SAFINA membebel sendirian apabila mengenangkan pesanan Whatsapp yang diterimanya tadi. Entah mengapa hatinya terasa sebal.
'Ish... kalau ada depan mata ni, memang aku bagi penumbuk je. Mana dapat nombor aku entah.' Safina tak habis-habis membebel dalam hati. Rosak moodnya hanya disebabkan mesej itu.
Hye sayang. Baby rindulah. Baby ingat nak ajak sayang lunch sama hari ni. Sudi tak lunch date dengan baby? Hahaha chill it's me, Farid. ~ Ahmad Farid
Berkali-kali Safina membaca mesej itu sebelum akhirnya dia mengambil keputusan untuk membalasnya.
Tak payah nak baby sangatlah. Kang jadi ba alif ba ya pula. ~ Safina
Safina ketawa geli hati apabila melihat tanda blue tick.
Amboi... Garangnya sayang baby ni. Please... Kita lunch sama ya. Kejap lagi baby share location. Jangan tak datang pula. Baby tunggu tau. ~ Ahmad Farid
Tak lama selepas itu, Safina turut menerima satu lokasi dari lelaki itu. Namun dia hanya memandang sepi. Mujur saja restoran dan galerinya tutup hari ini. Bolehlah dia bermalasan di rumah.
I harap you dapat datang. Sebagai tanda I minta maaf atas segala kekasaran yang I lakukan pada you dulu. Not more than that. Can we? ~ Ahmad Farid
Safina mengeluh berat. Malas mahu melayan. Baru mahu melelapkan mata, telefonnya menjerit minta di angkat.
Unknow number
Dia tahu siapa yang menghubunginya. Namun dibiarkan telefonnya menjerit sehingga senyap. Tak sampai seminit satu lagi pesanan Whatsapp masuk.
I tunggu you nanti. Jumpa jam satu nanti ye. ~ Ahmad Farid.
Safina mengeluh. Pesanan itu diabaikan. Langkah kakinya diatur menuju ke bilik. Tubuhnya yang terasa sedikit penat kerana baru selesai mengemas rumah, direbahkan atas tilam empuk. Tak sampai lima minit, dia terlena.
* * * * *
AHMAD FARID setia menanti. Berharap yang Safina sudi untuk makan tengah hari bersamanya. Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas. Lima minit berlalu begitu saja. Ahmad Farid semakin tidak keruan. Sesekali dia melihat aplikasi Whatsapp. Tiada sebarang jawapan dari Safina mestipun gadis itu telah membaca kiriman Whatsappnya.
"Sorry lambat." Ahmad Farid tersentak apabila mendengar suara itu. Dia segera memandang Safina yang telah pun duduk di depannya. Sedetik kemudian, terukir senyuman manis buat Safina.
"Eh... tak apa. Sorry kalau susahkan you. Kita order dulu ye." Ahmad Farid segera mengamati pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
"You nak order apa?" soal Ahmad Farid kepada Safina. Safina jungkit bahu.
"Apa-apa jelah yang sedap dekat sini. Bagi saya jus epal ye." Safina ambil jalan tengah. Malas mahu pening-pening fikir nak pesan apa. Jadi dia serahkan urusan itu kepada Ahmad Farid. Dah dia yang beriya ajak keluar makan, jadi pandai-pandailah dia.
"Bagi nasi putih dua. Ikan keli salai masak lemak cili api, daging salai masak lemak cili api, kobis goreng, ulam dan sambal belacan ye. Bagi saya jus tembikai ye." Ahmad Farid membuat pesanan. Safina hanya memerhati.
"You makan ikan keli?" Safina sekadar mengangguk. Dia masih setia menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Ahmad Farid.
"I nak minta maaf atas semua yang berlaku. Dengan perangai kebudak-budakan I. I sendiri tak tahu kenapa I layan you macam tu." Ahmad Farid memohon. Safina tersenyum nipis.
"Walau aku hanya pembantu kedai sekalipun, apa hak kau untuk menghukum?" Suara Safina kedengaran begitu tegas sekali. Tubuhnya disandarkan ke kerusi sambil memeluk tubuh.
"Sejujurnya, I sendiri tak tahu kenapa I bersikap macam tu dengan you. I bukan seorang yang suka menghukum seseorang. Apatah lagi I ni bukannya tuhan. Tapi entahlah... I sendiri pelik kenapa I suka sangat cari pasal dengan you." Safina bungkam mendengar penjelasan Ahmad Farid. Safina berdecit. Dia tersenyum sinis.
"Aku tak peduli apa orang nak kata tentang aku. Tapi aku peduli bila kau sampai malukan kawan aku dekat depan orang ramai. Kalau kami lesbian sekalipun, perlu ke kau pijak maruah kami?" Safina masih kelihatan tenang walaupun keadaan sudah berubah tegang ketika itu.
Kehadiran pelayan menghantar makanan menyelamatkan suasana ketika itu. Ahmad Farid lempar senyuman manis lalu mengucapkan terima kasih.
"Jemput makan..." Ahmad Farid mempelawa Safina. Safina tenang menyedut minumannya.
Suasana bertukar sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah suara sudu dan garfu yang sesekali berlaga sesama sendiri. Hampir separuh nasi dijamah, akhirnya Ahmad Farid buka mulut.
"Berapa lama dah you buat bisnes ni?" Safina tersedak mendengar soalan Ahmad Farid. Segera dicapainya gelas minum lalu disedut perlahan.
"Bisnes apa?" soal Safina apabila tekaknya terasa lega. Ahmad Farid ketawa perlahan. Terasa lucu dengan reaksi Safina. Sudu dan garfu diletaknya atas pinggan.
"Tuan Lukman dah ceritakan kepada saya siapa owner The boyish Restaurant and Gallery's." Safina tarik nafas dalam. Matanya merenung tajam Ahmad Farid.
"Jadi, apa kaitannya dengan kau?" soal Safina agak kasar. Entah apa sebenarnya yang diinginkan oleh lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dan mengapa dia boleh bersetuju untuk menerima pelawaan lelaki itu.
"I nak minta maaf sebab selama ni I pandang rendah pada ye. Betullah kata pepatah omputih. Don't judge a book bt it's cover." Ahmad Farid ketawa hambar diakhir katanya.
"I buat silap. Jadi I minta maaf. Tujuan I jumpa you sebab I nak minta maaf dan hulurkan salam persahabatan." Ahmad Farid menyuakan tangan kanannya kepada Safina.
Lama Safina merenung tangan itu sebelum akhirnya dia menyambut huluran salam persahabatan dari lelaki itu.
YOU ARE READING
Abang Superbike
RomanceSafina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan ne...