Bab 4: Apa Yang Ayah Nampak Dalam Dirinya?

26 3 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.  

"Ada masalah apa?" 

"Semalam, mereka berdua kata yang mereka dikejar beberapa orang polis yang menyamar. Mereka takut kalau pihak polis dapat tahu pasal mereka dan mereka terus lari. Semua barang dan peralatan dibuang." 

"Dapat tahu pasal mereka. Pasal apa?" 

"Err.. Yang mereka tu sebenarnya wartawan palsu." 

"Siapa kata yang wartawan palsu tak boleh bawa kamera video?" 

"Tapi, meraka cuma menggunakan ID palsu... " 

"Kau bagi tahu aku, macam mana mereka tahu yang mereka dikejar polis?" 

"Polis tak ragu-ragu untuk mengejar mereka, dan mereka panik sehingga... " 

"Mengejar mereka?" Gu Hai sangat marah, tubuhnya yang persis harimau itu kaku dia atas sofa.

"Kau upah siapa sebenarnya? Orang-orang bodoh? Atau polis? Mereka dirompak dan kebetulan mereka bertemu perompak!" 

"Perompak. Tapi, tak mungkin mereka dirompak." 

"Tak mungkin?" Gu Hai memejamkan mata dan menarik nafas panjang.

"Bagi tahu aku kat mana peralatan tu sekarang? Selepas mereka berdua lari, kat mana peralatan tu ditinggalkan?" 

Orang yang sedang disoal siasat itu tidak berani membuka mulut. Dia terus diam.  Sedetik kemudian, Gu Hai bangun lalu melambaikan tangannya menyuruh orang itu pergi.

"Dahlah, kau boleh pergi," katanya. 

Suasana di rumah itu tenang. Gu Hai menekup muka dengan kedua belah tapak tangannya, memikirkan kembali apa yang terjadi semasa majlis perkahwinan tempoh hari. 

Fikirannya melayang entah ke mana.  Dia membayangkan bagaimana rasanya duduk di atas takhta dengan seribu harapan, dan bagaimana dia juga dapat rasakan semuanya hancur begitu sahaja. 

Apabila difikirkan semula, dia sedar yang dirinya itu seorang yang naif.  Meskipun kedua-dua orang upahannya itu berjaya menghuru-harakan perkahwinan ayahnya, bagaimana semua itu akan mengubah keadaan? 

Tidak!

Tiada apa pun yang akan berubah. 

Kerana pada akhirnya, ayah yang dikaguminya itu tetap akan berkahwin dengan wanita lain. Dan ibunya pada sisi lain, akan terus kesejukan bersemadi di dalam kerandanya. Dia mungkin sanggup berkorban demi suaminya dan senyumannya yang terakhir itu tetap tidak akan berubah. 

Gu Hai berdiri seorang diri di jendela. Pandangannya dilontarkan keluar. 

Ibu, saya rindukan ibu. 

•••

"Hello, Gu Hai, mak cik ni. Persiapan semua sudah siap ke belum? Pihak televisyen tengah tunggu ni. Cepatlah hantar apa yang mak cik nak." 

"Dah hilang." 

"Kenapa hilang?" 

"Hmm.. Nanti saya berikan mak cik dua pita yang baru secepat yang mungkin."  Gu Hai meletakkan gagang telefon.

Pada masa yang sama, ayah dan ibu tirinya sampai ke rumah.  Malam ini akan menjadi malam yang pertama mereka makan malam bersama-sama sebagai sebuah keluarga. 

••• 

Gu Hai makan dengan kepalanya tertunduk ke bawah. Dia langsung tidak bercakap. 

Ayahnya, Gu Weiting tiba-tiba saja bersuara, "Kenapa kamu senyap je ni?" 

"Bukankah saya sudah diarahkan untuk tak bercakap semasa makam?" 

"Cakaplah. Ayah benarkan kamu bercakap malam ni." 

"Baiklah, Jeneral. Tiada apa yang dapat saya laporkan pada hari ini." 

"Ha ha ha... "  Bunyi tawa kecil memenuhi ruang makan. Hampir-hampir saja Gu Hai tersedak. 

Sejujurnya, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir ini, dua beranak itu tidak pernah mendengar suara gelak tawa yang bagaikan menyerikan suasana rumah mereka. 

Gu Weiting yang bersikap serius agak susah untuk menyesuaikan dirinya dengan situasi itu. 

Tanpa perubahan ekspresi pada wajahnya, dia mehghulurkan sehelai tisu kepada wanita di sebelahnya lalu berkata dengan suara yang agak dalam, "Nah, sapu mulut awak, ada nasi yang terludah keluar." 

"Maaf, maaf."

Jiang Yuan yang masih tertawa kecil menyeka mulutnya. Pandangan matanya asyik tertumpu pada Gu Hai. 

Melihatkan anak itu yang langsung tidak menjamah hidangan lain selain nasinya, dia mengambil sepotong ikan goreng lalu diletakkan ke dalam pinggan Gu Hai. 

"Nah. Makan lagi." 

Gu Hai kelihatannya tidak senang dengan perbuatan Jiang Yuan. Dia sebaliknya mengembalikan semula ikan goreng itu ke dalam pinggan di tengah meja. 

Gu Hai sering kali tertanya-tanya mengapa ayahnya memilih wanita yang secantik ibunya. Dia sedar meskipun wanita di hadapannya itu cantik dan masih kelihatan muda, tetapi tiada yang istimewa pun tentang dirinya.

Senyumnya jelas memaparkan ketidaktertibannya dan gaya tubuhnya tidak tumpah seperti mereka yang datang dari desa. 

Apakah yang ayah nampak dalam diri wanita itu?  Mungkinkah ayah sudah terlalu banyak merasa makanan yang lazat dan sekarang mahukan makanan yang kotor pula? 

"Esok bawa anak lelaki awak ke sini dan dia akan tinggal bersama kita." 

Satu ayat yang keluar dari mulut Gu Weiting itu bagai memburukkan suasana makan malam mereka. 

Namun, Gu Hai tetap tenang dan terus berdiam diri. Daripada ekspresi wajah Gu Weiting itu, dia sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi seterusnya. 

"Xiao Hai...," kata Jiang Yuan dengan wajahnya yang berseri-seri, "....anak lelaki saya sebaya dengan kamu, perangai kamu dan dia juga hampir sama. Saya rasa kamu berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat." 

"Kalau dia datang, saya akan pergi."  Satu kalimat yang diungkap oleh Gu Hai serta-merta mematikan hujah Jiang Yuan. 

Gu Weiting benar-benar marah. "Kalau macam tu pergilah. Pergi sekarang." 

Gu Hai lantas berdiri, diikuti Jiang Yuan.  "Janganlah bergaduh dengan ayah kamu," rayunya.

"Saya tak pernah terfikir untuk bawa anak saya tinggal di sini. Lagi pun, dia lebih rapat dengan ayahnya. Dia juga tak biasa tinggal dengan saya." 

Seorang wanita berusia 40 tahun yang telah bercerai dan seorang anak lelakinya yang berusia 17 tahun. 

Ayah, ayah sebenarnya seorang yang hebat! Tapi kenapa ayah harus meninggalkan isteri yang telah hidup bersama ayah selama 20 tahun? Fikir Gu Hai. 

"Tak kisahlah dia datang atau tak. Saya tetap akan pergi." 

Wajah Gu Weiting penuh dengan amarah. Tidak kira bagaimana tegapnya dia berdiri, bahunya tetap menggeletar. 

Gu Hai tidak mengendahkan sepasang mata yang memandangnya dengan penuh api kemarahan. 

Dia memang sudah lama mahu pergi dari rumah itu. Tetapi selalu saja hasratnya tertangguh. 

Namun tidak kali ini, kerana dia sudah nekad dengan keputusannya.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New UpdateWhere stories live. Discover now