𝔹𝕒𝕓 𝟞

10 5 0
                                    

SELESAI menyusukan Yusuf, Qayra meletakkannya di atas sofa dihadapan television. Dia kemudian meng-unpause drama Backstreet Rookie yang ditontonnya.

"COMEL GILE JI CHANG WOOK NI," Qayra menggeletis di atas karpet. Fangirling mode sudah mari.

"Yusuf tengok tu. Lawa kan Kim Yoo Jung?," Yusuf mengekek seolah-olah dia tau apa yang Qayra cakap.

Qayra cubit pipi Yusuf. Ketawa lagi. Dia sambung hadap television.

Kalau owner 7 Eleven muka macam dia, duit pokai sebab hari-hari beli pun dia tak kisah. Janji dapat cuci mata.

Beranganlah lagi Qayra. Beranganlah lagi.

Selesai menonton drama, dia membawa Yusuf naik ke bilik. Dah pukul 12 malam, dia patut tidur.

Baru sahaja ingin menutup mata, dia terdengar bunyi bising dari bawah. Bunyi seperti barang-barang dilanggar.

Hantu ke? Oh tolonglah bukan.

Sekarang ni, dia menyesal sebab marathon tengok cerita hantu lepas balik rumah petang tadi. Ingatkan tengok waktu petang tak dapat mimpi ngeri.

Ha mungkin dia bermimpi. Tolonglah cakap yang ini semua mimpi. Atau mungkin...

Haqeem dah balik?

Ha ye kot.

Perlahan-lahan Qayra bangun dari katil. Kalau boleh dia tak nak Yusuf terbangun.

Dia mendekati tangga. Bunyi bising di bawah tadi masih lagi berbunyi.

"Haqeem ni biar betul? Selalu balik lambat tak adalah bising macam ni," bebel Qayra perlahan.

Usai menuruni beberapa anak tangga, dia teringat sesuatu. Bukan Haqeem dekat Penang ke? Takkanlah dia dah balik.

Oh. My. God.

Rumah dia kena pecah masuk ke? Perlahan dia tepuk dahi. Lembapnya kau ni Qayra. Macam manalah boleh lupa yang abang kau dekat Penang?

Habistu sekarang ni dia nak buat apa? Call polis. Yes, polis.

Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar.

99-

Watermelon sugar high
Watermelon sug-

Ya Allah, boleh pula kau buat bising kat sini.

Dia lihat nama pemanggil.

Unknown Caller

Siapa pula ni? Menyedari yang dia terlupa nak mute call orang, Qayra cepat-cepat angkat panggilan tersebut.

"Qayra, aku Aatiq. Kau okay tak? Aku nampak pagar kau terbuka sikit," kata Aatiq. Suara dia kedengaran agak risau.

"Tolong aku. Aku rasa ada orang masuk rumah aku," Qayra berbisik seperlahan yang boleh. Dia tak nak orang kat bawah tu dengar.

Baru sahaja dia ingin berpusing, kepalanya tiba-tiba rasa sakit. Penceroboh tadi memukul kepalanya menggunakan sesuatu yang keras. Dia sudah menyedari kehadiran Qayra sejak telefonnya berbunyi lagi.

PAP! Qayra terlepas telefonnya. Tempat kepalanya dipukul dia pegang dan tekan. Cuba untuk kurangkan kesakitan.

"Argh," kepalanya terasa berat. Matanya hampir tertutup. Tak tak, dia tak boleh pengsan. Yusuf masih ada kat atas. Dia perlu selamatkan Yusuf.

Sedaya upaya dia cuba untuk melangkah ke atas. Nak lari satu, nak sorokkan Yusuf satu.

Namun, belum sempat dia ingin melangkah, lelaki tersebut menolaknya supaya dia jatuh ke tempat yang lebih rata.

"Kau tak patut turun tadi..," tangannya mengusap-usap wajah Qayra sambil tersenyum sinis. Qayra nak menepis tapi kepala dia dah makin pening. Nak tepis pun dah tak boleh sebab satu tangan dia pegang kepala, satu lagi tengah tahan diri dia dari terbaring.

Dengan segala kekuatan yang ada, dia bangun dan cuba untuk menolak lelaki tersebut supaya dia jatuh.

Malangnya, lelaki tersebut mengelak dan dia yang terjatuh. Kali ni dia tak boleh nak tahan, keadaan sekeliling menjadi gelap segelap-gelapnya.

AATIQ mendengar dengan teliti apa yang dikatakan Qayra di telefon. Nasib baik dia dari rumah sepupunya, Timah. Baru sahaja nak balik, dia ternampak pintu pagarnya seperti terkopak. Macam ada orang pecah masuk.

"Tolong aku. Aku rasa ada orang masuk rumah aku."

Aatiq cuba untuk bertenang. Jantung dia macam nak tercabut bila tahu ada orang masuk rumah Qayra.

"Qayra, walau apa jadi, jangan tutup call."

Beberapa saat Aatiq menunggu supaya Qayra balas, namun hampa.

PAP!

Telefon Qayra kedengaran seperti sudah jatuh. Aatiq tidak menunggu lama untuk menelefon Timah.

"Tim, lagi dua minit, call polis. Ada orang masuk rumah Qayra," dia terus meletakkan fon tanpa sempat Qayra membalas.

Dia perlu cepat dan selamatkan Qayra!

Pintu pagar rumah ditolak dengan perlahan-lahan. Kasut lelaki yang menceroboh ada di luar rumah.

Bagus dia ni. Nak mencuri pun beradab.

Aatiq masuk ke dalam rumah. Dia perlahan-lahan memeriksa keadaan ruang tamu. Tak ada orang, tapi barang bersepah. Kemudian, dia pergi ke dapur dan masih lagi ugh, tiada orang.

Tangga yang terbentang dihadapannya itu dia daki. Perlahan-lahan. Tak nak buat bunyi.

Mata Aatiq terbuntang apabila dia ternampak tubuh badan Qayra diseret menuju ke sebuah bilik. Kepala dia berdarah.

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now