Part 13

93 5 3
                                    

"Weyh jauh lagi nih,cepatlah takkan dah penat kot?" Kata Izzwan yang bersemangat.Dia lah orang yang paling bersemangat diakalangan kawan-kawannya.Mungkin disebabkan keberadaan Aini Wahida disisi."Aku dah tak tahan nih weyh,berhentilah kejap" kata Hafizul Anuar yang bagaikan separuh mati mengejar Izzwan di hadapan.Alhamdulillah,berhenti jugak.Kalau tak de orang yang cakap entah pingsan lah aku agaknya."Aini,kau okay?"Faris tidak ingin perkara sebelum ini berlaku lagi.Aini memberi isyarat 'thumbs up' menandakan dia okay."Kenapa kau tanya macam tu?" Izz mula curiga dengan pertanyaan Faris."Aku tanya sebab aku risau,takut dia sakit lagi." Jelas Faris yang ingin membetulkan kesalahfahaman."Sakit?Aini sakit apa? Kenapa tak bagi tau Izz?"

"Takde apa apa lah,Aini cuma penat je haritu"..Mereka melanjutkan larian.Melihat suasana indah dikelilingi pokok.Mendengar suara-suara burung berkicauan.Menghirup udara segar di pagi hari.Tiba-tiba pandangan Ain menjadi tidak jelas,kabur.Dia merasakan dirinya lemah.Faris Anuar yang menyedari tingkah laku Ain mula curiga."Ain,awak ok.."Ain tidak berdaya lagi lalu jatuh pingsan dan sempat disambut oleh Faris.Hafiz yang menyedari ketiadaan Ain dan Faris lalu melihat kebelakang.

'Sup!' Rasa dihati amat perit.Tetapi dia tidak endahkan perasaannya kerana menyedari sesuatu yang pelik.Dia berlari ke arah Faris."Weyh,kenapa ni?"Hafiz mula cemas."Aku tak tahu,tak sempat aku tanya dia dah pingsan."Hafiz yang keliru ingin membuat sedemikian langsung mengangkat Ain mencari tempat berehat berdekatan."Eh,Izz tu Hafiz bawak siapa tu?"perasaan Aini mula gelisah."Jom jom" Izz menarik tangan Aini ke arah mereka."Ain!Astaghfirullahalazim apa jadi ni.Weyh? Bangun bangun." Aini menepuk pipi Ain untuk menyedarkannya."Eh,bawak terus gi hospital lah takut jadi apa apa"

"Dok,macam mana keadaan kawan saya?dia okay je kan?"Hafiz mengajukan soalan itu selepas doktor keluar dari wad pesakit."Alhamdulillah,dia tidak kritikal cuma kurang Air." Mereka tersenyum mendengar pengakuan doktor itu."Boleh kami masuk?" Soalan Faris dijawab hanya dengan anggukan yang menandakan boleh."eits,tapi jangan buat bising.Hormat patient."

Faris yang melihat keadaan Ain terbaring lemah mengimbau kenangan terakhir sewaktu teman hidupnya dalam keadaan kritikal."Assalamualaikum.Umi,aby datang nih" Suaranya dapat didengar sang tercinta."Waalaikummussalam"hanya senyuman yang dapat diberikan olehnya."Umi,sihat?nak aby urutkan mana yang sakit?" Pertanyaan itu hanya dibalas dengan senyuman."Tak payah susah susah,Abby.Umi nak makan lah,lapar."

"Okay,lapar ya.Tekalah apa abby bawak?"Dia mengampai bungkusan yang dibawanya lalu membuka simpulan itu.Nurul Farhana mengintai-ngintai apa yang ada didalam bungkusan itu."Nasi goreng?Bihun Goreng?"Dia meneka dengan keadaan teruja"Salah,lauk kesukaan Umi!Udang sambal petai."Sebut sahaja Udang sambal petai perasaan Nurul Farhana akan berubah menjadi gembira.Sungguh dia merindukan masakan suaminya."Nak!nak!" Keletah isterinya inilah yang dia layan setiap hari,setiap masa,setiap detik.Semangat yang ada dalam diri isterinya yang membuatkan dia kuat menghadapi semua ini bersama.Dia tahu bahawa isterinya memerlukan kasih sayang yang lebih disaat begini."Alhamdulillah,kenyang.Sedapnya, siapa masak?"

"Abby lah masak,siapalagi kalau bukan satu satunya suami Umi ni kan?"

"Macam tak percaya je,hhehehe"

"Merajuk ah cam nih,Umi nih tak sokong Abby pon." Nurul Farhana hanya bisa ketawa melihat gelagat suaminya itu.Tiba-tiba wajahnya murung,dia terpikir berapa lama lagikah dia perlu berada di dalam bilik ini dan keseorangan.

"Umi?kenapa nih? Umi ada apa apa masalah ke?Umi sakit?"

"Bila umi nak keluar dari bilik nih?Umi bosanlah."

"Haaa,nak keluar cepat makan ubat nih." Faris memberikan 2 butir ubat dan segelas air kepada isterinya.Dia tidak tahu ingin berbuat apa.Mustahil untuk mengikut kemahuan isterinya itu.Maafkan abby,abby mahu umi keluar dari sini dan abby nak kita luangkan masa macam dulu.

"Abby,umi ngantuklah.Umi nak tidur dulu."

"Okay,kita tidur sama sama.Baca doa dulu dan?"Faris membiarkan ayatnya tergantung.Sengaja ingin bermesra bersama isterinya."Dua kalimah syahadah"

Akhirnya mereka dibuai mimpi.Bagi Faris inilah tanggungjawab yang harus dia tunaikan.Walau beban sekalipun dia tidak kisah kerana padanya isteri adalah semangatnya untuk terus hidup.

Jam menunjukkan 5 pagi.Menandakan Azan Subuh akan dilaungkan tidak lama lagi.Faris Anuar tersedar dan melihat jam di layar kaca telefon bimbitnya."Alhamdulillah,ya Allah kau masih berikan aku kehidupan.Umi.. bangun dah subuh nih." Faris cuba mengejutkan isterinya.Tiada tindak balas yang diberi.Dia cuba sekali lagi.Cubaannya tetap gagal.Dia mula cemas lalu panggil doktor untuk pertolongan.Doktor yang masuk kedalam ruang pesakit bersama jururawat untuk membantunya lantas ke arah Nurul Farhana.Faris seakan tidak berdaya melihat wajah isterinya yang tidak menyedarkan diri langsung keluar dari ruangan itu.'Apa patut aku buat?aku tidak mahu kehilangan si dia.' Fikirannya kusut memikirkan keadaan isterinya.

"Kami dah cuba yang terbaik,maaf.Ajal maut di tangan tuhan.Maaf sekali lagi,banyak banyaklah sedekahkanlah Al-Fatihah.Bersabarlah" Gugur jantungku,Sebak hatiku.Bagaikan dunia ini gelap dan tiada udara untuk aku bernafas.Aku kehilangan nyawa,teman dan wanita kedua dalam hidupku.Aku hilang arah.Aku hilang pelengkap hidupku.

'Umi,abby mintak maaf.Abby tak sempat tunaikan permintaan umi.Abby tak sempat nak mintak maaf kesalahan Abby,kekurangan Abby.Abby nak Umi tau yang Abby sentiasa maafkan dan halalkan makan minum Umi.Maafkan Abby Umi! Abby tak tahu nak buat apa Umi,Allah sayangkan Umi lebih dari Abby.Umi tunggu Abby di sana ya.Abby nak Umi tahu Abby sayang Umi!Abby cinta Umi.Maafkan Abby,Umi!'

-----------

Apa pendapat korang pasal cerita ni? Maaf kalau ada salah ayat atau tak menarik.Kalau ada idea silalah komen,insyaAllah mungkin dengan idea korang dapat membantu . Komen & vote muah muah heheh see on the next chapter

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now