Aku keluar dari kereta. Rumah dua tingkat yang tersergam indah aku pandang. "Rumah siapa?" Tanyaku pada Kun.
Kun tersenyum tidak menjawab. Dia berjalan mendahului aku. Loceng rumah ditekan banyak kali.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka oleh seorang wanita yang lebih kurang separuh umur. Dia memandang Aku yang berdiri kaku. Aku bukan taknak masuk..
cuma...
aku rasa tempat ni...
Familiar
Pintu rumah ditutup sekejap lalu dibuka semula oleh seorang lelaki yang seperti sama umur denganku. Matanya terbuntang.
Kun memanggilku untuk masuk. Aku berjalan perlahan lahan menuju kearah Kun.
"Renjun..." aku lihat air matanya tumpah. Seraya itu dia memeluk aku. Aku terkaku. Perlahan lahan tanganku mengusap belakang badannya.
"K-kau ingat aku tak?" Tanyanya setelah dia meleraikan pelukan. Tanpa segan silu, aku menggelengkan kepala.
"Dia Jeno." Kata Kun yang setia berada disebelah ku dari tadi.
"Oh..."
Aku teringat sesuatu. Muka Jeno aku pandang. "Jaemin? Siapa?" Kun dan Jeno memandang sesama sendiri.
•••
Sekarang kami bertiga berdiri dihadapan sebuah peti yang tertulis nama Na Jaemin. Peti tersebut penuh dengan bunga bunga dan beberapa surat. Aku memandang Jeno yang menundukkan kepala. Sesekali tangisannya kedengaran.
"Kenapa?" Jeno masih menundukkan kepala. "Kenapa kita dekat sini?" Aku bertanya.
Ya. Aku masih keliru.
"Jaemin...dia...dia dah pergi 2 tahun yang lepas..."
Hah?
"Kenapa dia pergi?"
Jeno tidak menjawab. Dia berlalu kearah kereta yang diparkir diluar gate. Aku memandang semula ke arah peti tersebut.
"Seat aku tepi kau kan?"
"Eh bukan ke kita tiga duduk sama sama? Seat untuk tiga orang kan?"
"Eh haahlah." Aku memandang muka Jaemin datar. Tak hilang lagi bengap dia ni.
Jaemin duduk dibahagian tingkap manakala Jeno ditengah. Aku ditepi Jeno.
Harini hari terakhir kami di pulau Jeju. WAHH TAK SABARNYA NAK BALIKK.
Setelah 30 minit didalam pesawat, tiba tiba satu pengunguman mengejutkan para penumpang yang tengah tidur, ada juga yang masih bangun.
"Harap semua penumpang untuk memakai tali pinggang keledar dengan ketat. Sila tekan tombol kuning untuk memakai alat bantuan pernafasan. Pendaratan cemas sedang dilakukan. Harap maklum." Aku membuntangkan mata.
Jaemin dan Jeno yang tertidur disebelahku, aku cuba untuk membangunkan mereka berdua. Seluruh isi kapal pesawat, cemas.
Ada yang menangis.
"BANGUN WEH BANGUN PAKAI SEALTBELT KORANG."
"Asal?" Tanya Jeno yang masih mamai. Jaemin pula masih belum bangun. Tidur mati pulakkk
"Pakai sealtbelt kau ketat ketat. Ni pakai." Aku memberikan alat bantuan pernafasan yang terletak diatas siling.
Jeno memakainya tanpa banyak soal. Kami berdua masih cuba untuk menggerakkan jaemin.
"Kepada penumpang yang dihormati, sila jangan bergerak atau pergi ke mana mana. Harap anda semua kekal ditempat duduk masing masing. Mohon bagi kerjasama."
Aku dan Jeno memandang sesama sendiri.
"T-tak renjun...aku taknak m-mati." Aku menggelengkan geleng kan kepala memandang Jeno yang sudah dibasahi air mata.
"T-tak. Kau takkan mati. Percayalah. Kita bertiga sama sama boleh survive."
Jaemin masih belum sedar. Badan disandarkan ketempat duduk. Dapat dirasakan yang sekarang ni pesawat seperti mahu jatuh.
Tangan Jeno digenggam. Jeno pula memegang tangan Jaemin.
•••
"Sebuah pesawat menjunam cemas dan berlanggaran dengan sebuah bangunan. Pesawat dari pulau Jeju tersebut membawa penumpang sebanyak 150 orang. Hanya 15 orang sahaja yang terselamat. 45 orang tercedera. Manakala 90 orang lagi terkorban. Pihak polis-"
Sungchan yang menonton tv dari dapur kerana dia mahu minum terkejut. Gelas kaca yang dipegang jatuh terpecah. Tangannya bergegar.
"Apehal hyung ni?" Tanya Jisung pelik sebaik sahaja dia memasuki dapur. "Flight renjun hyung harini kan?"
"Haah kenapa?"
"Dia patutnya sampai sekarang kan?"
"Haah."
Sungchan memandang muka adiknya Jisung. Chenle yang tergesa gesa turun dari tingkat atas menerjah dapur dengan membawa phonenya ditangan.
"K-korang..." Serentak Jisung dan Sungchan memandang Chenle.
Chenle memandang Jisung lalu menghulurkan phonenya. "T-tak jangan cakap.." Jisung terlepas phone Chenle dari pegangan.
Tubir matanya sudah mula bertakung air. "Jom. Kita jumpa Kun hyung."
Sekali lagi kepala Renjun pening. Tanpa dia sedari, dia telah jatuh pengsan dihadapan peti tersebut.
•••
YOU ARE READING
broken home. -renjun ✓
Fanfiction"Dia tu menyusahkan" "Tak payah balik. Kalau dah tau diri tu tak reti nak balik awal." "Layan sangat hyung kau yang sorang tu. Dahla menyusahkan tunjuk baik pulak. Meluat aku." "Aku menyusahkan ke?" [⚠️: Jgn dibawa sampai ke rl.] 𝐻𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑅𝑒𝑛...