[18 sad ending ;-;]

2.5K 260 69
                                    

Sudah berbulan bulan lamanya Renjun tidak pulang kerumah. Panggilan telefon daripada Jisung dia hiraukan. Sekali sekala Chenle akan menefonnya namun renjun tidak menjawab.

Renjun kini berdiri diatas palang penghadang jambatan. Pemandangan dari atas jambatan itu dia pandang. Agak tinggi namun sedikit pun renjun tidak takut.

Dia berdiri diatas penghadang tersebut. Dia tersenyum.

Dia kehilangan untuk kali ketiga.

Dia nekad untuk membunuh dirinya. Dia sudah tidak sanggup untuk hidup. Baginya jika dia hidup sekali pun, dia akan tetap merana. Dia akan tetap menderita. Tiada gunanya dia hidup jika dia terus merana dan menderita sampai tiba waktunya dia mati.

Segala perbualan telefon antara dia dan Jeno beberapa hari yang lepas muncul diminda.

"Kenapa?" Renjun duduk di kerusi yang terletak ditepi tingkap biliknya. Jika dilihat diluar tingkap, cahaya bulan dan bintang menyinari malam yang sepi dan sunyi.

"Takdelah. Saje je call. Kau sihat?" Tanya Jeno didalam talian. Renjun tersengih kecil.

"Sihat. Cantik kan bulan malam ni." Renjun memandang luar. Sungguh dia terpegun melihat bulan yang mengambang. Tanpa dia sedar dia tersenyum.

Jeno ketawa kecil dihujung talian. "Cantik. Aku teringin nak jumpa nana."

"Ish apa kau ni. Tak baiklah cakap macam tu. Kau sendiri yang cakap kan hidup mati ditangan Tuhan. Kau jangan buat kerja gila, Jeno."

"Yaish aku waras lagilah." Renjun tergelak. Malam itu dipenuhi dengan gelak tawa daripada dua orang sahabat. Renjun benar benar bahagia malam itu begitu juga dengan Jeno.

Walaupun hanya bercakap menerusi telefon, tetapi ianya bagaikan mereka berdua berjumpa secara berhadapan.

Bergelak ketawa melupakan kesedihan buat sementara.

Namun siapa sangka, malam itu merupakan malam terakhir renjun mendengar suara Jeno. Satu satunya sahabatnya yang tinggal.

Keesokannya renjun mendapat khabar berita dari keluarga Jeno. Jeno ditemui terkulai tidak bernyawa dibawah kipas siling. Dia menggantung dirinya sendiri.

Renjun tidak sangka ayat yang dilafazkan oleh Jeno menjadi kenyataan.

Kali ini renjun tidak menangis. Air matanya kering. Orang kata menangis tanpa air mata merupakan tangisan yang paling sakit.

Dia terlalu penat untuk menangis. Sepanjang proses pemakaman Jeno, renjun hanya berdiri tidak jauh dari tempat Jeno dimakamkan.

Dia tidak sanggup melihatnya. Renjun memakai sut hitam dan cermin mata hitam. Pandangannya kosong. Dia langsung tidak mempedulikan orang disekeliling.

Setelah Jeno selesai dimakamkan, renjun masih berdiri ditempat yang sama. Sama seperti waktu Sungchan pergi dahulu. Dia enggan pulang. Puas Kun memujuknya untuk pulang.

Renjun berdiri dihadapan kubur Jeno. Kemudian dia duduk mencangkung. Tangannya mengusap lembut Batu nisan yang tertera nama 'Lee Jeno'.

"Kau dah mungkir janji tu, Jeno." Renjun tersenyum.

"Aku kecewa..." Renjun tidak dapat menangis. Dia ingin menangis tapi air matanya sudah kering untuk menangis.

"Aku harap kau bahagia disana. Jangan lupa tentang aku disini. Aku janji suatu hari nanti aku akan jumpa kau. Aku janji." 

Kini renjun benar benar menuruti janji nya pada Jeno. Dia akan pergi berjumpa dengan jeno, jaemin dan Sungchan.

Tangannya didepakan. Matanya terpejam rapat.

Aku datang untuk berjumpa dengan kau, Jeno.

"HYUNG JANGAN." Renjun membuka kembali matanya. Dia memusingkan badannya.

Jisung ditahan oleh Kun dan Chenle. Dia menangis sekuat hati. Kenapa hyung nya bunuh diri?

"HYUNG PLEASE HYUNG JANGAN BUAT KERJA GILA. RAMAI YANG SAYANGKAN HYUNG. HYUNG TAK KESEORANGAN. HYUNG, JISUNG SAYANG HYUNG. KALAU HYUNG PERGI, SIAPA NAK TEMAN JISUNG NANTI?"

Renjun hanya tersenyum nipis. Dia memandang kearah Jisung yang cuba untuk melepaskan diri daripada Jisung dan Chenle.

"HYUNG, TOLONGLAH. CUKUPLAH JISUNG KEHILANGAN SEORANG ABANG, JISUNG TAKNAK KEHILANGAN SEORANG LAGI ABANG. HYUNG, JISUNG PENAT TENGOK HYUNG MACAM NI. JISUNG SAYANGKAN HYUNG. TOLONG JANGAN BUAT. PLEASE." Jisung meraung. Matanya sudah merah akibat menangis.

"Hyung sayangkan kau jugak, Jisung." Kalimat terakhir yang diucap oleh Renjun. Ianya masih boleh didengari oleh jisung, Chenle dan Kun.

Renjun terjun dengan belakang badannya menghadap kebawah. Dia kini jatuh dengan laju daripada jambatan tinggi tersebut.

"HYUNGGGGGG ARGHHHHH" Jisung cuba untuk menggapai tangan Renjun namun usahanya hanya sia sia.

Renjun sudah terlebih dahulu menjunam kebawah.

Renjun menutup matanya. "Aku datang. Aku akan berehat buat selama lamanya. Tunggu aku Sungchan, jeno, jaemin."

Berakhirlah riwayat seorang insan bernama Huang Renjun. Dia pergi meninggalkan dunia demi berjumpa dengan orang yang tersayang.

Huang Renjun.  Nama yang indah seperti tuan empunya badan. Kau pergi meninggalkan dunia. Kau meninggalkan satu pengajaran yang cukup bermakna.

Biarpun kau telah pergi, kau akan tetap diingati.

Lelaki tabah, Huang Renjun.




"Seseorang akan dihargai apabila dirinya sudah pergi."

"Pedih tapi itulah hakikatnya."



•••

Dengan ini secara officialnya, FF ini tamat.

Maafkan aku kalau ending FF ni tak seperti yang korang jangkakan. ;)

Thank you sebab sudi membaca.

Tq my dearest reader.

Ily<3

Jumpa lagi didalam ff aku yang akan datang.


• broken home: end •


















broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now