𝔹𝕒𝕓 𝟙𝟙

7 6 0
                                    

[ Qayra POV ]

"ASSALAMUALAIKUM semua," ucap cikgu Ammar apabila dia melangkah ke dalam kelas kami. Selesai menjawab salam, kami semua duduk di tempat masing-masing.

"Sebelum saya mulakan sesi pembelajaran harini, hantar kerja semalam," katanya. Ah sudah.

Homework fizik semalam aku tak siap lagi! Mati akuuuuu!

Cikgu Ammar bergerak dari meja ke meja. Aku kat sini dah rasa nak tercabut jantung.

Kerja semalam aku keluarkan dan buat secara senyap-senyap.

"Kau tak siap lagi?," soal Cylia di sebelah. Aku menggelemg sambil membuat muka cuak.

"Nak mati betul kau ni. Cepat buat. Aku bagitau kalau cikgu dah sampai kat Syahirah."

"Okay," tulisan cepat aku jadi cakar ayam. Lantaklah janji aku siap.

"Cepat woi dia dah kat Syahirah."

"Weh weh dah dekat Hani."

"Woi!"

"Sabarlah gila!," aku dahlah tengah gelabah ni dia makin gelabahkan aku.

"Siap belum?"

"Satu lagi dan-okay siap!," aku tutup buku cepat-cepat. Sia-sia je siap time tu kalau kantoi.

Aku tarik nafas lega panjang. Fuh. Percayalah, siapkan kerja masa cikgu kutip buku debar dia macam tengah lari kena kejar anjing.

Aku pandang Cylia dari anak mata. Eh dia pun lega juga?

Akhirnya cikgu Ammar sampai di meja kami.

"Siap tak?"

Aku sengih. "Ini Qayra cikgu, mestilah saya siap."

Cikgu Ammar abaikan apa aku kata. Selepas dia ambil buku latihan itu, cikgu Ammar berlalu pergi.

"Thanks Cylia. Kau penyelamat aku," aku bisik kepada Cylia.

"No hal. Yang penting belanja aku aiskrim."

"Okay," aku buat simbol 'okay' dengan jari.

"Bagus harini. Semua orang siap kerja saya. Jadi hari ni kita akan sambung topik minggu lepas-," kata-kata cikgu Ammar terhenti apabila ada seseorang mengetuk pintu kelas kami.

"Ye cikgu?," soal cikgu Ammar kepada cikgu Hazimah.

"Ni, murid pertukaran jepun dah sampai."

"Ouh, baik baik. Boleh bawa diorang masuk," cikgu Hazimah mengangguk kecil mendengar kata-kata cikgu Ammar.

Dua orang pelajar Jepun itu masuk ke dalam kelas kami.

Pandangan aku terhala pada salah seorang dari mereka. Muka dia familiar.

"Okay anak-anak murid kesayangan saya, mereka ni pelajar pertukaran," cikgu Ammar perkenalkan mereka kepada kami.

"You can speak english? If can, please introduce yourself," katanya kepada pelajar pertukaran tersebut. Mereka berdua mengangguk.

"Hai everyone, my name is Eita Izumi. Can call me Izumi," katanya. Sebutan englishnya masih tak lancar. Mungkin tak fasih lagi.

Aku pandang lagi seorang.

"My name is Akito Hayato. Call me Hayato," tak macam Izumi, sebutan Hayato macam dia dah biasa cakap english. Tak kekok.

Dan aku perasan, pandangannya menghala ke aku sambil dia tersenyun. Anak mata birunya itu aku pandang. Nama dia macam dah biasa dengar.

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now