Part 9

147 8 0
                                    

"Eh,kau tak nak pergi jumpa tunang kesayangan kau tu ke?" Tanya Hafiz yang dari tadi asyik menekan butang di alat kawalan jauh untuk menukar siaran televisyen."Nak keluar lah ni,kenapa?" Izz membetulkan rambutnya di depan cermin perhiasannya."Aku nak ikut boleh?" Izz memandangnya pelik. "Pergi siap cepat." dengan pantas Hafiz menuju ke biliknya dan bergegas kembali ke ruang tamu.

Tiba di depan rumah Ain,"Hafiz kau pergi lah bagi salam aku tunggu dalam kereta kejap" Hafiz keluar dari perut kereta Izz dan bergegas ke pintu pagar rumah.Tiba-tiba dia terhenti seketika.Hatinya terasa pedih bagai dicabut begitu saja.Melihat dua pasangan bermesra bagaikan baru lepas diijab kabulkan.Dia terus berundur dan masuk kembali kedalam kereta."Kau dah kena..." "Kita balik.Hantar aku balik rumah." Izz mula pelik. "Apa lagi kau tunggu?! aku suruh balik,balik je lah!" Izz terus memecut keluar dari kawasan rumah Ain apabila melihat Hafiz berubah wajah. 

"Sampai hati kau Ain,kau biarkan aku hanyut dalam ombak.Kau terbang bersama burung di awangan.Kau biarkan aku lemas dalam siksaan cintamu dan kau pula hanyut dalam asmara." Itulah kata kata yang terngiang di fikiran Hafiz.Hanya mampu menenangkan diri buat seketika.Merenung keluar jendela sambil menghirup air kopi yang dibancuhnya sebentar tadi."Man,aku nak pergi dah ni.Apa-apahal kau rojer aku.Kunci rumah.Kau tu jangan nak terperap dalam bilik je.dah macam suami hilang bini dah aku tengok.Ingat Man,bunga bukan sekuntum.Assalamualaikum." Izz terus menghidupkan enjin keretanya.Semakin lama keretanya tidak kelihatan di halaman. 

"Izz kata semalam nak jumpa.Kenapa tak jadi?" Aini memulakan pembincaraan. "Izz pon tak tahu,tiba-tiba Man suruh balik" jawabnya sambil melihat wajah tunangnya. "Hafiz ada semalam?tak perasan pon?" 

"Dia adalah semalam,tak tahu lah dia masuk ke tak."

"Kenapa?dia moody ke?"

"Entah lepas dia balik semalam,dia jadi cam senyap je.Terkurung dalam bilik."

"Cemburu ke?wow sayang jugak dia kat Ain."

"Cemburu sebab apa?"

"Sebab Faris datang rumah semalam,dia borak dengan Ain kat luar.Maybe masa tu Hafiz terserempak kot."

"Ouh,pasal tu lah dia frust menonggeng.Kalau Izz pon mungkin jadi macam tu.Langsung tak nak jumpa."

Aini mula memandang Izz pelik."Okay nanti Aini cuba" Aini tersengih "Cuba lah cuba,merajuk betul betulkang baru tau" mereka mula senyum sesama sendiri.

Ain menuruni anak tangga dengan senyuman terukir di bibir."Mahu ke mana?" tanya Datin Arissa yang entah muncul dari mana."Nak keluar lah ma.Bolehkan?" Jelas Ain sedikit merayu.Datin Arissa hanya mengangguk tanda setuju."Hafiz,assalamualaikum" berulang kali aku cuba mengetuk,tapi tiada yang menjawab.Sampai satu masa pintu itu terbuka dan seorang jejaka membiarkan badannya dihalang oleh pintu.Jejaka dengan muka yang separuh sedar itu pon berkata "ya,ada apa?" aku hanya menahan ketawa. "nak ajak kau keluar,pergi siap.Aku bagi lima belas minit je" Hafiz mula memandangku pelik."Kau siapa?" Aku sudah agak,soalan ini akan keluar.Sah mamat ni khayal."Aku Ain lah.Pergi lah siap." Aku hanya menunggu diluar.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now