Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.
"You Qi, You Qi, You Qi..."
You Qi sangat pasti yang dia ada ramai peminat wanita, jeritan daripada mereka boleh didengari hingga ke semua tempat, sampaikan Bai Luo Yin yang berdiri di sebelah mereka hampir saja pekak telinganya.
Bai Luo Yin menyeringai sendiri, korang patut jerit sekuat hati sampai keluar semua hingus dalam hidung tu!
Lelaki kacak ini sudah semestinya kacak, meskipun hanya berdiri di bawah bar mendatar itu sudah cukup untuk membuatkan kesemua gadis-gadis di situ tak tentu arah. Mereka memandangnya dengan penuh kagum, menunggu lelaki idaman mereka itu mengukir senyuman. Hakikatnya, dia langsung tak dapat senyum kerana dia rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku sebentar lagi.
Berdiri di depan bar mendatar, You Qi membuat isyarat untuk menghentikan sorakan yang kuat dan serta merta semua orang diam, isyarat ini dilakukan dengan cara yang sangat berlagak.
Mengaku kalah je lah, Bai Luo Yin berfikir sendiri. Dia sangat yakin You Qi hanya dapat melakukan paling tinggi tiga kali 'chin up' saja.
You Qi mula melompat dan menggenggam bar, kedua-dua tangan menggeletar sambil dia berusaha keras menarik tubuhnya ke atas. Sorakan di sekitarnya menjadi lebih meriah kerana bahagian kepalanya melepasi bar, mata melepasi bar, hidung melepasi bar...
Akhirnya, dia dah tak ada kekuatan lagi. Dengan mata yang gusar, dia terjatuh dari bar.
Kedengaran jelas sorakan 'boo' daripada semua budak lelaki, saat inilah yang ditunggu mereka untuk memalukan budak yang perasan kacak itu. Namun bagi yang perempuan, mereka tak terfikir begitu, terutama peminatnya yang cepat-cepat membela idola mereka dengan mengatakan dia terlalu tampan untuk melakukan 'chin up'.
Bai Luo Yin menepuk perlahan dada You Qi, "Sia-sia kau berlatih bersenam berbulan-bulan, lain kali jangan nak perasan sangat!"
You Qi bersuara termengah-mengah, "Kau pun bukannya boleh buat lebih daripada aku."
Bai Luo Yin berjalan ke arah bar. Wajah guru PJ kelihatan tegang, jelas bahawa dia sedikit gugup ketika melihat Bai Luo Yin. Dia harap Bai Luo Yin tak dapat lakukan lebih dari sepuluh 'chin up'. Jika kurang, tak menjadi masalah baginya untuk melakukan lebih banyak daripada jumlah semua pelajar yang digabungkan.
"1, 2, 3,..."
Satu per satu angka dikira, wajah guru PJ semakin gelisah, dia tak sangka masih ada lagi pelajar yang mempunyai tubuh badan yang sangat baik. Sekarang jumlah kiraan menghampiri 30 dan tangannya mulai terasa berpeluh.
You Qi berdiri di sebelah bar, mengira-ngira berapa banyak mangkuk nasi dimakannya yang ternyata tidak mendatangkan hasil.
Ketika jumlah 'chin up'nya mencecah 30, Bai Luo Yin sudah menunjukkan kesukaran. Namun, dia masih cuba buat 10 lagi. Nafasnya temengah-mengah dan dia segera melompat turun dari bar, dia masih perlukan tenaga untuk berjalan pulang nanti!
Tepuk sorak yang kuat bergema, "buat 'chin up' sebanyak itu adalah sangat bagus." Lebih-lebih lagi Bai Luo Yin masih dapat mengawal posture badannya ketika dia melompat ke bawah. Seperti dia mengekalkan kekuatannya. Sememangnya itu akan membuatkan budak lelaki lain iri hati.
Seterusnya, giliran Gu Hai yang terakhir.
"Seterusnya, kamu."
Guru PJ itu mendongak dagu menunjuk ke arah Gu Hai dengan pandangan hina. Beberapa pelajar yang tidak dikenali berteriak dalam sorakan mereka yang lain, "Cikgu, Gu Hai baru ja buat 100 'push up', tangannya masih lemah. Biarlah dia buat 'chin up' dalam kelas seterusnya, kalau tak, tak adil lah."
YOU ARE READING
Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New Update
Teen FictionNovel Asal: 你丫上瘾了? (Are You Addicted) Pengarang Asal: Chai Jidan Bahasa Asal: Cina Terjemahan Ke Bahasa Inggeris: Just BL Things Luo Yin: Kau sakit! Gu Hai: Ya, aku sakit. Luo Yin: Makanlah ubat! Gu Hai: Kaulah ubat aku. Sesetengah orang itu ibarat...