[15]

1.6K 267 104
                                    

Seminggu kemudian, ahli keluarga renjun yang lain sudah tiba di Korea. Mereka berempat pergi melawat pemakaman sungchan. Sungguh mereka tidak sangka perkara ini akan terjadi.

Renjun? Keadaan dia sudah semakin teruk. Dia tidak mahu keluar dari bilik. Dia tidak mahu makan. Yang dia lakukan hanyalah menangis dan menangis.

Hampir seminggu itu jugalah dia dan Jeno tidak bertemu.

Renjun menatap kosong siling biliknya. Sudah berlalu kali Jisung mengajaknya makan namun tetap ditolak. Dia sudah tidak ada tenaga untuk melakukan apa pun.

He's dead inside.

Setiap kali dia bangun dari tidur, dia mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak sedar yang air matanya mengalir.

Cuma hari ini dia ada sedikit semangat untuk teruskan hidup. Renjun perlahan lahan bangun dari baring lalu menuju ke bilik air untuk mandi.

•••

"Renjun hyung, jom duduk. Kita makan sama sama." Jisung tersenyum kearah Renjun yang baru sahaja keluar dari bilik.

Renjun tersenyum nipis lalu bergerak kearah Jisung. "Hyung dah okay?"

Renjun mengangguk. Dia memulakan makan selepas mengangguk pada Jisung.

"Tak payah nak sedih sangat lah renjun."

Renjun menghentikan segala perbuatannya. Dia memandang kearah orang yang mengucap kata kata pedas tadi. Iaitu ayahnya sendiri.

Chenle dan Jisung turut terkejut. Hanya ibunya sahaja yang tidak beriak apa apa.

"Ramai lagi orang yang menderita dari kau. Tak payah nak sedih sangat macam kau pulak yang nak mati."

Renjun mengeggam penumbuk. Dia menunduk tidak ingin berkata apa apa.

"Banyak lagi benda yang kau boleh buat untuk hilangkan rasa sedih kau tu. Depression konon. Kau sendiri taktahu depression tu apa."

Badan renjun mengigil. Jisung memandang kearah renjun.

"Ayah, ayah tak faham." Kata renjun pelan.

"Apa yang aku tak faham? Cakap. Kau 24 jam mereput dalam bilik, menangis. Apa yang aku tak faham?"

Suara tuan Huang lantang. Renjun berdiri lalu menghempas meja makan.

"AYAH TAK FAHAM SEBAB AYAH BUKAN RENJUN. AYAH TAK PERNAH MENDERITA MACAM NI. PERNAH KE AYAH PEDULI PASAL RENJUN? DARI KECIK RENJUN MENDERITA AYAH. ADA KE AYAH KISAH? TAKDE. AYAH TAKDE. LANGSUNG TAKDE."

"KAU JANGAN NAK KURANG AJAR DENGAN AKU RENJUN." Tuan Huang cuba untuk menampar renjun namun segara renjun mengelak.

"Ayah cakap macam ayah tahu semua benda kan?" Renjun tersenyum sinis memandang ayahnya. Jisung dan Chenle menahan Renjun.

Mereka tahu bila bila masa sahaja Renjun hilang kewarasan. Bila bila masa sahaja Renjun akan menyerang ayahnya.

Renjun dan adiknya yang lain sungguh membenci lelaki dihadapan mereka sekarang. Lelaki yang membuat zaman kecil mereka musnah.

"Ayah sebenarnya suka kan kalau Sungchan mati? Sebab kitorang ni beban untuk ayah. Kan? Ayah hanya tahu perasaan ayah je. Perasaan kitorang, ada ke ayah ambik peduli? Takde."

Tuan Huang terdiam.

"Ayah paksa kitorang untuk study. Demi nak bangga kan ayah. Kitorang buat. Ayah akan bangga kalau kitorang dapat nombor 1. Bila kitorang gagal, ayah pukul. Ayah maki kitorang. Ayah buat semua tu sebab ayah nak bagi tahu satu dunia yang anak dia pandai. Anak dia lain daripada yang lain."

"Tapi ayah tahu ke macam mana perasaan kitorang?"

"Ayah, renjun dah hilang dua orang manusia yang paling renjun sayang. Diorang dah pergi, ayah. Diorang lah sumber kekuatan renjun selama ni. Kenapa tuhan tak ambik nyawa renjun dulu sebelum diorang?"

"Renjun penat ayah...renjun penat." Renjun berlalu dengan air mata. Dia masuk kedalam bilik meninggalkan ayah nya serta adiknya yang lain dimeja makan.

Cukuplah.

Aku taknak menderita lagi.

•••

Hmm udahlah saya mau mandi bye

broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now