Part 25

40 3 0
                                    

PAGI Rabu yang cerah.Aku membawa kereta BMW 5-series bewarna putih milik Abah.Aku menuju ke lapangan terbang KLIA untuk menjemput suami tercinta,Arif Ilman.Terasa rindu dihati ini.Terlalu rindu.Sesekali aku mengimbas kembali kenangan-kenangan yang tidak dapat aku lupakan sewaktu di Kanada sebelum memulakan kehidupan baru bersama Arif.

"Cepatlah,kita buat orang salji!" Aku menarik tangan Aidil.Aidil hanya menggeleng.Satu persatu kami membuat bulatan mengikut saiz.Daripada yang kecil hingga yang besar.Afif yang baru muncul dimuka pintu,mengambil beberapa gambar kami.Boleh juga dibuat kenangan.Bukan senang untuk bermain salji tulen,lagi-lagi bersama keluarga sendiri."Ouh,main tak ajak.." Aku mencari suara itu.Aku terlihat Arif yang berdiri di sebelah Afif bersama bebola salji didalam genggaman nya.Lantas dia melempar bebola salji kepada Aidil.Mereka berbalas sama sendiri.Tiba-tiba bebola yang dibaling Arif terkena padaku,aku memandangnya tajam.Dia sudah berasa takut dan cuak.Aku melemparkan semula bebola salji.Saat itu aku merasakan bahagia.Bahagia bersama adik-beradik dan keluarga,bahagia bersama orang tersayang.Cinta mula berputik.

Lamunanku terhenti apabila keretaku sudah masuk di perkarangan ruang parkir kereta.Aku berjalan menuju ke tempat ketibaan.Mataku melilau mencari sosok badannya.Satu senyuman terpancar dari segerombolan penumpang yang tiba.Arif terus mendapatkan Ain.Dia memeluk Ain dengan erat tanda melepaskan rindu.Hidungku dicuitnya."Rindunya abang kat sayang nih.." Ish,merah lah hidung aku nih.Sakit pula tu."Sakit lah..." Aku mengusap perlahan hidungku.Dia hanya ketawa.

"Macam mana bisnes disana?" Perbualan kami disambung dalam perjalanan."So,so.. tapi Alhamdulillah peratus eksport tinggi," balasnya sesekali memandangku sambil memandu."Sayang dah makan?" Soalnya.Aku menggeleng."Sanggup ya tunggu abang," Dia mengusap kepalaku.Ish! Habislah tudung aku.. "Abang!" Aku mendengus.Dia ketawa kecil."Awak nak makan apa nih?" Dia menyoalku.Aku berfikir sejenak."Daging rusa," aku tersengih.Dia memasang muka terkejut."Lain macam je nih.." Dia menduga.What? Aku mintak daging rusa je.Teringat lagi bila makan di Kanada.Berdua pula itu.Ouh my! So tasty! "Firah teringat dekat daging rusa masa kita makan Kanada haritu.." Jelas isi hatiku.Dia sekadar tersenyum.

"Sedap tak?" Soalnya sambil menyuapku potongan daging rusa.Aku mengangguk perlahan.Kali ini giliran aku pula yang menyuapnya."Sayang rindu kat abang ke apa nih?" Dia memandangku.Aku hanya tersimpul malu."Apa punya soalan tu? Siapa yang tak rindu dekat Abang?" Aku menongkat daguku memandang ke arahnya."Sayang lah.." Dia bermain dengan daging yang berada dalam pinggan itu."Cakap orang,entah-entah abang tak rindu Firah" Aku mengalih pandangan.Sengaja bermanja."Memang tak rindu pun.Abang balik sebab rindu ikan dekat rumah je," Ain memandangnya tajam lalu mengalih pandangan ke seluruh restoran."Gurau pun tak boleh ke?" Dia mencubit pipiku."Ish,tak habis cubit orang.Sakitlah.." Aku mendengus."Hurmmm.. Baru balik dah kena marah," Dia berkata dengan nada sedikit merajuk.Eh,buat muka comel lah tu,minta simpati."Merajuk lah nih?" Aku mengangkat kening.Dia hanya membalas dengan mengangkat bahu."I'm sorry.." Aku tersenyum melihatnya."Tak boleh," Dia membalas."Apa yang Tak boleh?" Soalku pula."Tak boleh lah tengok muka isteri abang yang comel nih," Sekali lagi dia mencubit pipiku.Aku hanya membalas dengan ketawa.Muka aku mula merona merah.

Kepulangan Arif di rumah mendapat sambutan meriah.Datin Arissa menyediakan makan malam yang istimewa untuknya."Untunglah ada orang sayang," kata hati kecilku.Aku mengambil angin di luar selepas makan malam bersama."Firah,abang nak cakap something nih.." Dia merangkulku.Aku memandangnya penuh tanda tanya."Mummy nak balik kampung hujung minggu nih,jadi kita kena tinggal dekat rumah Mummy," Arif berkata kepadaku sambil merangkul bahuku."So?" Aku memandangnya penuh tanda tanya."Kita tinggal dekat rumah mummy untuk jaga rumah ya?" Soal nya ragu-ragu."Boleh je.." balasku.Dia menghela nafas panjang."Mummy kan mak Firah jugak," Aku menguis dagunya.Kami hanya meluangkan masa tanpa gangguan.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now