Bab 23

803 26 5
                                    

SHAZA memerhatikan dari jauh tingkah Ahmad Farid dan Safina. Meluap-luap kemarahannya melihat kemesraan mereka. Dalam hati dia menyumpah seranah Ahmad Farid.

Entah apa yang menarik sangat tentang Safina sehingga Ahmad Farid sanggup menolaknya. Kedua tangannya dikepal menahan geram.

Apa pun yang berlaku, dia akan pastikan Ahmad Farid menjadi miliknya. Tak kira dengan apa cara sekalipun. Takkan sesekali dia mengalah dengan tomboy seperti Safina.

Dia lebih cantik, dia lebih anggun, dia lebih menawan, dia lebih seksi dan dia lebih menggoda. Tiada siapa mampu menolak godaannya selama ni. Jadi dia akan pastikan Ahmad Farid juga takkan menolaknya.

Bibirnya terukir senyum sinis. Otaknya mula merangka strategik supaya Ahmad Farid jatuh ke dalam dakapannya. Halangan yang ada perlu dihapuskan. Shaza mencapai tas tangan lalu melangkah pergi. Sempat dia melayangkan flying kiss kepada beberapa jejaka yang memandangnya ketika itu.

"Sorry babe buat you tunggu lama. So, kita nak ke mana lepas ni?" Shaza menyoal penuh menggoda sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu.

"No worries, sayang. Untuk you seribu tahun pun I sanggup tunggu." Tangan Shaza dielus lembut. Shaza mengukir senyum menggoda. Tanpa segan silu, pipi lelaki di sebelahnya dikucup lembut sebelum melabuhkan kepalanya dibahu kiri lelaki itu.

"I laparlah you. Kita pergi makan dulu boleh? I nak makan seafood." Shaza merengek manja. Perutnya yang berkeroncong minta segera diisi.

"Okey. Kita pergi makan dulu. After that, we enjoy our moment together." Pipi Shaza dielus lembut sebelum mengarahkan pemandunya menuju ke salah sebuah restoran yang yang terkenal di situ.

Bersama Shaza sentiasa membuatkan hatinya hidup. Dia sanggup berhabis berapa pun untuk Shaza. Kali ini dia nekad untuk menjadikan Shaza sebagai suri hidupnya. Tak mungkin dia menyia-yiakan peluang yang ada. Dia juga yakin Shaza takkan mungkin menolaknya.

Sampai saja di restoran, mereka segera mendapatkan tempat duduk yang agak tersorok. Lebih privacy dari pandangan orang sekeliling.

Setelah membuat pesanan, Anas memandang Shaza dengan penuh kasih sayang. Telah hampir tiga tahun mereka menjalinkan hubungan, malah kerap juga mereka akan menghabiskan masa bersama sebagai pasangan kekasih.

Dia juga kerap membawa Shaza ke majlis-majlis koperat yang dihadirinya. Pujian takkan pernah lepas setiap kali Shaza mendampinginya.

Ya, Shaza memang seorang yang pandai bawa diri. Pandai bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Jadi, tidak kekok untuk dibawa ke mana saja.

"Sha, I ada something nak bagitahu you." Shaza meletakkan semula gelas yang berisi jus oren di atas meja. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Anas. Anas mengosok lembut belakang tengkuk kerana rasa gugup yang tiba-tiba menyerang.

"Will you marry me?" Dengan penuh yakin Anas melamar Shaza. Sebentuk cincin berlian berwarna biru cukup memukau mata yang memandang membuatkan Shaza terpukau seketika. Terkelu seketika dengan lamaran Anas.

"Babe, are you serious?" Shaza menyoal. Dia merenung wajah Anas yang kelihatan gugup. Dia segera menghulurkan tangan kirinya kepada Anas. Tersenyum Anas melihat reaksi Shaza. Tanpa menunggu lama lagi, cincin itu terus disarungkan ke jari manis Shaza.

"Cantiknya you. You ni memang taste tinggikan?" Tak berkelip mata Shaza merenung cincin berlian di jari manisnya. Kembang rasa hatinya ketika itu.

"So, you terima lamaran I?" soal Anas inginkan kepastian.

"Why you so silly? Ofcouse I do." Shaza bersuara ceria. Anas menarik nafas lega. Dia tersenyum bahagia melihat Shaza.

Lima minit berlalu, makanan yang dipesan oleh mereka dihidangankan di atas meja. Shaza teruja melihat hidangan laut yang ditempah oleh Anas. Memang dari kecil dia sangat sukakan hidangan laut. Nikmat yang tak mampu diungkapkan apabila dapat menjamah makanan laut walaupun tanpa nasi.

* * * * *

"SO, kau planning nak buka cawangan lain?" soal Ahmad Farid ketika mereka sedang menjamah minum petang mereka. Cukup sekadar beberapa jenis kuih dan secawan tea o suam buat mereka.

"Macam tulah. Sasaran aku lebih kepada budak-budak rempit yang ada kemahiran. Well mereka bukan tak guna macam yang selalu digembar gemburkan. Mereka cuma tak diberi peluang je. Ramai je yang aku kenal ada kemahiran," jawab Safina tenang. Ahmad Farid merenung wajah Safina. Ada sesuatu yang terlalu istimewa tentang Safina.

"Kau yakin dorang takkan bagi kau masalah dikemudian hari?" Safina mengeluh mendengar soalan Ahmad Farid. Entah mengapa dari dulu dia sering diajukan soalan begitu.

"Kalau tak ada siapa nak bagi dorang peluang untuk ubah hidup dorang, macam mana dorang nak buktikan yang dorang bukannya orang yang berguna? Ini masalah masyarakat kita. Selalu sangat berfikiran negatif. Terus menghukum hanya kerana jalan hidup dorang yang suka main motor. Aku nak tanya kau, berapa ramai budak rempit yang terlibat dengan lumba haram? Semua ke?" Suara Safina sedikit keras. Ahmad Farid terkedu.

Boleh tahan minah ni kalau nak berbahas. Sesuatu yang tak ramai nak lalukan. Ambil risiko pada sesuatu yang tak pasti.

"Kau yakin dorang mampu berubah?" Ahmad Farid menyoal. Sekadar ingin melihat sejauh mana keyakinan Safina.

"Kau kenal Boy?" Ahmad Farid sekadar mengangguk sebagai jawapan. Safina tersenyum kelat.

"Dia ada kisah dia yang tersendiri. Dulu, mak bapak dia pun tak tahu nak nasihatkan dia macam mana. Lumba haram, kau jangan cakap. Tiap malam minggu mesti kau akan nampak muka dia dekat Dataran Merderka sana. Tapi satu hari, motor aku breakdown. Dia yang tolong aku." Safina melepaskan keluhan berat. Dia masih ingat dengan jelas peristiwa malam itu.

Mendung yang bertamu di wajah Safina membuatkan hati Ahmad Farid membuak ingin tahu apa yang berlaku. Namun dia tidak mahu menggesa. Safina mendongakkan kepalanya memandang ke siling kafe.

"Malam tu aku frust gila. Orang yang aku sayang selama ni curang dengan aku. Lima tahun kami kongsi suka duka bersama. Tapi siapa sangka, akhirnya dia memilih untuk curang. Well curang ni, kan pilihan. Jadi dia buat pilihan tu. Aku masa tu sekadar nak lepaskan kekecewaan jadi aku lepak dekat Dataran. Masa aku on the way nak balik, motor aku breakdown dekat Jalan Chow Kit. Kebetulan Boy lalu. Mula-mula dia lalu je."

"Tapi siapa sangka, dia boleh pusing balik datang dekat aku. Siap tanya kenapa aku sorang-sorang dekat situ. Bahaya. Aku bagitahu yang motor aku rosak. Dia tolong aku checked. Bila semua dah okey, dia follow aku sampai kawasan rumah." Safina tersenyum nipis. 

"Berani kau bagi orang tak kenal follow kau?" Wajah Ahmad Farid berubah serius. Entah mengapa dia sedikit kecewa kerana Safina terlalu mempercayai orang yang tidak dikenali.

"Kalau dia nak buat benda tak elok, dari awal dia dah boleh buat. Tapi dia tolong aku. Masa tu aku bawa EX5 je pun. Bukannya kesayangan aku tu." Safina mengekek.

"Lepas peristiwa tu, dua minggu jugalah aku tak jumpa dia. Rupanya dia duduk lokap kes samun. Bila dia di bebaskan aku jumpa dia. Ya, dia ada kes jenayah. Aku offer dia kerja dengan aku. Masa tu aku baru je buka galeri tu. Memang aku run sendiri. Akulah bos. Akulah kuli." Safina mencapai sebiji karipap lalu di masukkan ke dalam mulut. Dia santai menjamah karipap itu membiarkan Ahmad Farid ternanti cerita seterusnya.

"Aku laparlah. Nanti jelah aku sambung. Aku nak makan." Safina terus mematikan hasrat Ahmad Farid untuk mengetahui cerita lebih lanjut. Geleng kepala Ahmad Farid dengan perangai Safina. 

'Eiii... dia ni betul-betul menguji kesabaranlah.'


Abang SuperbikeWhere stories live. Discover now