Ketika Renjun memasuki perkarangan rumahnya. Tiba-tiba badannya disimbah air. Habis lencun satu badan. Dia menoleh kearah orang yang menyimbahnya.
"Ya. Asal kau simbah do." Jisung yang berdiri disebelah Chenle menegur. Chenle yang memegang baldi membuat muka datar. Seperti orang yang tiada perasaan.
"Dia tu menyusahkan." Chenle selaku anak ketiga memasuki rumah membiarkan Renjun dan Jisung diluar. Jisung pula anak keempat. Anak kedua pula Sungchan. Ya. Chenle dan Sungchan adalah kembar. Tetapi mereka berdua tidak terlalu rapat. Chenle lebih rapat dengan Jisung berbanding kembarnya, Sungchan. Sungchan pula lebih rapat dengan Renjun berbanding kembarnya sendiri.
Cuma sekarang, Sungchan tidak ada di Seoul. Dia berada di pulau Jeju bersama-sama rombongan sekolahnya. Lawatan akhir tahun.
"Hyung, Jisung minta maaf. Jap, Jisung ambik kain tuala." Jisung segera memasuki rumah mengambil tuala untuk Renjun.
Renjun masih berdiri tidak bergerak. Dia memandang bawah. Masih terkejut dengan perangai adiknya, Chenle. Tidak lama kemudian, Jisung datang dengan tuala lalu meletakkannya ditubuh Renjun. Dia membawa Renjun masuk kedalam rumah.
•••
Renjun baru sahaja selesai mandi. Jisung yang setia menunggu Renjun dibiliknya. "Kau masuk jela bilik, Jisung. Hyung tak apa-apa."
"Serious? Jisung risau hyung demam. Lagi sekali Jisung minta maaf sebab Chenle simbah air dekat hyung. Minta maaf sangat-sangat." Jisung memegang tangan Renjun. "Takpelah. Dia nak bergurau kot. Pergilah masuk bilik." Renjun tersenyum pada adiknya yang seorang itu.
Dia meramas-ramas rambut Jisung. Jisung tersenyum lalu keluar dari bilik Renjun. Ketika dia keluar, dia terserempak dengan Chenle.
"Hah kau. Asal kau ada kat sini?"
"Layan sangat hyung kau yang sorang tu. Dahla menyusahkan, tunjuk baik pulak. Meluat aku."
"Apa kau ni. Dia pun hyung kau jugak. Tak baik la Lele." Jisung menegur Chenle. Ingin sahaja dia menampar Chenle. Tetapi disebabkan Chenle lebih tua darinya, segera dia membatalkan niat.
"Dahla. Malas aku." Chenle meninggalkan Jisung yang berdiri betul-betul didepan bilik Renjun. Mereka tidak sedar bahawa Renjun dengar segala-galanya.
Renjun terduduk diatas katil. Segala ayat yang dilontar oleh Chenle terngiang-ngiang dimindanya.
"Aku menyusahkan ke?"
•••
Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Renjun yang merenung siling membiarkan perutnya yang terasa lapar. Otaknya berserabut. Tidak lama kemudian, satu ketukan menghilangkan fokusnya.
"Hyung...jom makan. Mak dah siap masak. Jisung risau. Mak cakap dari semalam hyung tak makan apa-apa."
Renjun membuka pintu biliknya. Terserlahlah muka Jisung. Jisung menarik tangannya menuju ke meja makan.
Semua sudah berada dimeja makan termasuk Sungchan. Sungchan yang tersedar Jisung datang bersama Renjun segera memeluk Renjun.
"Hyung sihat?" Tanya Sungchan melepaskan pelukan. Rindunya pada keluarga tetapi dia lebih rindu pada hyungnya, Renjun.
"Sihat. Kau?" Sungchan menarik tangan Renjun duduk dikerusi kosong disebelahnya. Renjun duduk berhadapan dengan Puan Huang. Disebelah Puan Huang pula Chenle. Jisung duduk dihujung sebelah kiri manakala Tuan Huang duduk disebelah hujung kanan diantara Puan Huang dan Renjun.
"Sihat la. Hyung nak makan apa?"
"Biar je hyung kamu ambik sendiri. Dia ada tangan sendiri. Kamu sambung makan." kata Tuan Huang. Puan Huang hanya fokus pada makanannya.
Renjun kecil hati. Hilang seleranya hendak makan. Dia hanya mengambil sesenduk nasi dan telur dadar. Dia menyuap makanan dengan hati yang berat.
Sedang mereka makan, Renjun hanya berdiam diri. Tuan Huang dan Puan Huang tertawa mendengar cerita Sungchan. Begitu juga Jisung dan Chenle. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.
"Takpe. Biar Renjun yang bukak." Renjun berdiri lalu menuju ke pintu rumah. Dia membuka. Jisung memerhati pergerakan Renjun. Dia tahu yang Renjun terasa hati.
"Eh, hyung. Ada apa datang?" Renjun tersenyum pada Kun. "Saja datang. Lama dah tak jenguk kau. Entah sihat ke tidak." Renjun mempelawa Kun masuk kedalam rumah.
"Sihat jela. Hyung tidur sini ke?"
"Haah. Hyung dah cakap pun dengan parents kau yang hyung tidur sini dua malam. Lagipun parents hyung takda kat sini. Diorang oversea." Renjun meng"oh"kan sahaja.
Kun menyapa pakcik dan makciknya termasuk adik-beradik Renjun. "Hyung duduk lah. Renjun kemas bilik untuk hyung kejap."
"Habistu hyung tidur mana?" Sampuk Sungchan.
"Tidur kat ruang tamu lah." Renjun membawa pinggan dan cawannya kedapur. Dia membasuh pinggan dan cawan lalu berlalu masuk kedalam bilik.
•••
Renjun yang sedang mengemas biliknya terganggu apabila ada seseorang memasuki bilik. "Oh hyung." Renjun menoleh sekilas lalu menyambung mengatur cadar yang baru sahaja ditukar.
"Kau ok tak?"
"Ok je. Asal?"
"Jisung kata kau kena simbah air dengan Chenle. Lagi satu, makcik cakap kau tak makan sejak semalam. Betul ke?" Renjun tersentak. Apahal lah si Jisung ni pergi cakap kat Kun. Susahnya dia yang bersusah payah cari alasan yang sesuai.
Renjun duduk diatas katil memandang Kun yang duduk dikerusi meja belajarnya.
"Oh. Chenle bergurau je tu. Takde pape lah."
"Ye ke? Aku kenal kau la Renjun. Aku kenal kau lebih dari kau kenal aku. Aku tau kau menipu sebab kau rasa kau menyusahkan orang kan?"
Renjun terdiam seketika. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Kun. Renjun mengangkat mukanya lalu memandang Kun.
"Hyung...kau rasa aku menyusahkan ke?"
•••
YOU ARE READING
broken home. -renjun ✓
Fanfiction"Dia tu menyusahkan" "Tak payah balik. Kalau dah tau diri tu tak reti nak balik awal." "Layan sangat hyung kau yang sorang tu. Dahla menyusahkan tunjuk baik pulak. Meluat aku." "Aku menyusahkan ke?" [⚠️: Jgn dibawa sampai ke rl.] 𝐻𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑅𝑒𝑛...