Part 30

110 7 0
                                    

"Ayangggg! Fitri nak susu nih!" Inilah suasana yang dihadapi sekarang. Jeritan dan panggilan dari jauh. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri sampai tidak terurus.Ain Zhafirah yang baru sahaja tidurkan bayi kembarnya,Sharifah Ilya. Ain Zhafirah berlari anak ke ruangan di mana Arif berada."Abang nak makan? tapi Firah belum masak lagi," Ain Zhafirah tersengih dihadapan Arif.Dia menggendong Fitri yang sudah merengek untuk menyusukannya dengan susu badan."Tak pelah,susukan Fitri dulu.Penat abang dodoikan dia tapi dia tak nak dengan abang.Huh! Ilya mana?" Kata Arif sambil berjalan ke arah pintu keluar. Zhafirah hanya mengganguk tanda jawapan bagi soalan Arif tadi."Sorry tau,"

Dia meminta maaf sebelum Arif melangkah keluar dari ruangan itu.Arif berpaling kearahnya dan berkata.

"Tak pe lah,sekarang nih kita dah ada anak kena jaga.Lagipun ada lah peluang abang nak makan kat luar,mana lah tahu dapat bukak kilang baru.Lagi meriah!"

Cepat sahaja bantal yang berada di atas katil itu dicapai dan dilemparkan ke arah Arif.Arif sempat mengelak dan bantal jatuh ke lantai.Muka Zhafirah kini berubah menjadi merah.
"Abang jangan macam-macam,kang ada yang tidur luar kang,"

Zhafirah cuba mengugut.Arif malah ketawa terbahak-bahak.

"Lagi abang suka,lepasnih boleh tidur dengan kilang baru !"

Pandangan sinis diberi oleh Zhafirah.Api kemarahannya kini membuak.Dalam hatinya dia berzikir berulang kali untuk meredakan perasaan amarahnya.Kini Syed Fitri di baringkan disebelahnya. Aku menepuknya perlahan-lahan. Selepas itu aku terlena.

-----

"Sayangg.. sayang?" berkali-kali Arif memanggilnya.Perlahan matanya terbuka."Abang?" aku segera bangun.Aduh ngantuknya.Hoaaaaahhhh. Firah menutup mulutnya. "Penat ya? ayang dah maghrib dah nih.. jom kita solat dulu lepastu kita makan" Arif memberikan ku senyuman manis.Tangannya dihulurkan. Aku membalas dengan menyambut tangannya kembali.Lalu Arif Ilman mengimamkan Ain Zhafirah.

"Sedapnyaaaaa! Pandai abang masak!" pujian Ain membuatkan Arif berkelakuan seperti jejaka idaman para wanita. "Tengok lah siapa yang masak,ni belum tentu sayang je yang terpikat entah-entah awek kat luar sana berebut nak makan nasi goreng abang tau," Dia tersenyum bangga. Eeeeeee panasnya hati. Ain Zhafirah memandang tajam ke arah Arif.
"Haaa yelah,yang terpikat tu semua makcik-makcik,". kataku sedikit geram.Ada je nak menggatal,tak cukup lagi ke yang satu nih?! Suka sakitkan hati aku.Desis hati Ain Zhafirah.Tergemam-gemam mulutnya.

"Haaa cemik-cemik,nanti cepat tua baru tau!" Lantas pipi Zhafirah dicubit lembut oleh Arif. Zhafirah menepis tangan Arif dan bangun untuk mencuci pinggan yang sudah diguna. "Lahh merajuk ke? abang gurau je," pujuk Arif yang berada disebelah aku. Ala ala merayu gituu macam cerita romeo and juliet. Dei,tak main lah cerita 'orang putih' nih,hindustan lah! Ain tidak mengendahkannya."Maafkan lah abang eh?Abang saja nak temgok isteri abang ni sayang ke tak kat abang.." kata Arif lalu tertawa kecil."Mana boleh tak sayang suami yang hensem macam abang," Arif terkejut.Aduhhh apa yang aku dah cakap tadi.Aku memukul mulut ku. "Aik,puji puji nih nak apa?nak tambah lagi?" Arif mengangkat keningnya.Mula dah dia nih,nak je aku tenyeh cili dalam peti ais tuh."Diam tanda setuju ..." Arif mula mendekati Zhafirah,makin dekat makin berdebar Ain Zhafirah. "Eh,Fitriii nangis tuh.Firah pergi tengok kejap," Laju sahaja langkahnya ke bilik. Arif hanya ketawa melihat gelagat isterinya.

SELESAI sahaja mandi,Arif memakai pakaian yang disediakan oleh si dia.Dia menuju ke katil anaknya di sudut kanan katil.Nyenyak kedua anak kembarnya tidur.Dia melihat sosok wanita yang dicintai kepenatan terbaring dikiri katil."Kesian isteri saya nih,penat yaa jaga anak-anak." ujarnya perlahan takut mengejutkan Zhafirah dari tidurnya.Satu kucupan manis hinggap di dahi Zhafirah.Zhafirah terjaga lalu dia tersenyum.Dia cuba bangun menghadap suaminya.Tangan Arif kini berada di pipi Firah. "Abang akan sentiasa ada untuk Firah,Insya Allah abang akan menjadi ayah yang baik untuk anak-anak kita," ujarnya seketika menatap mata Ain Zhafirah. "Jangan tinggalkan sayang ya?" Dia mengangkat tangan Arif kini dipegang erat dan dicium penuh perasaan. "Abang takkan tinggalkan sayang,abang akan halang macam nih," Kedua- dua tangan Arif bertahan di papan katil.Badannya betul-betul berada di dekat Zhafirah.Kini jarak antara mereka,2 sentimeter. "Abang nak buat apa nih?" Soal Firah menatap suaminya. "Abang nak ... gigit sini," Arif sengaja ingin mengigit kiri leher Zhafirah tetapi Firah sempat mengelak. Zhafirah terus menolak Arif sehingga dia terbaring di atas katil."Aduhhhh..." Arif mengaduh kesakitan yang sengaja dibuat. "Sorry,sorry Firah tak sengaja.." Dia membantu Arif untuk bangun semula.Dia tidak sedar bahawa dia sudah masuk ke dalam perangkap.Arif langsung menolak Firah dan dia terbaring di atas katil.Arif sudah tersenyum sinis.Firah sudah menahan suaminya.Belum sempat Arif ingin menepis,telefon bimbitnya berbunyi."Aduh kacau lah," Dia mendengus dengan pantas dia kearah telefon miliknya. "Nasib," Dia menunjuk ke arah Zhafirah.Zhafirah hanya ketawa lalu membuat gelagat gembira,bagaikan dia berjaya membuat sesuatu.Yes! bisik hatinya. Arif memberi isyarat untuk keluar.Firah hanya mengangguk.

"You tak paham ke,I dah kahwin lah.Cukup lah dengan kata-kata manis you tu! Pahit dah.Lapuk dah semua tuh,"

Zhafirah curi-curi dengar disebalik dinding.Siapa pula yang hubungi dia malam-malam buta nih.Musykil lah,dia kata dia tak de rahsia,apa katanya 'Tiada rahsia antara kita' konon lah.

"Cukup lah Mel,I tak perlukan you dah.Perasaan I dekat you dah lama mati.Dah I nak tidur,bye" Arif mematikan telefon bimbitnya.Kini perasaan rimas dalam dirinya mula datang.Dia menghirup udara diluar lalu memasuki rumahnya.Pintu sliding itu ditutup.Arif menuju ke biliknya dan berhenti apabila melihat isterinya yang sedang mengelamun."Aduh dia dengar pulak ke?" Bisik hatinya khawatir. "Sayang...." panggilannya tidak bernyahut.Arif mendekatkan mukanya dengan muka Ain Zhafirah. "Firah..." Lamunan Zhafirah terhenti lalu menoleh ke arah suara itu.

Cup! satu kucupan hinggap dipipi kanannya.Muka Zhafirah mula kemerahan.Dia mengesat pipinya dengan lengan baju."Abang,air liur lah!" Rungut Zhafirah yang membuatkan Arif tersenyum.Dia terus mengangkat isterinya masuk ke dalam bilik.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now