Bunyi alarm phone Renjun berbunyi. Renjun terjaga akibat bising ya amat dari alarm tersebut. Dia mengambil phone lalu melihat pukul berapa
09:30am
"Huh?"
Dia melihat lagi sekali. Terus matanya terbuntang. "Ya tuhan! Dah lambat!" Renjun segera berlari menuju ke biliknya. Tidak lama kemudian bunyi shower berbunyi.
Puan Huang yang dari tadi memerhati Renjun ditangga menghela nafas. Dia menuju kedapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Beberapa minit selepas itu, Renjun keluar dari bilik dengan memakai jacket. Dia terlihat Puan Huang yang sedang menyediakan sarapan pagi.
"Mak. Renjun pergi dulu tau. Renjun dah lambat. Nanti Renjun balik awal." Renjun meminta izin ibunya. Baru dua langkah dia berjalan, Puan Huang bersuara.
"Tak payah balik. Kalau dah tau diri tu tak reti nak balik awal." Renjun tersentak. Tipulah jika dia tidak terasa dengan kata² ibunya.
Renjun berjalan keluar dari rumah tanpa menoleh belakang. Dia menyeka air mata yang baru sahaja hendak keluar.
"Kau tak boleh nangis Renjun. Kau kena kuat. Ingat, kau tu sulung." Katanya pada diri sendiri. Dia meneruskan perjalanan ke cafe Kun.
Jarak dari cafe dan rumahnya tidaklah terlalu jauh. Hanya 15 minit berjalan sudah sampai.
Dia berdiri dihadapan cafe lalu memasuki cafe tersebut. Renjun duduk di tempat duduk biasa dia dan geng² nya duduk. Renjun mengeluarkan phonenya.
"Oi! Macam orang ada masalah je ngko ni." Tegur seseorang
"Eh, hyung. Takdelah. Elok je ni ha." Renjun menayangkan senyuman manisnya kepada Kun.
Kun duduk dihadapan Renjun. Renjun yang berasa dirinya diperhatikan memandang Kun.
"Ape?"
"Asal mata kau merah?" Ah sudah. Renjun terdiam sebentar mencari jawapan yang paling sesuai untuk diberikan.
"Ah..tadi salji masuk mata. Tu yang merah tu." Renjun menipu.
"Ye ke? Ke kau ada problem dekat ruma-"
"YOOW KUN HYUNG, REONJEON." Jaemin datang dengan Jeno. Jeno yang berdiri dibelakang Jaemin menunjukkan eye-smile nya.
"Boleh pekak aku kalau tiap² hari cenggini." Kun menjeling. Segera dia berdiri dari tempat duduk lalu menyuruh Jeno dan Jaemin duduk.
"Eh, awal kau datang."
"Of course. Bukan macam kau. 10:30 baru sampai." Jaemin tersengih. "Tak la. Aku tumpang Jeno. Aku mana ada lesen motor lol."
"Gaduh je keje. Ni menu macam biasa ke?" Kun menyampuk. Ketiga² remaja tersebut mengangguk. Kun pergi kedalam dapur lalu menyiapkan pesanan adik² nya.
Ya. Walaupun Kun tu owner, tetap jugak dia bekerja. Tolong pekerja dia. Takdelah semua benda pekerja dia nak buat lmao.
"Hah kau. Asal ajak sini? Urgent sangat ke?" Tanya Renjun. Jeno yang berada disebelah Jaemin memandang Jaemin.
"Hehe. Saja. Aku nak ajak lepak. Yelah kan, lepas ni jarang dah melepak. Tahun depan dah form 5. Lagilah sibuk. Kau lupa ada ujian besar tahun depan?" Jaemin menerang panjang lebar.
"Eleh. Cakap jela ko rindu kitorang berdua." Jeno ketawa.
"Heol. Geli aku nak main rindu²." Renjun tersengih melihat perangai dua rakan karibnya. Mereka sudah kenal sejak tahun pertama sekolah menengah. Walaupun sudah kenal lama, Renjun tidak pernah sekali pun menceritakan masalahnya kepada Jaemin dan Jeno. Melainkan Kun. Ya. Kun itu sepupu Renjun.
Walaupun usia dia dan Kun jauh 4 tahun, mereka berdua bagaikan seumur.
"Oi. Termenung jauh nampak. Dah sampai pulau Jeju ke?" Tegur Kun yang membawa sedulang air.
Kun memberikan air coffee Jaemin. Macam biasa. Ais Americano dengan 8 shots tanpa air. Pahit dia, fuh. Jeno dan Renjun pula ice latte.
"Takdelah." Renjun menyirup airnya.
"Asal kau. Pelik semacam je. Macam orang ada masalah. Asyik termenung lepas tu zooning out. Kau ok ke?" Tanya Jeno bertubi-tubi.
"Mana ada. Eh, aku balik dulu tau. Dah lewat dah ni." Renjun memeriksa jam tangannya yang menunjukkan tepat jam 13:00pm. Sudah beberapa jam juga dia di dalam cafe Kun.
"Ala, awal lagila." Jaemin merengek.
"Tak boleh la weh. Aku kena balik tau. Bye." Renjun pergi dari situ tanpa menoleh. Kun yang terperasan Renjun keluar dari cafe menuju ke meja tempat lepak mereka bertiga. Hanya tinggal Jaemin dan Jeno.
"Eh. Balik dah Injun?"
"Haah. Katanya kena balik awal. Kalau macamtu, kitorang balik dulu lah, hyung. Nak gi date." Jaemin berkata.
"Aku ingat kau straight Nana." Kun pura-pura terkejut.
"Heol. Nana straight lagila hyung. Nak gi lepak ngan Jeno je." Jeno yang berada disebelah hanya pasrah.
•••
ANDA SEDANG MEMBACA
broken home. -renjun ✓
Fanfiction"Dia tu menyusahkan" "Tak payah balik. Kalau dah tau diri tu tak reti nak balik awal." "Layan sangat hyung kau yang sorang tu. Dahla menyusahkan tunjuk baik pulak. Meluat aku." "Aku menyusahkan ke?" [⚠️: Jgn dibawa sampai ke rl.] 𝐻𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑅𝑒𝑛...
