Bab 21

831 25 0
                                    

SHAZA berang apabila mendapat panggilan dari Puan Diana dan memintanya segera pulang ke Johor Bahru. Sakit hati dengan apa yang didengarinya dari Puan Diana, Shaza bertindak menghubungi seorang kenalannya yang menetap di Kuala Lumpur.

"Beb, aku nak tumpang rumah kau sementara boleh?" Shaza yang bekerja sebagai model sambilan tidak pernah gusar dengan kewangan kerana dia ada sumber pendapatan yang tiada siapa menduga.

"Out of blue. Hari tu aku ajak tinggal sekali tak nak." Sempat lagi temannya memerli. Shaza menjulingkan matanya ke atas. Sebal dengan sindiran Khaira.

"Boleh ke tak ni?" Shaza menyoal kembali. 

"Datanglah. Aku tak kisah beb. Lagi pun, aku sorang je dekat sini. Bosanlah juga bila tak ada job. Kalau kau ada, ada juga aku kawan." Shaza sungging senyum. Untung-untung dapat juga dia keluar berhibur bersama Khaira.

"Petang kang aku sampai. Bagi aku settlekan hal dekat sini dulu." Shaza terus menamatkan panggilan. Selang beberapa minit, dia menghubungi pula Puan Diana.

"Ma, Sha tak nak balik JB. Sha nak duduk KL. No worries, Ma. Sha akan duduk dengan Khaira. Dia pun duduk sorang je dekat KL ni." Setelah berbual beberapa ketika dengan Puan Diana, Shaza akhirnya menamatkan panggilan.

Pakaiannya di dalam almari segera dilipat masuk ke dalam bagasi. Satu pun tidak bersisa. Setelah pasti segala barangnya tiada yang tertinggal, Shaza segera melangkah turun menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Datin Sri Suraya sedang santai membaca majalah. Shaza tayang muka meluat melihat Datin Sri Suraya. Tak sangka dia dihalau keluar dari rumah tu dengan cara yang paling halus.

"Aunty, Sha nak gerak dulu. Terima kasih sebab tumpangkan Sha dekat sini selama beberapa hari ni." Terkejut Datin Sri Suraya disapa begitu. Majalah segera diletakkan di atas meja lalu dia bangun merapati Shaza.

"Sha dah tempah tiket flight ke?" soal Datin Sri Suraya prihatin. Shaza hanya tersenyum kelat.

"Mari aunty hantar." Shaza segera menggeleng. Dia tidak mahu mereka tahu yang dia tidak akan pulang ke Johor Bahru.

"Tak apa aunty. Sha akan bermalam dekat rumah kawan Sha sebelum balik JB. Mama pun dah tahu. Sha minta diri dulu. Grab dah sampai." Tangan Datin Sri Suraya dikucup lembut sebelum bergegas keluar. Grab telah sedia menunggu. Dia sempat memesan Grab sebelum melangkah turun tadi. Mujur saja tidak memakan masa yang lama.

Datin Sri Suraya turut sama melangkah keluar untuk menghantar Shaza. Sempat dia berpesan agar Shaza menjaga diri baik-baik.

Masuk saja ke dalam perut kereta, Shaza mula menyumpah seranah. Hatinya sakit dengan Ahmad Farid sekeluarga. Dia tanam tekad. Apa pun berlaku, dia akan pastikan Ahmad Farid menjadi miliknya. Takkan sesekali dia mengalah.

Perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam untuk Shaza tiba di kediaman Khaira yang terletak berdekatan KLCC. Kondo mewah itu sudah cukup membuatkan Shaza tersenyum puas.

Sampai saja di depan pintu rumah Khaira, tubuhnya dipeluk erat. Jelas kelihatan betapa gembiranya Khaira menerima kedatangan Shaza.

"Akhirnya nak juga kau duduk dengan aku." Khaira meluahkan rasa tak percayanya. Dia dan Shaza membesar bersama. Dari sekolah rendah sehinggalah kini. Macam-macam yang dah mereka lalui bersama. Bahkan antara mereka langsung tiada rahsia.

"Jom, aku tunjuk bilik kau." Khaira menarik bagasi Shaza lalu menuju ke arah bilik bersebelahan bilik utama.

"Okey, ni bilik kau. Kau boleh buat apa je kau nak." Shaza memerhatikan segenap ruang bilik itu. Cukup lengkap dengan perabut asas.

"Kau rehat dulu. Malam ni kita enjoy. Aku nak masak kejap untuk makan malam." Khaira terus melangkah keluar menuju ke dapur. Shaza menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Lega rasanya.

Setelah merehatkan tubuhnya lima minit, Shaza memunggah pakaiannya untuk di masukkan ke dalam almari. Selesai tugasnya, dia mencapai tuala lantas menghayun langkah menuju ke bilik mandi.

Setengah jam berada di bilik air membersihkan diri, Shaza menyarung sehelai t-shirt dan juga seluar pendek. Bau mee goreng yang dimasak oleh Khaira benar-benar menaikkan seleranya. Lalu langkah kaki diatur menuju ke dapur.

"Bau tak pernah tak tarik selera aku. Lama-lama aku duduk sini, boleh gemuk tau." Sempat Shaza berseloroh dengan Khaira yang sedang membersihkan sinki.

Tubuh tinggi lampai itu berpaling memandang Shaza yang telah mengambil tempat di meja makan. Dia mengukir senyum manis.

"No worries. Kau tak akan gemuk. Trust me." Shaza ketawa mendengar ucapan Khaira.

"Malam ni kita gi Zouk. Lepas tu aku ada kerja. Nanti aku bagi kunci rumah dekat kau." Shaza tayang muncung itik. Mee goreng disenduk masuk ke dalam pinggan sebelum dihulurkan kepada Khaira.

"Ada job hulur sikit. Takkan aku nak duduk free je." Shaza menyuap masuk mee goreng ke dalam mulut. Terpejam matanya menikmati air tangan Khaira.

"Tengok malam ni. Kalau ada, kau boleh je terus on." Khaira tersenyum riang.

Kerjanya sebagai social escott adakalanya memerlukan dia mendampingi dua orang lelaki. Itu bukanlah satu masalah padanya asal saja bayaran yang diterimanya lumayan.

Hendak diharapkan pada kelulusan SPMnya yang cukup-cukup makan tu, apalah sangat kerja yang boleh dilalukan untuk hidup semewah itu. Mana mungkin dia mampu menyewa kondo yang gah ni.

Shaza juga tidak terkecuali dari melakukan pekerjaan itu. Malah tiada siapa pun diantara kalangan keluarga mereka tahu mereka terjebak dengan pekerjaan itu. Bukan hanya hasil yang lumayan diharapkan. Mereka juga ingin menikmati hidup itu dengan penuh kegembiraan.

Dengan paras rupa yang cantik, potongan badan yang menarik lebih memudahkan mereka melakukan perkerjaan mereka untuk berhibur bersama lelaki berhidung belang. Sungguh pun begitu, mereka punya satu prinsip. Khidmat mereka hanya untuk berhibur. Tidak akan sampai ke hubungan intim. 

"Okey deal. Jangan nak kedekut sangat eh." Shaza ketawa sendiri. 

Selesai makan, mereka menghabiskan masa di ruang tamu sambil bersembang kosong. Jelas kegembiraan di wajah masing-masing. Bila dua teman rapat yang telah lama tidak berjumpa menghabiskan masa bersembang pelbagai cerita suka dan duka. Mereka sendiri tidak sedar waktu senja telah pun melabuhkan tirai.

Deringan telefon bimbit Khaira mematikan perbualan mereka. Khaira segera menjawab panggilan itu sambil memandang Shaza yang sambil tersenyum.

"So kalau I datang dengan member I pun tak ada masalah, lah kan? Dah you pun bawa kawan." Khaira sengaja memberi hint kepada Shaza. Shaza ukir senyum. Hanya memerhatikan Khaira bersembang.

"Okey. Kita siap sekarang. Nanti ada orang datang jemput. Nanti aku deal payment untuk kau. No worries." Khaira segera melangkah masuk ke dalam biliknya sambil berbalas whatsapp. Shaza turut sama masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

Abang SuperbikeWhere stories live. Discover now