AHMAD FARID melangkah masuk ke dalam rumah. Seluruh badan terasa letih. Inilah kali pertama dia menyertai kerja amal. Selalunya dia hanya akan menyalurkan sumbangan. Namun apabila mendapat tahu yang Safina turut terlibat, dia dengan sukarelanya turut sama turun padang.
Disangkakan dapat memperbaiki hubungannya dengan Safina tapi lain pula yang berlaku bila, Shaza telah menghancur musnahkan harapan yang dibina. Punggungnya dihempaskan ke atas sofa seraya melepaskan lelah. Sunyi sepi rumahnya ketika itu. Entah ke mana orang tuanya berada.
"Hai you, baru balik ke?" Satu suara menampar pendengaran Ahmad Farid. Dia yang ketika itu baru ingin melelapkan mata segera menoleh ke arah suara itu. Buntang matanya melihat Shaza dengan tank top hitam serta mini skrit berwarna hitam. Mengucap panjang dia ketika itu. Sepantas kilat dia berdiri. Tegak bulu romanya melihat apa yang terhidang di depan mata.
Sesungguhnya dia hanyalah lelaki yang iman senipis kulit bawang. Syaitan sentiasa mengoda apatah lagi melihat Shaza dengan pakaian begitu.
"Kau ni tak tahu malu ke pakai macam ni?" soal Ahmad Farid kasar. Shaza hanya tersenyum. Dia merapati Ahmad Farid yang sedang berdiri lalu merangkul erat lengan jejaka idamannya itu.
"Ala... buat apa nak malu. Kita dah kahwin nanti, lebih dari ni you akan tengok. Jadi sekarang you kenalah biasakan." Manja sekali lenggok suara Shaza. Mampu mengoyahkan iman lelaki yang tak kuat berdepan dengan godaan dan hasutan syaitan.
Ahmad Farid merentap kasar lengannya dari terus dipeluk oleh Shaza. Matilah kalau mak bapa dia nampak. Tak pasal-pasal kena bebel tujuh hari tujuh malam sebab tak reti nak jaga hati sendiri. Tak reti nak jaga pandangan mata.
"Kau baliklah. Jangan semak kat sini. Aku penatlah." Ahmad Farid segera melangkah menuju ke biliknya meninggalkan Shaza sendirian di ruang tamu. Shaza hanya tersenyum sini.
'Lagi kau tolak, lagi aku suka." Shaza segera melangkah menuju ke arah gazebo yang terletak berhampiran dengan kolam renang. Petang itu angin sepoi-sepoi bahasa. Memang terasa nyaman mengambil angin di situ.
Untung saja orang tua Ahmad Farid tiada ketika itu. Jadi otaknya ligat merencana sesuatu agar Ahmad Farid tidak terlepas dari genggaman tangannya. Apa pun yang berlaku, dia akan pastikan Ahmad Farid menjadi miliknya tak kira dengan apa cara sekalipun.
* * * * *
SAFINA tersenyum senang melihat pekerjanya. Mereka langsung tidak menyedari kehadirannya. Kejap lagi dia akan ke tempat kerja Wawa untuk menjemput Wawa pulang. Rindu benar dia kepada princess nya itu.
"Kak Fina..." teguran dari Jun membuatkan Safina mengalih pandangan ke belakang. Tersenyum dia memandang Jun.
"Baru sampai ke?" Safina hanya mengangguk.
"Akak tak penat ke? Baru balik konvoi dah datang restoran. Pergilah balik rehat dulu." Safina tersenyum mendengar soalan Jun.
"Akak tak penat pun. Lagi semangat adalah. Akak dah rindu dekat adik-adik akak ni." Jun tersengih mendengarnya.
"Okeylah kak. Jun masuk dulu." Jun segera melangkah masuk meninggalkan Safina yang masih di depan restoran.
Tanpa menunggu lama, Safina melangkah naik ke galerinya pula. Kalau ikut perkiraan, semalam sepatutnya masuk stok baru. Tapi dia tak dapat apa-apa update pun dari Boy. Sah budak ni lupa nak update.
"Boy..." Safina menyapa Boy yang sedang ralit mengelap topi keledar yang dipamerkan di situ. Memang dia tabik hormat Boy. Selalu pastikan barang-barang dalam galeri ni sentiasa bersih. Walaupun tak besar mana, tapi ianya cukup memberi kepuasan kepadanya.
"Kau lupa nak update stok masuk ke semalam?" Berkerut dahi Boy mendengar pertanyaan Safina.
"Mana ada stok baru masuk." Giliran Safina pula mengerut dahi. Telefon bimbit di dalam kocek dikeluarkan sebelum melihat memo yang dalamnya. Tak lama selepas itu dia tersengih macam kerang busuk.
"Haa... lupalah tu kan?" soal Boy tanpa rasa bersalah. Dia dah maklumkan kepada Safina sehari sebelum Safina berangkat ke Kedah bahawa stok mereka mengalami masalah sedikit dari segi kualiti. Jadi pembekal minta tempoh seminggu untuk selesaikan isu itu.
"Sorry memang aku lupa." Safina tersengih sendiri. Boy hanya geleng kepala melihat telatah Safina.
"Macam mana kat sana?" soal Boy. Namun tangannya masih lincah mengelap helmet yang berada di depannya.
"Semuanya berjalan dengan lancar. Sampailah aku dapat berita pasal minah gedik tu." Boy tersengih.
"Kau tahu dia simpah air dekat Wawa?" Safina sekadar mengangguk sebagai jawapan. Mana mungkin dia tidak tahu jika dia sendiri bolek akses rakaman CCTV melalui telefon bimbitnya. Malah apa yang berlaku hari tu masih jelas di matanya walaupun dia tak berada di situ.
"Aku tabik spring dekat Wawa. Dia tenang je handle hal tu." Safina terdiam mendengar kata-kata Boy. Ya tak dinafikan dalam banyak situasi, Wawa kelihatan tenang. Tapi disebaliknya, boleh jadi ribut taufan. Walau kelihatan lembut, namun ada kerasnya. Amukan Wawa juga tidak boleh dibuat main. Dia sendiri akan lari lintang pukang kalau Wawa mengamuk.
"Aku gerak dululah. Nak pergi ambil Wawa. Dia tak tahu aku dah sampai KL. Nampak aku kang, berjelalah dia membebel." Boy ketawa mendengar seloroh Safina. Memang jadi habit Safina menyakat Wawa. Adakalanya restoran akan jadi riuh bila Safina menyakat Wawa.
YOU ARE READING
Abang Superbike
RomanceSafina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan ne...