Part 29

79 8 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 4:30 petang."Haish,mana isteri aku nih,lama betul tidur," Arif membelek jam tangan yang di pakainya.Hatinya terdetik untuk ke bilik."Sayang.." Arif membuka pintu biliknya perlahan-lahan.Terlihat isterinya masih tidur lena."Sayang bangunlah..abang dah masakkan makanan yang sayang nak," Arif mengambil tempat disebelah Ain.Dia menggoyangkan sedikit badan isterinya.Tiada reaksi."Sayang?" Dia mula menarik badan Ain Zhafirah mendekatinya.Tiada tindak balas berlaku.Kini Arif mula cemas,dia mencuba berkali-kali untuk mengejutkan Ain tetapi Ain tidak menyedarkan diri.Lantas dia mengambil kunci kereta dan mengangkat Ain menuju ke kereta.

2 jam sudah berlalu.Arif mula terlena di ruang tunggu.Panggilan doktor mengejutkan dia dari dibuai mimpi."Dok,bagaimana dengan isteri saya? Dia baik-baik sahaja kan?" Kelihatan raut wajah Arif begitu cemas.Bahunya digapai oleh doktor."Jangan risau,isteri awak selamat.Dia cuma mengalami masalah pernafasan dan kepenatan sahaja," Doktor mula mengukirkan senyuman dan beredar pergi.Kini Arif melangkah masuk ke ruangan wad.Lantas dia mengambil tempat di sebelah Ain.Perlahan-lahan tangan Ain Zhafirah diusap.Dikucup berkali-kali."Im baru cakap kat Firah pagi tadi,Im taknak Firah tinggalkan Im.Firah kena kuat.Ini semua demi anak kita," Tangan Ain kini diletakkan di tepi Pipinya.

Kepalaku masih sakit.Aku mendapati Arif kini disebelahku dan terlihat Mama dan Papa sedang terlena disofa.Perlahan-lahan aku menarik tangan ku.Aku tidak mahu menganggu dia tidur.Cubaan ku gagal,akhirnya dia tersedar."Firah.." terlihat wajahnya yang begitu gembira melihat wajahku.Ain mencuba untuk bangun,dengan pantas Arif mendapatkannya."Firah penat ya?kenapa nih? pikir pasal apa hurmm?" Kepala Ain diusap lembut.Aku hanya tersenyum.Datin Arissa mula membuka mata lantas mendapatkanku."Hei,anak mama penat sangat nih sebab apa? Cucu tokma buli Ibu dia nih," Aku hanya ketawa melihat orang-orang yang tersayang berada bersama ku.

KINI aku semakin tidak bermaya,Arif sudah mula cuti untuk menjagaku.Aku ingin bebas huhuhuhu.. "Im,nak air orennnn" Pinta Ain sedikit merayu.Arif menatapnya seketika."Nope!" Jelasnya lalu kembali membelek akhbar."Alahhhh Im sikit je.." Pinta Ain sekali lagi.Kini dia cuba mendekati Arif.Haihhhh tak boleh jadi nih."Im.." Tangan Arif digapainya.Diramas sedikit.Arif memandang Ain."Kenapa nih?" Arif mula cemas.Kelihatan Ain sedang memicit lembut dahinya.Kelihatan tidak berdaya di mata Arif."Sayang,sayang? Hei.." Arif cuba memanggil-manggil Ain berkali-kali tetapi Ain tidak menyahut.Ain sudah tidak menyedarkan diri.Arif menarik tubuh isterinya kedalam pangkuannya."Sayang,sayang.. bangun lah.Hei,jangan main-main.." Arif menampar-nampar pipi Ain.Dia mula mencapai telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kecemasan.

"BAH!" Kejutan yang diberi oleh Ain membuatkan Arif terloncat sedikit."Zhafirah ! Ish,buat abang risau jelah.." Dia mula menarik muka. "Tahu takut,sayang jugak abang kat Firah kan.." Dia tersengih ke arah suaminya yang kelihatan geram."Of course lah! Kalau tak sayang,takkan Firah jadi macam ni tau," Jari telunjuk Arif menunjuk ke arah perut Ain.Terlahirlah bahagia antara mereka.Dalam diri mereka kini tersemat rasa kasih sayang yang terjalin hampir 2 tahun.Arif membelek semula akhbar di hadapannya.

"Abang.." Cengkaman yang diberi oleh Ain membuatkan Arif mengaduh sakit."aaaahhhh,sayang..sayang..sakitlah!" Jelasnya menarik tangan lalu memandang ke arah Ain yang kini tiada imbangan."Firah?hei,kenapa nih?" Dia mula menghadap Ain yang kini kesakitan dan tidak tahu puncanya."Hospital?" Soal Arif sepantas perkataan itu muncul difikirannya.Ain mengangguk menahan kesakitan yang dialaminya.Dengan pantas Arif mencapai kunci kereta di atas kabinet lalu mendukung Ain ke dalam kereta.

"Ya Allah,kau ampunilah segala dosa isteriku,kau selamatkanlah isteriku bersama anak yang akan dilahirkan kelak.Janganlah kau ambil mereka tanpa aku bersedia.Sesungguhnya mereka adalah nyawaku didunia dan juga syurgaku diakhirat kelak" Arif meng-amiin kan doanya.Kini sudah masuk sejam setengah isterinya berada di ruang kecemasan.Seluruh ahli keluarga sudah berkumpul di ruang menunggu.Dia hanya mampu berdoa dan meminta segalanya pada ILAHI dengan mengharapkan ILAHI memakbulkan doanya.

Pintu ruang kecemasan kini dibuka.Arif Ilman segera bangun menuju ke arah doktor."Doktor? Isteri saya? Anak saya? Macam mana?" Mata Arif kini tepat ke dalam mata Doktor yang gelisah tidak tahu ingin membicarakannya.Doktor Razif kini memeluknya. "Tahniah,isteri dan pasangan kembar selamat !" Bisikan yang didengari oleh Arif Ilman membuatkan dia terkjut dan terkesima."Alhamdulillah,terima kasih ya Allah..terima kasih doktor," Dia menepuk-nepuk belakang doktor."Tahniah,tahniah.." Doktor melepaskan pelukan."Saya ingin periksa isteri encik sebentar,nanti encik dan keluarga boleh melawat," Arif mengangguk tanda mengerti dan doktor berlalu pergi.

' ALHAMDULILLAH YA ALLAH! TERIMA KASIH ATAS ANUGERAH YANG KAU BERIKAN ! '

Kelihatan Ain Zhafirah sedang terlena masih tidak sedarkan diri.Arif pergi mendapatkannya.Satu kucupan hinggap di atas dahi Ain Zhafirah.Tiba-tiba jururawat memasuki ruangan itu dengan menolak katil bayi.Bayi yang berkulit putih kemerahan itu digendong Arif perlahan.Dikucupnya berkali-kali.Sungguh gembira dan teruja melihat bayi yang dilahirkan."Comel betul,montel je macam Firah.." Ujar Datin Arissa.

"Azankanlah cepat,jangan tunggu lama-lama.." Kata Dato' Nazmi.Laungan azan yang dilaungkan menarik perhatian Ain Zhafirah.Perasaannya kini dapat diungkapkan hanya dengan satu perasan,Bahagia.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now