Part 18

145 5 2
                                    

Mataku tertumpu kepada ikan-ikan yang berenang didalam kolam itu.Beralih pandangan ke burung burung yang beterbangan di langit.Aku menghirup secawan teh yang dibuat oleh Mama.Tiba-tiba bahuku disentuh.Aku menoleh ke arah tangan itu."Eh Ma,duduklah sini," Datin Arissa melabuhkan punggungnya di hadapanku."Mama nak cakap something.." aku memandangnya dengan penuh penasaran. "Apa dia ma?" Datin Arissa nampak gelisah.Dia mengeluarkan kotak kecil dan meletakkan dihadapanku. "Apa nih ma.." Tanpa segan silu,aku membuka kotak kecil tersebut. "Cincin?" Bisik hatiku. "Mama harap,Ain buat keputusan yang terbaik.Jangan tergopoh gapah.Mama tak nak paksa,cuma orang tu dah lama sangat tunggu" Datin Arissa memberi sekuntum senyuman. "Siapa nih Ma?" Dahi ku berkerut.Aku memikirkan seribu tanda tanya. "Hafiz!" Datin Arissa menepuk bahuku perlahan lalu beredar.

AINI menghubungi ku pagi tadi.Katanya ingin berjumpa.Mungkin kerana rindu.Di Starbucks Coffee,E-Curve.Ternampak sosok perempuan bertudung unggu bermain telefon bimbitnya.Dia melihatku dan terus mendapatkanku.Rinduku terubat seketika.Sudah 3 minggu kami tidak berjumpa.Aku mengambil tempat dihadapannya."Kau sihat?Baby sihat?" Dia mengangguk dan menanya keadaanku. "Tak ada cerita nak dikongsikan ke?" Ujarnya seakan mengetahui tentang apa yang ingin aku beritahunya.Aku sekadar senyum hiba.Dia menanti percakapanku. "Pasal Hafiz kan?" Tepat dia meneka lalu aku mengangguk perlahan. "Aku keliru weyh,aku keliru dengan perasaan aku sendiri..sekejap suka,sekejap tak," Ya,perasaan suka tu sudah tiada.Bagaikan hilang sekelip mata.Aku tidak tahu sebabnya. "Kau nih biar betul? Jangan main-main.." Dia memandangku risau.Entah apa yang dirisaukan entah.Mungkin aku terlalu banyak berfikir.Aini memberi saranan kepadaku agar berfikir sebetul-betulnya sebelum membuat keputusan.Aku berbanyak terima kasih kepadanya kerana luangkan masa bersamaku.Aku menasihatinya agar menjaga diri dan kandungan yang dikandungnya. "Kau tu yang kena banyak berehat,jaga anak buah aku tu" terburai ketawa.Kami berpelukan sebelum kami pulang.Kebahagian terhadap Izzwan dan Aini dapat kurasakan apabila berpeluk dengannya.

Didepan pagar rumahku terpakir sebuah kereta Proton VIVA bewarna putih.Siapakah pemilik kereta nih? Aku melangkah masuk dengan langkah kanan.Aku mendengar suara ketawa dari ruang tamu rumahku. "Assalamualaikum.." aku melihat sosok seorang lelaki dihadapan ibuku sedang rancak bercerita.Aku menyalami tangan Datin Arissa."Haa balik pon,ingat tak balik..ni ada orang rindu kamu,duduklah dulu" Datin Arissa lantas bangun memberi ruang untuk aku duduk ditempatnya.Aku menoleh ke arah lelaki itu. "Hafiz!" Jeritku sedikit.Dia menguntumkan senyuman sengetnya.Mukanya nampak seperti sudah melepaskan rindu."Mama pergi tengok nasi kat dapur ya,kaurang borak borak lah dulu" Datin Arissa mengatur langkah ke dapur.Tinggalah kami berdua. "Kau sihat Ain?" Aku mengangguk perlahan.Mungkin kerana terkejut dia berada disini.Selepas aku pulang ke Malaysia dia perlu ke German untuk menghabiskan exciment yang tertunggak dan perlu disiapkan segera.Yang membuatkan aku terkejut,katanya dia akan balik ke Malaysia lagi sebulan.Angin apa yang membawa dia kesini dalam jangla masa 1 minggu? "Aku datang sini nak ajak kau makan.." aku melihat ke arah jam tanganku menunjukkan pukul 8:30 malam.Haishh..tak tahu ke aku diet hari ini? "Pergi jelah makan dengan dia..kau rindu dia kan?" Hati ku berbisik.Orang kata ikutlah kata hati jadi aku meminta izin untuk bersiap dan terus bergegas naik ke atas.Aku mengenakan blaus hitam dan seluar skinny putih cream.Tudung selendang bewarna turqoise aku capai dan melilit di kepalaku.Terkejut juga apabila suara entah dari mana bertanya kepadaku "Kau nak pergi mana?" Aku menoleh.Fuhh..Tina rupanya. "Ish kau nih,aku pikir jembalang mana entah tadi.Bangun bangun pergi mandi" aku mengarahkannya untuk mandi kerana melihat mukanya yang lepas bangun tidur.Aku mengucapkan selemat tinggal lantas aku keluar.

"Kau nak bawak aku pergi mana nih?" Soalku setelah jauh merantau.Aku fikir dia mahu makan direstoran di kawasan rumahku.Dia tidak memberi respon.Kami tiba disebuah restoran yang besar unik reka bentuknya.Pengunjung yang datang disini tidak terlalu ramai.Dapatlah sedikit privacy.Kami mengambil tempat di sebelah kiri restoran. "Kau nak order apa?" Soalnya kepadaku sambil membelek menu.Aku mengangkat bahu.Dari segi menunya hidangannya nampak banyak.Mustahil aku boleh habiskannya seorang.Dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan."Jus Epal 2,lamb chop 1" pelayan itu beredar setelah mengambil menu.1? Aku kena kongsi pinggan dengan dia ke? Tak mungkin pulak dia tak nak bagi aku makan.Hidangan telah sampai.Bauu dia~ yummy! "So,lepas nih kau nak buat apa?" Soalnya sambil menyuap daging kambing yang telah dipotong kedalam mulutnya.Dia menolak pinggan itu ketengah agar aku dapat memotong dagin itu."Plan aku,nak buat apa yang terdaya tapi kerja tu mungkin tahun depan kot.." Ujarku.Dia sekadar mengangguk tanda paham."Kau bila nak habis belajar?" Soalku pula.Sengaja ingin memecahkan keheningan."Tahun depan,nanti graduate.Insya Allah,datanglah.." Pintanya memberikan senyuman.Eh eh dia nih,memang malas lah aku nak datang."Heh,malas aku nak datang.." aku menyuap daging yang telah dipotong kedalam mulut ku."Aku datang graduate kau jauh-jauh,kau tak nak datang pulak graduate aku.Sedih ah hidup" Dia mencebikkan bibirnya.Aku mula ketawa.Teringat zaman kami bersekolah dulu.Kalau dia merajuk,memang suka mencebikkan bibir.Entah mengapa sebegitu,mungkin kerana ramai kakak.Selesai makan,aku menghirupkan air epal yang dia pesan tadi.Ingat lagi rupanya kegemaran aku.Aku memandangnya mengimbas kenangan manis disekolah.Mata kami saling bertemu.Aku tersedar lalu menunduk malu.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now