Part 17

71 3 0
                                    

Pagi hujung minggu aku luangkan dengan mengemas rumah.Aku memasang lagu Shake It Off dari penyanyi popular,Taylor Swift.Aku mengemas rumah sambil menari riang.Hanya ada seminggu sebelum kami Graduate.Hatiku lonjak gembira.Aini yang menuruni anak tangga nampak lesu dan tidak bermaya.Langkah ku terhenti."Weyh,kau okay tak?Dah tiga hari kau tak sihat..nak aku buatkan apa -apa tak?" Aku mula risau dengan keadaan dia sejak dua menjak ini.Tiada selera makan,tiada daya untuk bergerak.Risau juga takut menghidap penyakit.Ish.. Ain jangan pikir bukan bukan.Omelku didalam hati.Cuaca disini pun tidak menentu.Kadang sejuk kadang panas.Dia hanya menunjukkan simbol 'O' tanda dia tidak apa-apa.

Biskut yang aku beli semalam dicapainya bersama susu segar.Biskut kesayanganku... rayuku dalam hati.Aku biarkan dia melayan seleranya.Mungkin dia baru ada selera makan.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi tanda seseorang datang.Aku mengagak orang itu adalah Pak Cik Parl yang sering datang kesini untuk mengambil surat khabar yang tidak terguna.Dia memang selalu datang pada hujung minggu.Surat khabar yang aku hendak beri sudah aku letakkan disebelah pintu.Aku membuka pintu.Aku terpaku.

"Izz?" Ujarku.Dia hanya menguntum senyuman.Aku mempelawa dia masuk."Duduk lah dulu,nanti aku panggilkan Aini" Dia menggeleng."Dia ada kat mana? Biar aku yang jumpa dia," aku memberitahu yang Aini sedang menjamah didapur.Dia terus bergegas ke sana.Aku menghendap disebalik tembok yang memisahkan dapur dan ruang tamu.Mereka berborak mesra.Bila Suami terlalu risaukan isteri."Awak okay tak nih?" Soalan pertama yang ditanya oleh Izzwan sambil memegang dahi Aini.Dia menarik tangannya kerana panas.Dia memujuk Aini untuk ke klinik.Aini hanya membiarkan dia berceloteh seorang diri."Hei,abang cakap dengan Aini nih..." Aini hanya memandangnya sekilas.Dia ketawa kecil. "Gelak pulak.." Izzwan memandangnya geram. "Sorrylah,Aini tengah makan.. lagipun abang bukan nak bagi Aini explain," Aini menjelaskan isi hatinya.Izzwan baru tersedar kesilapannya sendiri.Dia menguntumkan senyuman."okay,sorry..now cakap ngan abang,Aini sakit ke? Aini dah jumpa doktor?" Soalan yang ditanya bertubi-tubi.Mungkin itu reaksinya bila risau akan orang tersayang.Aini menerangkan apa yang terjadi terhadap dirinya.Aku membiarkan mereka meluangkan masa berdua.

Aini berlari ke arah tandas.Aku mendengar dia memuntahkan sesuatu.Aku melihat keadaannya.Aku mengusap belakangnya.Izzwan yang cemas berdiri didepan pintu mengajukan pelbagai soalan.Aku menunjukkan jari telunjuk untuk dia senyap.Aku memberitahu sepanjang dia demam,dia memang begini.Izzwan memutuskan ingin membawa Aini ke hospital.Aku membiarkan Aini bersama Izzwan.Biarlah Izzwan yang membawanya ke hospital.Sungguh degil apabila aku ingin membawanya ke Klinik atau Hospital berdekatan.Pelbagai alasan yang diberinya.Katanya,doktor tidak seronoklah,tak hensemlah,tak baiklah.Mungkin dia tidak mahu ke Hospital kerana baunya.Aku hanya mengikut kehendaknya.Sampaikan satu hari dia mengigau menyebut nama Izzwan berkali-kali.Apabila tersedar dia memberitahu yang dia amat merindui Izzwan.Padahal baru 2 minggu lepas dia balik ke Malaysia.Mungkin terlalu erat hubungan mereka sampai tak mahu berpisah.

Pintu terbukak tanda mereka sudah pulang.Terkuntum senyuman dikedua kedua wajah mereka.Nampak berseri-seri."Dating ya,lepastu tinggalkan aku sorang sorang kat rumah.." kataku dalam nada merajuk.Mereka ketawa memandangku.Aini terus mendapatkan ku.Dia memelukku."Eh kenapa nih?" Aku membalas pelukannya.Aku memandang Izzwan pelik.Dia hanya tersenyum.Hatiku terasa berdebar-debar.Apa yang tak kena nih. "Tak lama lagi,kau akan jadi makcik.." bisikan ditelinga itu menusuk ke hati ku.WHAT?! Aku jadi makcik?haa betul ke? Riak wajahku terkejut membuatkan Izzwan ketawa."Tutup mulut tu nanti masuk lalat.." katanya sambil mengetawakan aku.Aku lepaskan pelukan lalu aku capai bahu Aini.Dia menguntumkan senyuman."Betul ke nih?" Tanya aku dengan perasaan syak wasangka."Betullah,dah masuk 3 minggu dah" Tiada kata dapat aku ungkapkan.Aku turut berasa gembira.Aku sedikit terloncat."Alhamdulillah weyhhh.. aku tumpang gembira..Tahniah,tahniah.Kiranya demam kau nih demam rindulah..Mak rindu ayah,anak pun rindu ayah" Pantas tangannya menutup mulutku.Muka Aini merona merah.Dia tertawa.Izzwan terkebil kebil.Mukanya ingin mengetahui apa yang terjadi.

Tiba-tiba Aini menekup mulutnya menahan sesuatu lalu menuju ke tandas.Aku memberi isyarat kepada Izzwan untuk melihatnya.Lalu dia terus mendapatkan Aini.Aini dibawa berehat didalam biliknya.Dia mengambil tempat di hadapanku."Aini mana?" Tanyaku. "Ada kat atas..aku bagi dia rehat" mungkin dia perlu banyak rehat. "Cepatlah cerita kat aku apa yang jadi" pintanya. Aku menceritakan apa yang terjadi.Terbahak-bahak dia ketawa.Mungkin dia tidak menyangka perlakuan Aini sebegitu selepas balik kesini semula."Ouh ya,kau datang sini cuti ke?" Heran juga Izzwan berada disini.Tidak selalu dia cuti."Aku gantikan kawan aku datang sini,dalam seminggu je khursus .. Sengaja aku ambik cuti lebih tengok korang Graduate nanti.." Jelasnya.Lagi gembiralah Aini.Buah hati ada dengannya." Kau nak bawak Aini tinggal dengan kau ke?" Tanya ku takut dia rindu jugak.Dia hanya menggeleng.Katanya khursus membuatkan jadualnya padat.Takut tak sempat jaga isterinya jadi dia biarkan aku bersama Aini.

"One! Two! Three!.. Say cheese!" Sorak jurugambar yang mengambil gambarku dan Aini.Kami berpelukan.Perasaan ku tidak terkata.Gembira.Sedih.Terharu.Bercampur baur.Suasana di Mount Royal University riuh dan sesak dengan pemegang sarjana muda.Aku terpandang sosok lelaki yang menghampiri kami.Dengan memakai Tuxedos.Segak.Kataku didalam hati.Dia tersenyum melihat kami berdua.Aku menyiku Aini.Lantas Aini berpusing ke arah lelaki itu,dia menggapai tangan Aini."Congratulations Sayangku,Aini" terlihat bahagia di wajah mereka.Sejambak bunga ros diberi kepada Aini.Aini memebalas dengan pelukan yang erat.Dicium dahinya.Alangkah bahagia jika aku sebegitu."Ei,aku bukan tunggul kat sini okay.." Kataku dalam nada memerli.Mereka ketawa. "Aku bukan datang sorang.." katanya.Aku memandang Aini.Tubuhku dipeluk dari belakang."Congratulations Ain Zhafirah,you did a great job!" Jeritnya gembira.Aku berpaling ke arahnya."Tina!" Jeritku sedikit terkejut lantas aku memeluknya.Dibelakangnya aku ternampak Faris dan Hafiz.Mereka pun ada? "Congrats Ain! Ni coklat yang awak nak tu" Faris menghulurkan sebungkus yang berisi coklat.Aku menguntumkan senyuman."Terima kasih," balasku.Tidak kusangka dia akan berbuat sebegitu."Awak kata awak nak tunggu saya balik.." kataku sekilas teringat kata katanya di KLIA sebulan yang lalu.Dia tersenyum "Saya dah tak boleh tahan rindu saya" Muka aku mula kemerahan.Aish.. malu lah kita.Kata hati kecilku. Aku terpandang wajah seseorang.Lelaki itu menghampiriku."Hafiz?" Dia tersenyum. "Tahniah,kau dah buat yang terbaik..." Dia menghulurkan sejambak bunga kepadaku.Dia atas jambakan bunga itu terselit kad.Aku memandang nya dengan penuh heran.Dia hanya tersenyum bagai menantikan sesuatu.Aku membuka kad itu. "Congrats Ain..so what's the answer for my question? Will you be my girl?" Aku memandangnya dengan seribu tanda tanya.Dia memberikan senyuman.Aku kaku,aku buntu.Apa yang harus aku jawab? Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.Cinta yang dah lama dibiarkan akan terjalin semula? "So.." Kata kata Aini menghentikan lamunanku.Apa aku nak jawab nih."Kau ikut aku kejap..." Tanpa kata aku menggapai tangannya lalu menarik kesesuatu sudut yang tiada ramai orang."Aku..bukan apa tapi aku perlu masa untuk fikir.Aku minta maaf tapi aku belum bersedia,by the way thanks untuk bunga nih" aku menguntum senyum terpaksa.Aku merasakan tiada keserasian antara kami.Fikiran aku hanya tertumpu pada lamarannya itu.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now