[16]

1.7K 253 44
                                    

"kau serious ni nak tinggal sini?" Kun memandang Renjun yang berdiri dengan beg pakaiannya. Renjun memandang sekeliling sebelum mengangguk.

Renjun sudah keluar dari rumah keluarganya. Dia kini tinggal bersama sama dengan Kun. Mulanya dia ingin menolak kerana takut menyusahkan Kun. Akhirnya dia terpaksa mengalah kerana kun memaksanya.

"KAU NAK PERGI MANA RENJUN?" Renjun menghiraukan ayahnya yang berdiri dihadapan biliknya. Renjun mengemas segala pakaian dan barang peribadinya kedalam beg sandang.

"H-hyung..." Jisung sudah dibasahi dengan air mata. Dia memegang lengan renjun seakan akan tidak mahu melepaskan renjun.

"Kau jaga diri ya, Jisung. Hyung janji suatu hari nanti hyung balik tapi dalam keadaan yang lebih sempurna dan bahagia." Renjun menggosok kepala Jisung lembut lalu keluar dari rumah.

Suara tangisan dan raungan Jisung dan ibu bapanya dihiraukan. Renjun sudah nekad mahu keluar dari rumah tersebut. Jika dia terus tinggal disana, dia mungkin akan kehilangan orang yang dia sayangi sekali lagi.

Dia pergi demi kebahagiaan ayahnya. Tapi, suatu hari nanti dia akan pulang dengan Renjun yang penuh dengan senyuman. Renjun yang bahagia. Tiada lagi Renjun yang berduka dan menderita.

Renjun meletakkan beg sandang nya diatas tilam. Mujur rumah Kun mempunyai satu bilik tetamu.

Jam menunjukkan 8 malam. Dia hanya ingin berbaring. Kun pula berada didalam biliknya sendiri.

Dia membuka phonenya yang sudah beberapa hari tidak disentuh. Banyak juga mesej yang belum dibuka rata ratanya daripada ayahnya yang mengugutnya untuk pulang.

Tiba tiba matanya terancap pada satu nama yang indah. Sungchan.

Dia membuka ruangan chat dia dan Sungchan yang mempunyai 3 unread messages.

Sungchan ✌️

Hyung!
Nanti chan jumpa hyung kat rumah!
Chan nak bagitau something (ʘᴗʘ✿)

Perlahan lahan air mata Renjun mengalir. Dia masih tidak tahu apa yang ingin diberitahu oleh Sungchan. Dia membalas mesej Sungchan walaupun dia tahu bahwa Sungchan tidak akan membalasnya.

Sungchan ✌️

Chan nak bagitau apa?
Maafkan hyung ya sebab hyung baru baca mesej kau.
Chan...
Bila kau nak balik?
Lama hyung tunggu.
Adik-adik kau yang lain pun tunggukan kau, chan.
Hyung harap kau bahagia di sana.
Tugas kau untuk jaga hyung dah selesai.
Maafkan hyung ya sebab hyung tak sempat nak balas balik
jasa kau pada hyung.
Hyung janji, hyung akan jumpa kau suatu hari nanti.
Selamat malam Sungchan ;)

Aku kehilangan.

Kehilangan buat kali kedua.

Aku taknak kehilangan untuk kali ketiga.

•••

"Renjun, jom sarapan." Ajak kun. Renjun mengangguk lalu menuju kearah Kun yang sudah duduk bersama dengan sarapan diatas meja makan.

"Kau ada plan nak buat apa apa ke?" Tanya Kun pada renjun. Renjun menggeleng. Kun menghela nafas. Dia tersenyum nipis kearah Renjun.

"Ambik masa untuk pulihkan diri kau ok? Cari ketenangan. Hyung taknak kau sedih lagi."

Renjun tersenyum kearah Kun. "Hyung...harini aku nak jumpa Jeno boleh?"

Kun mengangguk. Dia tahu anak muda yang baru sahaja menginjak umur 20 tahun itu sudah banyak menderita.

Jika dia ditempat renjun, tidak mungkin dia akan sekuat dan setabah Renjun. Mungkin dia akan turut 'pergi'. Jujur dia katakan renjun ialah seorang lelaki yang tabah.

•••

"Jen.."

"Hmm"

"Janji." Jeno menoleh kearah Renjun. Renjun memandangnya dengan riak muka yang tenang.

"Janji apa?"

"Kau takkan pergi tinggalkan aku."

"Ish apa yang kau merepek ni. Aku tak suka lah topik macam ni." Renjun tetap tersenyum.

"Aku taknak kehilangan lagi, Jen. Aku ada kau je sekarang. Tapi benda tu boleh terjadi kan?" Jeno tersentak.

"Renjun, soal hidup dan mati, ni semua tuhan yang tentukan. Takpayah lah fikir pasal ni semua. Aku tak suka."

Tapi...

Benar kata Renjun, ianya mungkin boleh terjadi.

•••

Hye vlog welcome to my guys.

Hate to say but FF ni akan habis dalam beberapa chapter je lagi. Aku taknak lah kesedihan yang berpanjangan.

Tapi dah concept ff ni sedih nak buat macam mana ye ke idok


broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now