Bab 23 : Gu Hai Betul-Betul Sukakan Kau!

16 0 0
                                    

Bai Luo Yin makan semua makanan kegemarannya dan baki yang tidak disukainya diletakkan ke atas meja You Qi.

"Nah, kau makanlah!"

Yu Qi bangun sambil terpinga-pinga, "Macam mana kau tahu aku belum sarapan?"

Bai Luo Yin rasa terharu, Yu Qi membawa banyak makanan untuknya tapi dia sendiri masih belum makan.

Yu Qi duduk, berpusing menghadap ke hadapan semula sambil memandang bungkusan makanan tersebut.

"Kau bagi aku sarapan sebab aku belanja kau semalam ke?" Mendengarkan ayat itu, Bai Luo Yin dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena, berdasarkan nada suara You Qi, dia benar-benar tiada kena-mengena dengan bungkusan sarapan itu.

"Jangan makan!" Bai Luo Yin menepuk bahu You Qi.

You Qi mengerutkan dahinya, "Amboi, buruk siku nampak!"

"Bukan kau ke yang beli untuk aku?"

Kata-kata itu tidak mencemaskan You Qi, tetapi sebaliknya pada orang di belakang Bai Luo Yin. Gu Hai menyangka Bai Luo Yin memakan makanan itu dengan berselera sebagai tanda dia menerima perdamaian mereka. Tetapi tenyata dia makan tanpa menyedari siapa yang memberinya.

Terasa bahunya ditepuk, Bai Luo Yin berpaling ke belakang.

"Kalau kau taknak makan, buang sajalah."

Tiba-tiba wajah dan dahi Bai Luo Yin berkerut, "Kau ke yang belikan makanan ni?"

Gu Hai tidak berkata sepatah pun, tapi gerak matanya mengiyakan soalan itu.

Bai Luo Yin semakin marah, "Kenapa kau tak cakap dari awal? Kalau aku tahu ni semua kau yang beli, aku takkan makanlah, lagi rela mati kebulur."

"Tapi kau dah makan dah pun."

"Siapa suruh kau letak kat meja aku?" Nada Bai Luo Yin semakin meninggi.

Darah Gu Hai mendidih mendengarkan kata-kata itu, aku dah bagi kau makanan, tapi kau masih lagi dengan perangai sial kau. Pernah ke aku layan seseorang macam ni? Dekat girlfriend aku sendiri pun aku tak buat macam ni la.

Bai Luo Yin mengetap giginya, dia takkan mengaku kalah!

"Kalau dah susah sangat, kau bayar sajalah, semuanya 32 yuan. Oh, kau tak makan habis jadi 30 yuan je."

"Keluarga kau ada restoran ke? Mesti teruk restoran tu kan, sebab tu kau gunakan helah bodoh kau ni untuk tarik orang makan."

"Ha betul, keluarga aku ada restoran khas untuk layan orang yang bodoh macam kau."

"Sial."

"....."

Menjengkelkan.

Bai Luo Yin berpaling ke hadapan, memandangkan dia tak mampu berbuat apa-apa pada Gu Hai, amarahnya dilepaskan pada You Qi, yang baru saja membuka bungkusan makanan itu untuk dimakan.

"Siapa suruh kau makan ni?"

You Qi terpinga-pinga, "Kalau aku makan pun, dia takkan paksa kau bayar kan?" Bai Luo Yin berdiri lalu menumbuk lembut belakang You Qi.

Semasa waktu pembelajaran seterusnya, pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan dan mereka bergerak ke bilik makmal; You Qi berjalan disamping Bai Luo Yin, yang dari tadi asyik bermasam muka, dia tak dapat tahan diri untuk usik Bai Luo Yin, "Sebenarnya, Gu Hai layan kau baik."

Mendengarkan ayat You Qi, Bai Luo Yin tiba-tiba teringatkan hubungannya dengan Shi Hui, lalu cepat-cepat dia lontarkan jauh fikirannya itu.

"Dia layan aku baik?"

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now