"Hyung...chan pergi sekolah dulu." Renjun mengangguk kearah Sungchan yang sudah keluar dari rumah. Sarapan pagi ini hanya ditemani dengan aura sedih dan suram. Sungchan masih enggan bercakap dengan Renjun.
Kalau ya pun, dia hanya bercakap jika mereka mencari sesuatu ataupun ketika dia ingin keluar rumah.
Renjun memandang kearah tingkap ruang tamu. Cuaca yang cerah namun tidak untuk renjun. Dia masih terkesan dengan mimpi yang dialami semalam.
Jika benar Jeno ingin mengikuti jaemin, dia tidak dapat menghalang. Dia sendiri sudah penat apatah lagi Jeno yang sudah 2 tahun putus asa.
Tiba tiba satu notification masuk kedalam phone milik renjun.
Kun hyung
Renjun, nanti hyung jemput kau kat rumah. Cepat siap.Renjun segera menekan notification tersebut lalu membalas mesej Kun.
Kun hyung
Renjun, nanti hyung jemput kau kat rumah. Cepat siap.
Kenapa? Nak pergi mana?
Setelah beberapa minit, mesej yang dihantar oleh Renjun masih tidak dibalas. Renjun menuju kearah bilik untuk bersiap.
•••
"Kenapa kita kat sini?" Tanya Renjun pada Kun yang sudah keluar dari kereta. Mereka berdua kini berada disebuah taman yang terletak di Sungai Han.
Tapi...
Taman ini sama seperti taman yang muncul didalam mimpi Renjun. Yang membuatkan ianya berbeza, taman ini penuh dengan suara gelak tawa kanak kanak yang bermain. Taman ini seperti hidup dan tidak menyedihkan.
"Hyung nak ajak kau hirup udara segar. Hyung tahu kau takboleh nak lupakan kisah pahit tu." Kata Kun yang berjalan ditepi Renjun.
Renjun hanya tersenyum. Mereka berdua berjalan sekitar sungai Han sambil menikmati udara segar dan pemandangan yang cantik. Nikmat yang diberi oleh tuhan, tidak dapat disia siakan walaupun hanya sementara.
"Hyung belikan air dulu ya. Kau tunggu je sini. Nanti hyung call." Renjun mengangguk kearah Kun yang sudah berlalu pergi.
Dia berjalan keseorangan ditemani dengan lagu yang dipasang di airpod.
Langit yang tadinya tenang dan membiru kini bertukar suram. Renjun hanya membiarkan angin yang menampar wajahnya. Dia berjalan tanpa hala tuju.
Setelah penat berjalan, renjun duduk disebuah bangku yang terletak ditaman tersebut. Dia tahu yang sebentar lagi hujan akan turun membasahi bumi.
Deringan daripada phone mematikan lamunan Renjun. Dia mengambil phone yang terletak kemas didalam poket seluar.
Nama Kun tertera lalu butang hijau digesel keatas.
"Hello renjun, kau kat mana?"
Suara Kun seperti sedang cemas. "Dekat bangku hujung taman."
"Kau datang tempat hyung parking kereta tadi. Cepat!"
Belum sempat Renjun menjawab, talian sudah diputuskan oleh Kun. Renjun segera berlari menuju kearah tempat parking kereta. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling yang memandangnya pelik.
•••
"S-sungchan..." Renjun menyelak kain putih yang menutup wajah Sungchan serta seluruh tubuh badannya.
Air mata renjun mengalir deras. Dia kehilangan buat kali kedua.
"KENAPA KAU PERGI DULU SEBELUM AKU?" Kun yang berada disebelah Renjun cuba untuk menahan Renjun daripada memukul mukul badan Sungchan yang sudah tidak bernyawa.
"MEMANG SEMUA ORANG YANG AKU SAYANG DITAKDIRKAN UNTUK TINGGALKAN AKU KE? KENAPA KAU PERGI SEbelum aku Sungchan..." Suara Renjun kian tenggelam. Dia sudah terduduk lemah.
Siapa sangka orang yang begitu ambil berat tentangnya kini sudah terlebih dahulu pergi meninggalkan nya.
"Aku penat chan...aku penat. Aku tak sanggup lagi chan... Cukuplah jaemin pergi, sekarang kau pulak..." Renjun menangis sekuat hati.
Bilik tersebut dipenuhi dengan tangisan daripada seorang lelaki yang sudah cukup menderita. Dunia ini terlampau kejam buat Renjun.
"Renjun...aku tahu kau kuat... Hyung yakin kau boleh hadap ni semua." Kun memeluk renjun yang terduduk lemah. Masih dengan tangisannya.
Baru sahaja dia mahu pulih dari kematian jaemin, kini dia ditimpa lagi dengan kematian adiknya sendiri, Sungchan.
"Aku penat hyung..." Lirih renjun. Kun turut menangis melihat nasib Renjun.
"Aku penat...aku nak balik...aku nak tidur..." Renjun berjalan keluar dari bilik tersebut meninggalkan Kun yang masih dengan posisi asalnya.
YOU ARE READING
broken home. -renjun ✓
Fanfic"Dia tu menyusahkan" "Tak payah balik. Kalau dah tau diri tu tak reti nak balik awal." "Layan sangat hyung kau yang sorang tu. Dahla menyusahkan tunjuk baik pulak. Meluat aku." "Aku menyusahkan ke?" [⚠️: Jgn dibawa sampai ke rl.] 𝐻𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑅𝑒𝑛...