AHMAD FARID berjalan seiringan dengan Safina menyusuri pergigian pantai. Angin petang itu sungguh mendamaikan. Sesekali terlihat Safina mengukir senyum.
"Dari tadi aku tengok kau asyik senyum je kenapa?" soal Ahmad Farid penasaran. Sungguh sikap Safina sukar diduga. Adakalanya serius tak tentu pasal. Tapi entah mengapa hari ni dia dapat melihat sesi lembut Safina.
"Aku suka bau laut. Tenang dan mendamaikan." Safina memberhentikan langkah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Menikmati keindahan dan ketenangan berada di situ.
"Kau selalu ke sini?" Safina ukir senyum mendengar soalan Ahmad Farid. Dia mengangguk lantas menggeleng. Berkerut dahi Ahmad Farid melihat tindak balas Safina.
"Dulu ya, aku selalu ke sini. Mencari kedamaian dan ketenangan. Masa aku jatuh tersepuk, sinilah tempat aku tenangkan diri." Entah mengapa ringan saja mulutnya menceritakan kisah dirinya.
Walhal sebelum ni, dia hanya boleh bercerita dengan mereka yang betul-betul rapat dengannya. Tapi Ahmad Farid lain. Ada satu aura yang membuatkan dia rasa selesa walaupun kadang kala menyakitkan hati. Ahmad Farid memandang Safina penuh makna. Ada rasa ingin tahu yang mendalam mengenai Safina,
"Boleh kau ceritakan kisah kau?" soal Ahmad Farid lancar. Safina hanya mengukir senyum lalu melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai. Kedamaian petang itu sungguh membuatkan dia tenang setenang-tenangnya.
"Aku bukan berasal dari keluarga yang senang. Dari kecil aku dah terbiasa susah. Setiap hari balik sekolah aku akan kutip tin-tin atau botol kosong untuk dijual." Berkerut dahi Ahmad Farid mendengarnya. Dia tidak pernah menyangka Safina akan melalukan itu semua.
"Masa tu umur kau berapa?" Matanya tidak lepas memandang Safina yang masih membuang pandang ke arah lautan yang luas terbentang.
"Sepuluh tahun. Setiap hari aku akan jalan kaki ke sekolah lebih kurang lima belas minit. Sebenarnya dari kecil lagi aku dah terbiasa kutip tin dengan botol kosong ni. Kalau aku keluar main dekat padang, mesti aku akan bawa plastik untuk aku isi barang-barang yang aku kutip. Jadi bila usia aku sepuluh tahun, aku ulang alik jalan kaki dengan kawan-kawan sekolah. Masa ni ada yang menjauhkan diri. Jadi aku selesa sendiri. Aku memang jenis tak ramai kawan." Safina ukir senyum. Tangannya menguis-guis pasir yang berada di tepinya.
"Kalau kau tertanya-tanya kenapa aku sekeras ini, jawapan dia mudah je. Aku tak nak terlihat lemah. Aku tak nak hidup dengan simpati orang. Tapi kau silap bila kau anggap aku ni songsang." Safina ketawa kecil. Ahmad Farid mencebik.
"Aku dah minta maafkan? Janganlah ungkit lagi. Aku tahu aku salah tuduh kau macam tu." Safina ukir senyum manis. Senyuman paling ikhlas buat Ahmad Farid. Terkedu seketika Ahmad Farid melihat senyuman itu.
"Aku dah tak ambil hati. Aku ikhlas maafkan kau. Aku saja nak mengusik." Safina ketawa lepas melihat wajah cemberut Ahmad Farid.
"Dulu aku tak macam ni. Kalau aku tunjuk gambar-gambar aku dulu mesti kau tak sangka. Aku jadi macam ni bersebab. Sebab aku penat ditindas hanya kerana keluarga aku miskin." Safina menunduk. Cuma mengukir semua kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidupnya.
"Masa tu umur aku dua belas tahun. Macam aku calap, orang menjauh dari aku sebab aku kutip tin dan botol kosong untuk dijual. Satu hari tu..." bicara Safina terhenti. Matanya terasa hangat. Dia cuma menahan segala kesedihan yang bersarang di hati.
"Kalau berat untuk kau cerita, aku rasa tak perlu. Aku tak nak mengali luka di hati kau." Ahmad Farid tidak betah melihat wajah mendung Safina. Bukan dia tidak melihat air mata Safina yang menanti masa untuk gugur tapi Safina tetap mengukir senyum. Pandangannya dibuang jauh ketengah lautan.
"Satu hari tu, aku balik lambat. Dah nak maghrib. Aku pusing lagi cari tin dan botol kosong. Masa tu ayah aku tak sihat. Dia tak dapat bekerja. Bila dia tak bekerja, kami tak ada apa untuk dimakan. Hidup kami waktu tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi aku tekad untuk cari sebanyak mungkin tin dan botol kosong. Dari satu tong sampah ke satu tong sampah." Jeda seketika. Safina menarik nafas berat.
"Aku ditarik samseng kampung. Diorang minta duit dari aku tapi aku tak bagi. Diorang pukul aku sebelum duit yang ada di dalam poket aku dirampas. Sedangkan itulah duit untuk aku sekeluarga makan." Safina tertunduk seketika. Perit itulah yang dirasakan ketika itu.
"Fie..." Ahmad Farid tak mampu nak berkata apa ketika itu. Tak sangka pula perjalanan hidup Safina sesulit itu.
"Aku pengsan lepas kena pukul tu. Aku sedar-sedar aku dah ada di hospital. Mak dengan ayah aku menangis tengok keadaan aku masa tu. Diorang salahkan diri diorang sebab aku jadi macam tu. Sejak dari tu aku dah tak dibenarkan pergi cari tin dengan botol lagi. Tapi aku degil. Aku tetap teruskan sampai aku kena bantai dengan mak bila kantoi." Safina ketawa seraya menyeka air mata yang jatuh membasahi pipinya.
"Salah aku ke bila aku jadi macam ni? Aku cuma nak protect diri aku." Safina memandang Ahmad Farid. Terkelu seketika Ahmad Farid melihat air mata Safina. Itu kali pertama dia melihat Safina menangis. Ketika jatuh dari motor kerana ulahnya sebelum ini pun Safina tidak mengalirkan air mata.
"Aku tekad nak ubah nasib keluarga aku. Aku buktikan aku juga mampu berjaya. Ini juga salah satu sebab kenapa aku selalu tarik budak-budak bermasalah kerja dengan aku. Aku cuba untuk suntik semangat positif pada diorang. Aku nak diorang tahu tak semua orang pandang serong pada diorang." Akhirnya Safina mengukir senyum. Menghapuskan air matanya.
"Kau memang istimewa." Ketawa Safina mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Ahmad Farid.
"Aku cuma manusia biasa. Tak ada apa yang istimewanya aku. Cuma aku rasa bahagia bila tengok adik-adik aku mampu ubah nasib diorang. Buktikan pada keluarga diorang yang diorang mampu berubah. Kalau bukan kita yang mula buka ruang untuk mereka, siapa lagi? Sampai bila nak biar diorang terus terpesong?" Soalan-soalan Safina membuatkan Ahmad Farid terkedu. Dia sendiri tak pernah terfikir sejauh itu.
Malahan dia antara golongan yang memandang serong kepada anak muda yang bermasalah. Yang sering dianggap sebagai sampah masyarakat, kutu rayau atau mereka yang tak punya masa depan.
"Farid, kalau kita sendiri tak mula untuk beri peluang kepada mereka, siapa yang akan mulakan? Kau nak ke tengok anak bangsa sendiri terus jauh tersasar?" Sekali lagi Ahmad Farid terkedu. Mati kata untuk menjawab soalan Safina.
YOU ARE READING
Abang Superbike
RomanceSafina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan ne...