Bab 6

1.1K 25 0
                                    

WAWA mengomel sendirian. Geram dengan tingkah Safina. Boleh pula dia blah macam tu je.

"Kak Wawa..." Wawa kalih wajah memandang Jun yang kedengaran cemas. Terhenti seketika tangannya dari terus mengelap pinggan.

"Abang tu tarik rambut Kak Fie. Kak Fie nak bertumbuk dah tu." Takut-takut Jun menyampaikan apa yang berlaku. Bercengang Wawa dibuatnya. Kakinya segera diatur menuju ke luar.

Kelihatan beberapa orang berkerumun di tempat parkir motor. Kelam kabut Wawa berlari mendapatkan Safina. Bukan boleh percaya Safina ni. Otak dia memang selalu tak betul.

"Kau cari pasal dengan salah oranglah, bro." Kelihatan Boy sedang memegang Safina agar menjauhkan diri dari Ahmad Farid.

"Aku ni kalau perangai macam jantan sekali pun tak busuk hati tau. Kau terajang motor aku. Kalau aku mati, kau nak tanggung mak bapak aku ke?" Safina melenting. Mendengar saja kata-kata Safina, Wawa segera menghampirinya.

"Kau okey tak Fie?" Dibeleknya wajah dan tubuh Safina. Kelihatan luka di tangan kiri dan kaki kirinya. Seluar Safina turut koyak di bahagian lutut. Sakit hati Wawa melihat luka di tubuh Safina.

"Eh... aku tak tahulah apa masalah kau. Dengan perempuan pun jadi nak cari pasal. Mak bapak kau tak ajar ke hormat perempuan?" Wawa menghamburkan kemarahannya. Selama ni dia tidak pernah ikut campur pertelingkahan Safina dan Ahmad Farid, tapi kali ni Ahmad Farid dirasakan semakin melampau sehingga sanggup mencederakan Safina.

"Wooo... awek backup. Hello cik adik, dalam dunia ni dah tak ada lelaki ke sampai nak bercinta dengan kaum sejenis?" Merah padam wajah Wawa mendengar kata-kata Ahmad Farid.

Banyak mata yang mula tertumpu padanya. Terasa maruah dan harga dirinya dipijak-pijak ketika itu. Wawa menunding jari ke arah Ahmad Farid kerana geram. Belum sempat dia membuka mulut, kedengaran satu suara menyapa dari arah belakangnya.

"Apa hal ni?" Dia meloloskan dirinya agar dapat tampil ke depan.

"Ayah..." tegur Safina lembut. Berkerut dahi lelaki itu memandang Safina.

"Dah kenapa pula dengan anak ayah ni?" Masih lembut dia menyoal apabila melihat luka di lengan Safina. Ahmad Farid terdiam seketika.

"Dia nilah ayah. Pergi terajang motor Kak Fie." Boy buka cerita. Lelaki yang dipanggil ayah itu segera memandang Ahmad Farid.

"Er... Tuan Lukman." Ahmad Farid kecut perut. Lelaki berusia lewat 50-an itu antara lelaki yang sangat disegani. Mata Tuan Lukman mengecil memandang Ahmad Farid.

"Kamu ni perangai macam kutu rayau kenapa? Ingat nyawa orang ni barang mainan? Dengan perempuan pun nak cari pasal?" soal Tuan Lukman tegas.

"Sa... Saya nak bergurau je." Ahmad Farid mula gagap.

"Gurau kepala otak kau. Kalau aku mati macam mana?" Safina semakin berang dengan jawapan Ahmad Farid.

Sahlah mamat sorang ni ada masalah otak. Otak dia letak kat lutut gamaknya. Kalau tak mengenangkan rasa hormatnya pada Tuan Lukman, memang lunyai Ahmad Farid dikerjakan. Dia bukan perempuan yang mudah untuk ditindas. Diam takkan tinggal diam apabila sudah sampai mencederakan dirinya.

"Yang lain, bersurai. Tak perlu jadi penonton dekat sini. Bukan nak meleraikan." Tergeleng kepala Tuan Lukman melihat yang lain.

"Mari ayah bawa ke klinik." Tuan Lukman meraih tangan Safina. Namun Safina menolak.

"Tak apa ayah. Fie boleh cuci luka ni. Tak teruk mana pun." Namun Tuan Lukman tidak mengendahkan kata-kata Safina. Tubuh itu tetap diseret masuk ke dalam kereta.

"I'm not done with you." Jari telunjuk ditunding ke arah Ahmad Farid. Kecut perut Ahmad Farid dibuatnya.

"Wawa, mari ikut ayah sama. Boy, pastikan dia ni masih ada di sini atau ayah akan bawa hal ni ke balai." Tegas sekali arahan yang diberikan. Boy dan Wawa akur. Manakala Ahmad Farid pula sudah kecut perut.

Hilang saja kereta Tuan Lukman dari parkir, Ahmad Farid segera mendapatkan rakan-rakannya.

"Kau ni dah gila eh?" Firdaus menyoal geram. Entah apa yang berada difikiran Ahmad Farid, dia sendiri tidak pasti. Boleh pula sampai mencederakan orang.

"Aku tak pernah tengok kau jadi bodoh macam ni. Kau tahu tak siapa tu? Tuan Lukman, bro. Bukan ke dia salah sorang client kau?" Jamal menyoal. Ahmad Farid menyandar lesu. Boy yang berada di kaunter pembayaran memandangnya tidak lepas. Rambutnya diramas kasar.

"Anak dia ke? Aku dengar dia bahasakan diri dia ayah dekat budak perempuan tu. Tapi setahu aku, dia tak ada anak perempuan." Ahmad Farid kelihatan kusut. Masaklah kalau Tuan Lukman membatalkan perjanjian mereka. Rugi besar dia nanti.

"Kalau bukan anak kandung dia sekali pun, entah-entah anak angkat dia. Takkan dia lepaskan kau macam tu je." Deen menambah rencah. Geli hati melihat wajah kusut Ahmad Farid.

"Ha... masa buat tak fikir panjang. Takat bertekak mulut tu boleh terima akal lagilah. Ni dah sampai mencederakan, memang cari nahaslah kau. Kalau bukan anak Tuan Lukman sekali pun, dia boleh report police. Padan muka kau kalau duduk dalam lokap." Ikram tak nak lepaskan peluang. Semakin serabut Ahmad Farid dibuatnya.

"Aku gerak dululah Farid. Kau settle la elok-elok. Apa-apa nanti roger." Firdaus angkat punggung. Tidak betah berlamaan di situ. Malu dia dengan sikap Ahmad Farid. Setelah berjabat tangan dengan mereka, Firdaus segera berlalu pergi.

"Kitorang pun nak gerak ni. Pape roger." Berkerut dahi Ahmad Farid bila ditinggalkan sendirian. Hatinya resah menanti kehadiran Tuan Lukman.

Abang SuperbikeWhere stories live. Discover now