MALAM itu mereka tiba di homestay tepat jam sembilan malam. Masing-masing melepaskan lelah setelah beberapa jam berada di atas motorsikal. Tidak kurang juga terdengar keluhan dari mereka yang buat pertama kali ikut serta konvoi yang diadakan.
Homestay yang dipilih betul-betul bersebelahan untuk menempatkan peserta lelaki dan wanita. Jadi amat mudah untuk mereka berbincang dan mengadakan beberapa aktiviti bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
Setelah berehat sebentar, mereka mula berkumpul bagi membincangkan aktiviti yang akan dilakukan esok. Bukan itu saja, mereka juga perlu membahagikan tugas kepada semua peserta yang turut serta bagi memastikan kesemua mereka sama-sama dapat menyumbang tenaga.
"Okey, kita dah pecahkan kumpulan. Harap esok semua dapat bagi kerjasama yang baik. So, kita bersurai." Hanif mengakhiri perbincangan mereka malam itu. Kedengaran keluhan lega dari yang lain. Mau taknya, punggung dah kematu duduk atas motor. Ni duduk pula berbincang lagi.
Safina angkat punggung untuk mengambil angin malam. Terasa nyaman berada di situ. Ahmad Farid turut angkat punggung lalu mengikut langkah Safina. Berkerut dahi rakan-rakannya melihat tingkah Ahmad Farid.
"Aku syak dia dah angau kat minah tomboy tulah." Ikram bersuara selamba. Jamal dan Deen tersengih mendengar kata-kata Ikram.
"Aku setuju sangat dengan kau. Boleh dia menghilang masa dekat R&R Sungai Perak tadi. Aku ni punyalah beriya bercakap dengan dia, sekali toleh dia tak ada. Patutlah minah depan aku tu duk pandang aku tersengih-sengih. Rupanya aku cakap sorang-sorang. Hantu betul Farid ni." Deen melepaskan apa yang terbuku di hati. Jamal sudah mengekek ketawa. Dia yang ketika itu ke tandas bersama Ikram juga hairan melihat Deen bercakap sendirian.
"Aku dengan Ikram ingat kau dah gila duk cakap sorang-sorang. Rupanya kena tinggal." Terhambur ketawa besar dari keduanya membuatkan Deen tarik muka cemberut.
"Eh... siot lah korang ni. Sempat lagi nak bahan aku, kan?" Deen tak puas hati. Deen ni kalau merajuk, memang kalah perempuan. Sentap tak sudah.
"Relaks la Deen. Kau ni kalah pompuanlah. Sikit-sikit nak sentap." Ikram menyindir. Mana taknya, kalau dia kenakan orang bukan main lagi. Tapi bila kena dekat diri sendiri, sentap lebih.
"Aku masuk tidurlah. Malas nak layan korang," Deen terus berlalu meninggalkan Ikram dan Jamal yang terpinga-pinga dengan tindakannya. Mereka saling berpandangan dan menjungkit kening. Penyudahnya Ikram angkat bahu.
"Ah... lantaklah dia. Sentap lebih." Akhirnya Jamal malas ambil pusing perihal Deen. Kang kata 'kunyit', marah pula. Badan je sado tapi hati kecil kalah hati kuman. Elok-elok muka handsome, esok pecah pula muka tu sebab menyakitkan hati.
"Fie..." Safina menoleh apabila namanya diseru. Terjungkit keningnya melihat Ahmad Farid yang tersengih bagai kerang busuk.
"Ha... kenapa?" soal Safina kasar. Ahmad Farid mengeluh perlahan.
"Kau ni kasarlah. Cuba lemah lembut sikit." Buntang mata Safina mendengarnya. Terasa geli geleman anak tekaknya ketika itu.
"Aku tak reti nak lemah lembut. Nilah diri aku. Dari dulu sampai sekarang. Kalau kau nak pompuan yang lemah lembut, kau pergilah cari orang lain." Selamba badak Safina menghamburkan kata-katanya. Sedikit pun dia tidak pedulikan Ahmad Farid yang terkulat-kulat untuk membalas semula kata-katanya.
"Ish... kau ni. Aku bukannya kisah kau macam ni. Tapi sebagai seorang perempuan mesti ada kelembutan." Safina ketawa mendengarnya.
'Tak kisah konon tapi ada hati gak tu nak nasihat orang.' Sempat lagi Safina membebel dalam hati.
"Aku ada kelembutan aku yang tak semua orang boleh nampak. Kasar aku tak adalah sampai melawan fitrah aku sebagai perempuan." Haaa... sedas kena. Ambil kau. Sibuk sangat siapa suruh.
"Fie, kau ada boyfriend tak?" soal Ahmad Farid membuatkan muka Safina berubah kelat.
"Soalan apalah kau bagi ni? Tak ada soalan lain ke?" soal Safina keras. Malas betul nak melayan. Sudahlah pagi petang siang malam dia diganggu dengan kiriman Whatsapp dari lelaki itu. Baru nak rasa sedikit ketenangan dah diganggu semula.
"Alahai... tanya macam tu pun tak boleh ke?" Ahmad Farid memandang Safina yang mula membelek telefon bimbit.
"Kau dengan Wawa tu rapat betulkan? Sampai ramai orang salah faham termasuk aku." Ahmad Farid masih cuba untuk berbual dengan Safina. Safina memandang Ahmad Farid lama.
"Aku kawan dengan Wawa tu dari sekolah lagi. Dialah satu-satunya kawan yang ada bersama aku saat susah senang aku. Saat jatuh bangun aku. Tak semua orang ada kawan yang macam tu, jadi aku hargai dia. Aku dengan dia dah macam adik beradik. Sakit dia, sakitlah aku. Macam tu juga sebaliknya." Ringan mulut Safina bercerita apabila ia melibatkan Wawa.
"Kau kalau bercakap pasal Wawa, bukan main berseri muka. Macam cakap pasal boyfriend," perli Ahmad Farid. Safina senyum senget. Apa je yang melibatkan Wawa memang akan buat dia tersenyum gembira.
"Kau dah lama ke libatkan diri dengan aktiviti macam ni?" Ahmad Farid ubah topik. Masih berharap dalam berbual rancak dengan Safina. Safina hanya senyum. Dia menghalakan pandangannya ke arah langit. Melihat taburan bintang yang sering membuatnya terasa tenang.
"Aku asal dari keluarga yang susah. Apa yang aku ada sekarang ni hasil dari titik peluh aku sendiri. Aku usaha untuk dapatkan apa yang aku impikan. Sukan lasak memang dah sebati dengan diri aku. Aku sukakan sesuatu yang mencabar. Bila aku terlibat dengan superbike, aku mula terlibat dengan aktiviti macam ni. Bagi aku, satu kepuasan bila dapat bantu orang. Aku pernah susah dan aku tahu apa rasanya bila kita serba serbi tidak cukup." Ahmad Farid terdiam sejenak.
Dia tidak pernah merasa hidup susah. Dari lahir lagi dia sudah terbiasa dengan kemewahan namun, dia bersyukur kerana tidak terlalu dimanjakan. Bahkan dia diajar untuk hidup berdikari. Malah setelah tamat belajar, dia tiada istilah untuk goyang kaki menikmati saat-saat indah tamatnya pengajian. Dia telah dikerah untuk mencari rezeki sendiri. Segala elaun dan belanja bulanannya dipotong kerana dia telah mampu untuk mencari rezeki sendiri.
"Aku first time join program macam ni. Selalunya bagi sumbangan je." Safina tersenyum mendengarnya.
"Bila kita buat kebaikan, janganlah hebahkan. Supaya tidak timbul riak di hati." Cukup mendalam kata-kata yang dilontarkan Safina. Ahmad Farid terdiam. Ada sesuatu tentang Safina yang benar-benar membuatkan dia kagum.
YOU ARE READING
Abang Superbike
RomanceSafina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan ne...