu masa yang sesuai dan tangannya dilambaikan kepada tiga sahabatnya di belakang.
"Sinilah; mula-mula kita pura-pura bercakap dengan mereka dan kita tarik mereka ke tempat kosong kemudian kita SERANG."
Ketiga-tiga yang lain hanya mengangguk dan menuju menghampiri mangsa mereka. Salah seorang wartawan yang membawa kamera baru sahaja hendak memasuki dewan, tetapi menyedari empat orang lelaki yang mencurigakan menghampirinya.
"Bro, pergi ke sana."
"Ahhhhh" Dua orang wartawan palsu itu mulai berteriak.
Keduanya bergegas berlari menuju pintu pagar belakang sambil dikejar empat orang lelaki tadi. Pintu pagar yang berkunci itu dipanjat. Disangkanya empat orang lelaki yang mengejar mereka itu adalah pihak polis. Habis barang-barang dan peralatan mahal mereka ditinggalkan.
"Apa yang terjadi?" Si Lindang memandang dengan penuh kebingungan. San Zhazi tercungap-cungap menghela nafasnya.
"Aku pun tak tahu. Apa sebenarnya yang terjadi?"
La La Man menggaru kepalanya yang tidak gatal,
"Barang-barang ni.. bukankah kita baru saja mencurinya?"
"Sudahlah." Ma Tu yang masih terpinga-pinga segera mengumpulkan barang-barang yang ditinggalkan wartawan tadi.
"Jom kita cari tempat untuk jual barang-barang ni."
"Kita akan menjadi kaya; kesulitan hidup kita akan berakhir mulai sekarang."
"Dengan ni, kita tak perlu kerja selama sebulan."
"Ha ha ha."
YOU ARE READING
Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New Update
Fiksi RemajaNovel Asal: 你丫上瘾了? (Are You Addicted) Pengarang Asal: Chai Jidan Bahasa Asal: Cina Terjemahan Ke Bahasa Inggeris: Just BL Things Luo Yin: Kau sakit! Gu Hai: Ya, aku sakit. Luo Yin: Makanlah ubat! Gu Hai: Kaulah ubat aku. Sesetengah orang itu ibarat...