SHAZA panas hati apabila Ahmad Farid tidak pedulikannya. Penat-penat datang dari jauh, sudahnya dipulaukan. Matanya tak lepas memandang Ahmad Farid yang leka membasuh motorsikalnya.
"Aunty suruh you bawa I keluar." Shaza membuka bicara apabila Ahmad Farid masih tidak pedulikan dirinya.
"You pekak eh?" Lancang sekali mulutnya melontar kata-kata. Ahmad Farid masih mendiamkan diri. Langsung tidak dipedulikan kata-kata Shaza.
"Farid..." Kedengaran lembut sekali suara yang keluar dari mulut Datin Sri Suraya. Ahmad Farid segera memandang mamanya.
"Mama dengan papa nak keluar. Farid tolong bawa Shaza keluar sekali nanti. Jangan tinggalkan dia sorang-sorang ye." Terbeliak mata Ahmad Farid mendengar ucapan yang keluar dari mulut mamanya. Dia memandang Tan Sri Aiman meminta simpati. Tan Sri Aiman segera memanggil Ahmad Farid untuk menghampirinya. Dengan langkah yang malas, Ahmad Farid menghampiri Tan Sri Aiman.
"Sorry Farid. Papa memang ada jemputan petang ni. Papa sendiri tak sangka Shaza boleh muncul hari ni." Tan Sri Aiman melepaskan keluhan. Dia tahu apa yang bermain di fikiran anaknya ketika itu.
"Bukan sebab papa sengaja nak kenengkan dia dengan Farid?" Wajah cemberut ditayang.
"Papa tahu papa silap sebab pernah merancang nak satukan kamu berdua. Tapi perjanjian tu tak pernah berlaku kerana mama kamu memilih untuk kamu sendiri menetapkan hala tuju perjalanan hidup kamu. Jadi sebagai orang tua kamu, kami cuma nak yang terbaik. Tapi kalau macam ni punya perangai, kami pun tak berkenan." Tan Sri Aiman meluahkan rasa hatinya. Matanya memandang Datin Sri Suraya yang sedang bersembang dengan Shaza.
"Thanks pa sebab tak teruskan rancangan papa dulu. Tak apalah. Nanti Farid bawa dia keluar sekali." Akhirnya Ahmad Farid mengalah. Tidak mahu orang tuanya susah hati.
"Hati-hati. Jangan sampai timbul fitnah." Sempat lagi Tan Sri Aiman berpesan sebelum memanggil Datin Sri Suraya untuk masuk ke dalam kereta.
"Kau tunggu sini. Aku nak naik tukar baju. Kau jangan gatal-gatal nak naik atas. Kalau tak, jangan harap aku nak bawa kau keluar. Mereputlah kau dalam rumah ni dengan pembantu-pembantu mama aku tu." Ahmad Farid terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Shaza yang terpinga-pinga.
Namun sedetik kemudian, Shaza sungging senyum kemenangan. Tak sia-sia dia merengek pada mama dan papanya untuk ke Kuala Lumpur bertemu dengan Ahmad Farid. Dia mula terbayangkan mereka sama-sama di atas motor. Terasa bahagia apabila membayangkan dapat memeluk tubuh lelaki idamannya itu.
Hampir setengah jam Shaza menanti Ahmad Farid di taman mini milik Datin Sri Suraya, akhirnya Ahmad Farid muncul juga. Tersenyum manis dia memerhatikan Ahmad Farid melangkah menghampirinya.
"Jomlah..." Ahmad Farid terus melangkah menuju ke kereta EvoX miliknya. Berkerut dahi Shaza apabila melihat Ahmad Farid membuka pintu kereta.
"Kita tak keluar naik motor ke? I teringin nak naik motor." Ahmad Farid mengeluh. Ikut hatinya, mahu saja ditinggalkan Shaza.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap yang aku tak bawa perempuan naik motor tu." Wajah Shaza berubah cemberut.
"Tapi I bakal isteri you, kan?" Ahmad Farid geleng kepala.
"Shaza, kau nak naik atau nak aku tinggalkan kau. Kalau aku nak naik motor sekalipun, kau fikir penampilan kau tu sesuai ke naik motor?" Ahmad Farid pandang Shaza atas bawah. Shaza tersengih.
"Tak boleh eh pakai skirt naik motor? I tengok ada je yang pakai skirt naik motor." Ahmad Farid tarik nafas dalam. Mahu hilang sabar disebabkan perempuan gedik ni.
YOU ARE READING
Abang Superbike
RomanceSafina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan ne...