Part 27

56 4 0
                                    

Hari ini Mummy dan Daddy akan pulang.Ain dan Syamimi keluar untuk membeli barang dapur yang hampir habis.Arif membawa kami ke Tesco di Damansara.Banyak barang yang dibeli lebih dari dalam senarai.Mereka pergi untuk bersiar-siar sementara Arif pergi ke tandas.Tiba-tiba tanganku ditarik lalu satu tamparan hinggap dimukaku.Ain memegang pipinya yang kemerahan.Dia mengangkat mukanya."Melina!What are you doing?!" Kata Syamimi yang terkejut akan kejadian itu."Dia dah ambik hak I!And ini balasan yang diterima.." Ain memandang Melina.Pandanganya dibalas dengan pandangan sinis."Sayang?kenapa nih?"Arif melihat Ain yang tertunduk memegang pipinya.Arif mengangkat wajah Ain yang kesakitan."Hei perempuan?Kau tak serik ke? Kau dah malukan keluarga aku,kau dah malukan keluarga kau.Kau tampar bini aku.Apa lagi yang kau nak?" Terlihat muka Arif berubah menjadi merah atas kemarahannya terhadap Melina."I nak you,I nak kita bina hidup baru.Please kita rujuk balik okay?" Kata-kata Melina itu menyengat telinga Ain.Ain Zhafirah memandang tajam kepada Melina.Rasa benci dan geram datang secara tiba-tiba.Dia mengalih pandangan kepada Arif.Apa maksud dia? "rujuk balik?" Dia merasakan Arif telah menganiayanya.Ain lantas menarik Syamimi pergi.

Berkali-kali telefon Ain berdering tetapi dia tidak menjawab."Dari awal akak tak sedap hati bila jumpa perempuan tuh.Setiap kali akak tanya dekat Abang,dia selalu mengelak.Mimi,cuba cerita dengan akak siapa perempuan tuh?" Ain memegang erat tangan Sharifah Syamimi.Syamimi tidak dapat berkata apa-apa.Lidahnya kelu bagaikan tiada kata.Akhirnya Syamimi menjelaskan perkara sebenar."Melina selalu balik lewat dan keluar ke kelab malam.Dia berfoya-foya dengan lelaki lain.Abang sentiasa menanti Melina walaupun pada tengah malam.Abang menceraikan Melina dengan talak satu.Dia tidak tahan dengan sikap Melina yang tidak mempunyai kesetiaan.Melina memang inginkan duit abang sahaja,kami tidak menerimanya dalam keluarga" Maka terjelaslah segala persoalan.Ain merenung segala masalah dan persoalan yang berada dalam dirinya.

"Abang cuba nak bagitahu tapi abang rasa benda ni tidak penting dan tidak perlu diberitahu," Suara itu mengejutkan kami.Aku memandang wajah suara tersebut.Perasaan amarah aku tidak reda lagi.Setiap kali melihat wajahnya pasti terbayang wajah Melina.Argh! Cannot go! Air mata aku diseka oleh Arif.Aku hanya membiarkan sahaja.Kepulangan kami dinanti oleh mama.Aku mencium tangan mama lalu naik ke bilik.Sharifah Hidayah memandang pelik ke arah Ain.Dia mengangkat kening kepada anaknya.Arif hanya mengangkat bahu.

AZAN subuh berkumandang.Arif terjaga dari lenanya.Dia memandang tubuh yang terbaring di sebelahnya.Rambut Ain di usap perlahan lalu dahinya dicium."Sayang..." Panggilan lembut yang menusuk telinga isterinya membuat Ain Zhafirah terjaga.Dia lantas bangun. "Pukul berapa nih?" Tanya Ain sambil mencari jam dinding."Dah subuh dah,kita solat sesama ya?" Belom sempat Arif mengusap rambut Ain,dia sudah berlalu pergi ke bilik air.Arif hanya melepaskan keluhan berat.
"Good Morning akak!" Jerit Syamimi ternampak Ain menuruni anak tangga.Ain hanya tersenyum kepadanya lalu mengambil tempat berhadapan dengan Syamimi."Selamat pagi Mummy,Daddy," ujarnya ketika melabuhkan punggung."Ilman mana?" Soal Daddy melihat Ain turun seorang diri."Morning Pa!" Kebetulan Arif yang sedang menuruni anak tangga menyapa ayahnya.Dia tidak mahu keluarganya tahu tentang pertelingkahan dia bersama Ain.Dia tidak bimbang kalau ayahnya menganggap dia tidak pandai menguruskan rumah tangga.

Pinggan dicuci bersih dan ditelangkupkan untuk kering.Ain berjalan menuju ke arah tempat santai di luar rumah.Dia memandang pohon-pohon hijau yang tertanam di tepi tembok rumah.Seiras rumah yang diidamkan sejak kecil dahulu.Arif memerhati nya dari jauh.Dari sudut hati ingin sahaja dia menegur tetapi apakan daya,tiada sebarang interaksi antara mereka.Dia mengambil keputusan untuk berterus terang kepada Ain Zhafirah tentang perkara sebenar."Kebahagiaan akan lahir dengan kasih sayang,tanpa kasih sayang tiadalah yang namanya bahagia.Selama ini Firah yang ajar abang apa erti kebahagiaan.Apa yang kita rasa tak sama dengan kata-kata.Rasa bahagia abang terhadap Firah jauh lebih berbeza dari yang sebelumnya," Ujar Arif yang sudah berada di sisi Ain Zhafirah.Mereka saling bertentang mata."Setahu abang bahagia ini apabila sepasang hati dipertemukan menjadi satu,tetapi abang rasa bahagia itu apabila dua pasangan saling menyayangi dan mempercayai antara satu sama lain.Saling bertolak ansur dan bekerja sama," Dia tersenyum melihat Firah. "Kalau sifat kepercayaan itu hilang maka kebahagiaan tu tak sempurna,macam Firah dah tak percaya dekat abang,Kebahagian abang dah musnah," Perlahan tangan Arif menggapai pipi Ain Zhafirah.Kelopak mata Ain mula berkaca.Air matanya mula jatuh satu persatu membasahi tangan Arif. "Tapi abang yang tak percaya dekat Firah.Abang tak pernah bagitahu pun yang abang pernah kahwin sebelum nih," Jelas Ain ikhlas dari hatinya.Matanya mula berpandang ke tempat lain.Fikirannya bercelaru tidak tahu apa yang masih bermain di fikiran.Kalau ikutkan di amat rindu bercakap dengan suaminya.Sudah satu minggu mereka membisu.Hanya lakonan di hadapan keluarga.Tangan Ain mula diramas lembut oleh Arif."Abang tak nak ingat kisah silam abang.Kisah yang cukup menyiksa diri abang.Sekarang nih,Ilman ada Firah.Ilman nak jaga Firah sampai ke syurga.Ilman sayangkan Firah lebih dari segalanya," Aku dapat melihat dari matanya.Cinta yang ikhlas dan tulus,kasih sayang yang suci.Tiada kata dapat aku ungkapkan.Aku hanya tersenyum."Dah tak payah nangis-nangis okay," Ain mengangguk.Arif menghapuskan air mata yang jatuh dari kelopak mata Ain.Dia menarik Ain berdiri untuk masuk ke bilik.Hari pun makin panas terik.Tiba-tiba kepala Ain terasa sakit.Denyutan kepalanya semakin kuat,pandanganya semakin kabur dan dia tidak menyedarkan diri."Ain?Ain!" Arif sempat menangkap tubuh Ain Zhafirah.Wajah isterinya yang kelihatan pucat membuatkan dia cemas.Dia memanggil Syed Arifin dan Sharifah Hidayah meminta bantuan.Mereka membawa Ain Zhafirah ke hospital.

Ain terbaring lemah di katil.Wajahnya kelihatan pucat dan lesu.Mungkin kerana dia banyak berfikir.Sesekali matanya terbukak.Dia terjaga dari tidur lena.Ain terpandah wajah Ibu mertuanya yang berada di sisi."Mummy?" Perlahan dia cuba bangun dari katil tetapi tidak terdaya.Sharifah Hidayah membantunya untuk bangun."Ain tak sihat,banyak kan berehat ya," Ujar Ibu tersenyum kepadaku.Pintu bilik rawatan terbuka menandakan seseorang masuk.Orang itu adalah Arif.Dia lantas mendapatkan Ain.Dahi Ain Zhafirah dicium berkali-kali.Ain memandangnya pelik.Eee dia nih,malu lah ramai nampak."Kenapa nih?" Soalku ragu-ragu.Aku memandang wajah satu persatu.Wajah mereka hanya bersikap tenang."Abang risaukan firah je,lain kali jangan buat kerja berat-berat.Banyakkan berehat,okay?" Aku mula pelik memandang Arif.Tak pernah pulak dia larang aku buat kerja-kerja tuh.Kalau aku ada mesti dia yang curi tulang.Heh."Kenapa? Firah sakit ke? Firah sakit apa," soalku mula tertanya-tanya.Ain mula resah.Dalam kepalanya menafikan yang dia mempunyai penyakit yang berbahaya."Em,sakit bawak budak.." Kata Syamimi tersenyum nakal kepadaku.Bawak budak? Aku mengangkat kening dan mengerutkan dahi.Tangan kanan ku diramas lembut oleh Mummy.Daddy pula memberikan senyuman kepadaku.Aku masih tidak dapat membaca apa yang difikirkan mereka."Haa?" Aku mengajukan soalan.Bahuku dirangkul oleh Arif yang duduk disebelahku.Tanganku digenggam olehnya dan dikucup berkali-kali."Abang akan jadi papa lagi 8 bulan," Aku tersentak mendengar kata-katanya sebentar tadi.Arif tersenyum melihatku.Aku merasakan dunia ini bagai mimpi.Ya Allah,hanya kau sahaja yang mendengar bisik hatiku.Alhamdulillah,terima kasih atas kurnianmu.Aku menekup mulut dan muka teruja.Mereka hanya ketawa gembira memandangku dan Arif.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now