Part 24

73 6 0
                                    

Syarikat yang dikendalikan oleh Zaril di Kanada mempunyai masalah.Abah menyuruh aku menguruskan syarikat disana.Arif pula sibuk dengan jual beli barang import dan eksport.Boleh dikatakan kami bekerja di syarikat yang sama.

Ketukan cermin dari luar bilik membuatkan aku terhenti seketika.Aku tersenyum ke arahnya."Now lunch time,jom!" Ajakan Zaril aku terima.Sebelum aku berlalu pergi,aku memberi pesanan ringkas kepada Arif.Takut dia tercari-cari.Arif yang mendapat pesanan ringkas itu tidak dapat membalasnya kerana kini dia masih bersama pelanggan yang berurusan jual beli.

"You dengan Arif,macam mana?" Soal Zaril sambil menghirup coffe latte."Okay je,ni yang you nih bila nak ada isteri?"Zaril mula ketawa kecil.Dia melihat sekeliling."Entahlah Ain,dulu yang ada depan mata tak nak hargai,sekarang dah jadi milik orang dah.." Aku mengerutkan dahi.Dia maksudkan aku ke? "Maksud you...?" Soalku ragu-ragu."Tina," Fuhh lega bukan aku.'Mahu sat gi si Arif tu cemburu pulak langsung tak kasi aku keluar ngan Zaril' desisku dalam hati. "Barang yang lepas jangan di kenang,you cari lah lagi.Ramai lagi diluar sana," Dia ketawa kecil lalu menggeleng.

"Lah,dekat sini rupanya.Penat abang cari.." Kata Arif yang tiba-tiba datang menghampiriku."Heheh,kau cari pakai apa? Hidung?" Kata Zaril yang ketawa melihat Arif kepenatan."Bro,mana lah aku tahu yang korang minum dekat kafe nih.Sayang pun tak nak bagitahu Abang," Ujarnya menyikuku.Aku hanya tersenyum.Kami berborak rancak sehingga waktu lunch tamat.

TELEFON ku berdering laluku menjawab panggilan.Dalam masa yang sama,Arif memasuki ruanganku.Pelanggan dari Nigeria memberitahu mereka memerlukan makanan disana.Aku terpandang Arif yang sedang menunggu bila tiba masa untuk aku memberi ruang untuknya bercakap.Setiap kali dia ingin berbicara aku memberi isyarat 'sekejap'.Dia tersenyum melihatku.Ada sahaja masa aku berhenti,dia cuba untuk memberi tahu tetapi aku hanya suruh dia senyap.Setelah sekian lama aku berbual,aku memberhentikan perbualan seketika "Yes honey,what do you want?" Soalku melihat dia tertunggu."nothing," balasnya acuh tak acuh lalu keluar dari bilik kerjaku."Abang!abang.." Panggilan ku tidak dibalas.Laju sahaja dia berjalan pergi.Hatiku mula tidak keruan.Aku melanjutkan perbualan ku tadi.

Waktu kerja sudah hampir tamat,aku lantas ke ruangan Arif Ilman yang berada di penjuru kiri dari bilik kerja ku.Aku terlihat lampu dibiliknya sudah tertutup.Mungkin dia sudah tunggu aku dibawah.Aku lantas turun ke bawah.Sebelum pintu Lif tertutup,Zaril sempat memasuki lif.Dia tersenyum kepadaku."Sorang je?" Soalnya.Aku ada kat sini seorang,seorang jelah.Aku hanya mengangguk."Tadi cari Arif,mungkin dia sudah tunggu kat bawah kot," Dia hanya mengangguk.

Pintu lif terbuka,pantas saja aku melihat sekeliling.Tiada langsung kelibat Arif.Aku mencebik.Aku berjalan perlahan menuju ke sebuah kafe.Cappucino sudah menjadi kebiasaanku.Aku menghirup untuk melegakan tekak.Jam di tanganku menunjukkan pukul 6 petang.Mataku sudah mengantuk,aku lantas bangun untuk pergi.Tiba-tiba aku melihat sosok seseorang bersama lelaki yang amat ku kenali.Aku meniliti wajah lelaki tersebut,'abang?' Kata hati kecilku.Panas pulak rasa apabila melihat dia bergelak sakan bersama wanita.Mana tidaknya,orang sibuk menunggu dia,dia pula keluar bersuka ria.Dengan perempuan pulak tuh."Hei!" Sapaku menahan sabar.Sakit yang aku rasa hanya tuhan sahaja yang tahu."Eh Ain,kenalkan ini Marie,client abang.Marie,meet my beloved wife,Ain Zhafirah" Wanita didepanku menghulurkan tangannya.Aku menyambut salamnya dan menguntumkan senyuman."Have a seat Ain.." Aku hanya menggeleng."Its okay.I need to go now," kataku melihatnya.Nasib lah kau nih client."Ouh ya,see you tommorow.Marie" Ujar Arif.Marie hanya menguntumkan senyuman,dia melambaikan tangan ke arah kami.

Tiada sebarang perbualan dirumah.Aku hanya mendiamkan diri.Aku mengambil sebuah majalah yang berada di atas meja.Aku membelek-belek tanpa membacanya.Cuaca disini mula sejuk kerana lagi beberapa hari akan dijangka turunnya salji.Ah! Aku memakai baju tiada lengan."Zhafirah.." Dia mengambil tempat di sebelahku.Aku hanya berdehem."Takkan lah awak merajuk pasal saya tak tunggu awak," Ujarnya memegang daguku.Aku menepis."Ha... sayang cemburu ya?" Aku memandangnya sekilas lalu membelek majalah itu kembali."Alah takkan nak cemburu kot,Marie tu dah kahwin lah.Sudah ada anak dah pun," katanya sambil menunjukkan empat jari menandankan empat orang.Aku tidak mengendahkannya.Dia mendekatiku dan mencium leherku.Ei,gelilah.Aku ketawa."Wangi lah sayang hari nih," Dia tersenyum nakal.Oh no! Aku menutup majalah dan meletakkannya semula di atas meja.Aku memandang wajah Arif Ilman."Tiada maaf bagimu,orang tunggu dua jam kat situ.Dia sibuk dengan Marie tu.Lain kali pergi kahwin dengan Marie tu terus," Dia tersengih.Seakan aku dapat membaca fikirannya."Betul boleh tambah lagi satu?" Dia tersenyum nakal.Hati ku seakan-akan terbakar.Geramnya! Aku mencubit lengannya."Aduh!aduh sayang... sakitlah!" Dia mengaduh sakit.Aku hanya ketawa.Geli hati melihat reaksinya."Oh kalau abang keluar dengan Marie cemburu pula.Tahu pun sakit hati.Abang ni pun ada perasaan jugak,lagi sakit bila sayang tak bagitahu nak keluar dengan Zaril," Dia menarik muka menekan butang di alat kawalan jauh untuk menonton televisyen.Aku memandangnya heran."Dengan sepupu sendiri pun nak jeles?Eh,Firah dah bagitahu lah"Ujarku memandangnya.Dia tidak mengendahkannya."Alololo..sayang jugak Imran kat Firah ya?" Aku sengaja menduga.Dia memandangku."Tentulah sayang isteri sendiri,buat apa kahwin kalau tak sayang," Katanya mencuit hidungku."Abang! Kemek lah hidung nih," Aku mengusap hidungku yang mula kemerahan.Dia hanya ketawa.Dia menutup televisyen dan berdiri didepanku."Jom" Ujarnya menghulurkan tangan.Aku menggapai tangannya lalu dia menarikku berdiri.Lantas di mengendongku naik ke bilik.

Kini wajahku meghadap wajahnya.Nafasnya dapat kurasakan.Sentuhan diwajahku membuakkan perasaan sayang kepadanya.Aku juga berbuat demikian.Aku menyentuh dahinya dan menuruni ke hidung hingga ke mulut.Kami membalas senyuman."So..bila kita nak kembangkan lagi keluarga kita?" Soalannya membuatkan aku memandang tepat kepadanya."Entah.." Balasku acuh tak acuh.Dia tersenyum nakal ke arah ku.Bulu romaku kini berdiri tegak.Aku memejamkan mata.Bayangan cahaya lampu tidur yang berada disebelahnya sudah tiada."Diam-diam je.." Bisikan di telingaku itu menusuk membuatkan degupan jantungku berdegup laju.Semakin lama,aku terlena dibuai mimpi.

PADA jam 9 pagi,kami selamat tiba di Malaysia.Aku melihat wajah Aimi yang sedang tersenyum ke arahku.Aku terus mendapatkannya.Pelukanku dibalas olehnya."Rindunya kat Akak,adik balik je mesti akak dah pergi Kanada," Aku tersenyum kecil melihatnya.Dia sikit mencebik."Coklat adik ada dekat Abang Arif," Aku mencuit hidungnya.Dia tersenyum riang lantas mendapatkan Arif.Aku tersenyum melihat kerenahnya.Mungkin satu hari nanti,anakku akan berbuat sebegitu.Setiap kali ayahnya pulang dari kerja dia akan mendapatkan ayahnya dan meminta ganjaran.Comelnya..kata hatiku.

"Macam mana urusan kat sana?" Soal mama memandangku."Okay je,Alhamdulillah peratus semakin menaik.Semuanya berkat usaha menantu kesayangan Abah dengan mama nih dan doa Ain," petahku berkata-kata.Aku memandang wajahnya yang suci putih kalah kulit ku sendiri.Dia hanya ketawa kecil."Tengok berkat doa papa jugak kamu dapat suami macam si Arif nih," Ujar Dato' Nazmi memandang kami.Pujilah,pujilah lagi pa.Menantu kesayangan nih tak boleh puji lebih-lebih.Nanti kembang semangkuk."Haa Aimi,bila periksa nya?" Aku menyoal Aimi yang kaku memandang kami rancak berborak."tengah bulan Mac" dia tersengih."2 minggu lagi duk sibuk baca novel..Hurmm" Datin Arissa menggeleng kepala memandangnya.Like mother like daughter.Ada satu sudut di situ terletak satu rak tinggi yang dipenuhi dengan novel pelbagai jenis.Itu semua kepunyaan Datin Arissa dan hanya segelintir sahaja kepunyaanku."Macam mana honeymoon? Best?" Soal Aidil secara tiba-tiba.Apa jenis soalan tu? Aku mengerutkan dahi.Pipiku mulai merona merah.Afif ketawa melihatku,"Tak payah cakap lah Dil,tengok pipi dia tuh.Merah macam ceri," Aku menunduk malu."Kau kahwin nanti kau tahulah," balasku memandangnya tajam.

"Sabtu nih abang kena balik ke Kanada.Zaril cakap ada pelanggan baru," Dia merangkul bahuku.Kini kami berada di atas bumbung.Tempat kegemaranku.Aku menghitung hari menggunakan jari."2 hari lagi? Awalnya.." rungutku.Dia mengangkat bahu.Aku melentokkan kepalaku dibahunya."Kalau abang tak de,siapa nak teman Firah tidur,siapa nak teman Firah duduk atas bumbung nih.Kalau Firah rindu abang macam mana?" Ujarku meluahkan isi hatiku.Haish tiada suami tercinta bagaikan hilang separuh nyawa."Abang balik sekejap sahaja,nanti abang balik lah sini.Tapi..kalau abang duduk sana lama-lama pun best jugak.Ada Marie!" Lantas aku mencubit lengannya.Dia mengaduh sakit.Aku memandangnya geram."Ampun,ampun sakit lah Firah.." aku melepaskan cubitan.Dia meniup-niup dan mengusap lengannya.Kelihatan kesan kesan cubitanku menjadi merah."Eh,sakit sangat ke..Sorry,sorry" Berkali-kali aku mengulang perkataan 'sorry' sambil mengusap lengannya."Macam ni kan Firah buat dekat Imran,Im tak nak balik dah lah," Aku memandangnya sayu.Aku tertunduk lalu rasa serba salah membelenggu jiwaku."Im gurau je..." daguku diangkat memandangya."Nanti kalau sayang rindu dekat abang,tengok je langit.Kalau ada bintang itu bermakna abang rindu kat sayang jugak.." Tanganku di ramas lembut.Satu kucupan hinggap di umbun-umbun rambutku.

"Tak payah lah pergi," aku memegang tangannya erat.Sukar untuk dilepaskan."Bila orang dah bercinta,habis dibuai rindu" perli Afif melihat kami.Aku memandang nya tajam."Abang kena pergi jugak,sekejap je.." Dia mengusap perlahan tanganku.Dia menarikku kedalam dakapannya.Kepalaku dikucup berkali-kali."Abah sengaja hantar Arif pergi sana,tak delah berkepit 24 jam," Dato Nazmi ketawa kecil memandangku.Aku mencebik.Tangannya aku kucup.Dia tersenyum ke arahku.Teksi yang dia naiki sudah tiada lagi diperkarangan.Asap kereta semakin hilang dari pandangan.Aimi memelukku."Sudah-sudah lah tu kak oi,nanti jumpa jugak.Jangan risau lah.." Aku tersenyum memandangnya.Hidungnya aku cuit.Dia memandangku geram.Perlahan hidungnya dia usap.

Petang ini aku mengambil keputusan untuk menjenguk Aini.Aku membawa Aimi sekali,alang-alang sebelum dia pulang ke asrama.Kedatangan kami dijemput dengan meriah.Aku melangkah kanan,rumahnya yang baru sahaja habis dikemas.Katil baby yang besar diletakkan di penjuru sofa itu menarik perhatianku."Kau dengan Aimi duduk lah dulu ek,aku pergi buat air," katanya.Lantas aku menggeleng."Tak payah lah susah,susah" Dia memandangku dan tersenyum.Dia terus mengatur langkah ke dapur."Kak,comelnya yang perempuan nih..apa nama dia?" Eh,tanya kita pulak.Kita mana tahu.Aku mengangkat bahu.Aini meletakkan dulang yang berisi air sirap di atas meja.Aku mengucapkan terima kasih."Nama dia, Nelydia Amirah dan Nazim Amin," Aini memandang ke arah Aimi yang teruja melihat bayinya."Izzwan mana?" Soalku pula."Ouh,dia kerja.Kejap lagi dia balik lah tuh," sudah puas kami berborak,sekejap kami berbual tentang kerja,sekejap tentang hal negara.Sudah macam kaki info da.... Aku meminta diri untuk pulang.Seketika aku terfikir tentang Arif.Bagaimana lah keadaan dia sekarang?

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now