[11]

1.8K 259 12
                                        

"Renjun? Kamu dah sedar?" Renjun membuka matanya perlahan lahan. Wajah seorang wanita iaitu puan Huang dipandang. Segera dia mengalihkan badan sedikit daripada puan Huang.

Wajahnya kelihatan takut.

"P-pergi..."

Puan Huang terdiam. Perlahan lahan air matanya keluar membasahi pipi. Dia memandang Renjun sebelum keluar dari bilik tersebut.

Renjun termenung sebentar. Kemudian dia bangkit dari baring. Dia menuju kearah tingkap bilik. Hujan yang tidak seberapa lebat.

Tiba tiba dia terfikir sesuatu. Dia menoleh kebelakang untuk mencari sweaternya. Setelah dijumpai, segera dia keluar dari bilik.

Chenle yang kebetulan lalu dihadapan bilik Renjun dan terserempak dengannya memandang Renjun. Renjun memandang Chenle lalu berkata. "A-aku keluar jap."

Chenle tidak mengangguk mahupun menjawab sebaliknya dia hanya memandang Renjun yang sudah keluar dari rumah.

Pergi mana malam malam macam ni?

•••

Pintu loceng ditekan beberapa kali. Sesekali renjun menjenguk kearah lubang pintu rumah.

Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki. "Jeno, aku nak cakap sikit."

Buat pertama kalinya Renjun berani memandang mata Jeno. Jeno memandang Renjun sebelum mengangguk.

•••

"Kau nak cakap apa?" Tanya Jeno. Mereka berdua berada disebuah taman yang tidak jauh dari taman perumahan mereka. Renjun yang memegang dua air tin memberikan satu kepada Jeno sebelum menjawab pertanyaan.

"Aku dah ingat..." Jeno yang baru sahaja ingin meneguk air tin tersebut terhenti. "Ingat?"

"Macam mana kita boleh jadi macam ni." Renjun memandang Jeno.

•••

"Hyung kamu mana?"

"Ada je dalam bilik."

"Takde pun eomma cek tadi." Jisung memandang Sungchan, Sungchan pula memandang Jisung. Masing masing dah cuak.

"T-tadi ade je kan?" Tanya Jisung minta kepastian. Sungchan sudah meluru masuk kedalam bilik Renjun. Selimut yang diselak dia pandang. Sweater hitam renjun yang selalu renjun pakai tiada.

Sungchan segera keluar dari rumah mencari abangnya. Belum sempat tombol pintu dipulas, ianya sudah dibuka dari luar.

"Chenle..."

•••

Chenle mengekori abangnya, renjun. Takut jika sesuatu terjadi kepada abangnya. Kelihatan seperti abangnya sedang duduk dibangku bersama seorang lelaki.

Chenle memakai penutup kepala sweater dari mengelak dicam oleh abangnya. Dia menyorok disebalik pokok besar ditaman tersebut.

Setelah beberapa minit dia menunggu, akhirnya lelaki yang duduk disebelah abangnya berdiri lalu meninggalkan Renjun. Renjun hanya memandang lelaki tersebut lalu menunduk.

Dia mengangkat kepala memandang langit. Hujan yang berhenti tadi mula turun semula.

Chenle perlahan lahan melangkah kearah abangnya. "Jom balik."

Renjun mengangkat kepala memandang orang yang menegurnya tadi.

"Jomlah nanti hyung demam." Kata Chenle lalu meninggalkan abangnya. Renjun hanya akur lalu mengikuti jejak langkah Chenle.

•••

"Chenle..." Chenle memandang Sungchan lalu masuk kedalam rumah tanpa berkata apa apa. Renjun yang berdiri dibelakangnya dipandang.

"Hyung tak apa apa?" Renjun menggelengkan kepala lalu masuk kedalam rumah meninggalkan Sungchan yang masih berdiri didepan pintu, bingung.

"Lele, mana renjun hyu-" Chenle terus menaiki tangga keatas tanpa mempedulikan Jisung. Jisung memandang Chenle yang sudah naik ketingkat atas kemudian dia menahan Renjun yang melimpasinya.

"Hyung pergi mana tadi? Satu rumah cari hyung tau." Renjun tersenyum lalu pat (pale otak aku lupa pat tu apa dalam malay 💀) kepala Jisung. Setelah dia berbuat sebegitu, Renjun terus memasuki bilik.

•••





















sorry la nyah chap ni pendek.

Ko sabajap aku nak cakap something.

Aku baru perasan yang tahun ni Jisung dah jadi adult-

TAK SANGKA ANAK AKU CEPAT MEMBESOR DULU KECIK JE DIA. WEY NAK NANGES SIAK. JISUNG MAKIN BESOR MAKIN HENSEM ACEWAH. GLOW UP FT GROW UP MUAHAHAHAHHAAHAHAH

지성인
(Ji-adult)

Paipai nyah sekalian.

broken home. -renjun ✓Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang