Part 8

151 5 0
                                    

"Apa kau bincang ngan mak aku tadi?"aku mula ajukan soalan."Cerita tentang kau lah,apa lagi."mungkin apa yang dikatakan benar.Bukan main ketawa sakan mereka tadi.Aku hanya menjawab "ohh".Aini dan Izz mula bermesra di tepi kolam ikan manakala Ain dan Hafiz masih menahan perasaan malu.Sukar untuk meluahkan perasaan.Bagi mereka belum masanya mungkin dalam waktu yang terdekat atau mungkin juga mengambil masa yang agak lama untuk berfikir.Loceng rumah Ain berbunyi menandakan ada tetamu.Dia menjenguk di luar pintu rumahnya."Morning Ain."Satu ucapan yang diterima olehnya.Senyuman di akhir kata jejaka itu membuatkan Ain melayang seketika."Morning,nak apa datang sini pagi-pagi.Sebelum tu jemputlah masuk,mama ada kat dalam."Lantas Ain berkata-kata.Tidak sempat Faris ingin memotong percakapannya.

Ya,jejaka itu adalah Faris.

"Eh tak pe lah,saya cuma nak hantar makanan ni.Saya yang buat.Rasalah."Aku tanpa segan silu membuka pentup bekas itu dan mengambil kuih donat itu.Empuk,gebu dan sempurna."Mmm sedapnya.Ya Allah,awak tak sia-sia awak buat donat ni."tiba-tiba dia ketawa melihat aku.Aku mula keliru.Tanganya hinggap di pipiku dan sapu sisa gula yang ada dihujung bibirku.Perlahan tangannya ditarik balik.Aku tersenyum malu."Saya kan kanak-kanak,tu yang makan comot."Aku menundukkan kepala.

Tanpa mereka sedari,dari tadi mereka diperhatikan oleh seseorang dan dia adalah Hafiz.Dirinya terasa tercabar melihat adegan itu.Dia merasakan bahawa dirinya belum cukup sempurna untuk Ain.Apa yang harus dia lakukan?"Aku harap dia tak dapat gantikan aku dalam hati kau Ain" Dia berlalu pergi dari tempat itu.

"Eh,makan lah lagi.Takkan tu je.Tak sedap ke anak anak dara aunt masak?"

"Eh,sedap aunt.Kalau tak sedap tak delah kitaorang tambah dua kali ye tak Man?"Izz menoleh ke arah Hafiz.Hafiz hanya tersenyum paksa dan bangun dari tempatnya untuk membuang sisa makanannya di dapur.Semua yang berada di meja makan menoleh ke arah Ain.Ain dengan segera bangun mengekorinya.

"Kau ni kenapa?Tiba-tiba saja moody." Hafiz tidak mengendahkan soalan itu.Hanya berjalan ke arah ruang tamu seperti tiada orang disekelilingnya.Berkali kali Ain memanggil namanya,namun tiada satu pun yang dia sahut.Ain mengambil tempat untuk duduk di samping Hafiz yang asyik melayan gajetnya."Hey,ceritalah.Kenapa ni?kau demam eh?Ke saraf otak dah putus?atau hati kau dah retak bagai kaca pecah?" Ain tetap cuba untuk memujuk.Di akhir katanya Hafiz memandang nya lalu menoleh kembali."Nak aku gam balik hati kau tu ke?Kalau macam tu aku ambik gam kat atas atau pon benang ke apa .." Lantas saja Ain bangun Hafiz berkata "Tak payah susah-susah.Duduk je sini." Bercakap pon kau.ingat bisu dah. "Okay,tell me the story." Ain melihat Hafiz dengan penuh menantinya "Once upon a time,dah la malas nak cerita."

"Alaaa Hafiz,please."

"Okay,kau nak tipu ke betul-betul?"

"Of chorse lah betul."

"Aku sayang kau."

"Tipu lah tipu"

"Siapa lelaki yang jumpa kau petang tadi?"

"Jiran aku lah.Kenapa?Jeles?Jangan risau lah.Dia takkan rampas tempat kau sebagai kawan terbaik aku."

"Ceh,yang tu buat aku sayang kau tu."

Mereka mula ketawa.Berpura-pura dan menafikan perasaan antara satu sama lain itu lah yang mereka lakukan.Tidak tahu sampai bila mereka ingin merahsiakan perasaan ini."Amboi sukanya mereka gelak,kita pun nak jugak bersayang-sayang kan Izz?" Izz mula berkerut.

"Ding Dong"bunyi loceng rumah Ain berbunyi.Datin Arrissa membuka pintu rumahnya "Eh,Faris masuklah dulu." Datin Arissa meminta izin untuk membuat air minuman dan mengejutkan Ain.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now