Part 5

167 8 0
                                    

"Eh kenapa ni?nak saya panggilkan doktor ke?"aku berpaling ke arah suara itu.Siapa pula mamat ni?Aku kenal dia ke?"Awak siapa ya?"Dia tersenyum.Aduh manisnya senyuman."Dia okay tak ni? kalau tak saya hantar pergi klinik."Semakin lama Aini dapat bernafas seperti biasa.Seram jugak aku tengok dia tu.Macam mintak nyawa."Eh,tak..pa..sa..ya..dah...okay"tercungap-cungap Aini membalas."Awak tak jawab lagi pertanyaan saya,awak ni siapa?saya kenal awak ke?"Dia ketawa.Eh dia ni,aku tanya elok-elok.Gelak pulak dia.Geram.

"Ouh maksudnya awak kenallah mak saya?"

"Yup,saya duduk selang dua rumah dengan awak.Mak awak selalu cerita pasal awak."

"Ouhhh"aku tak tau nak balas apa.Oh je la.

"Yang ni sapa?"

"Yang ni?kakak."

Muka nya berubah hairan.Mungkin mama tak pernah cerita kat dia atau mungkin dia tak pernah tengok dalam gambar.Dekat rumah aku seluruh sudut dipenuhi gambar."Kakak angkat.Tak delah kakak sangat,umur sebaya.Beza bulan saja."Rupanya berubah seperti biasa.Sedar tidak sedar,kami sampai di pekarangan rumah.Rasa sekejap je bila balik.Aini meninggalkan kami berdua.Mungkin penat.Kurang asam betol."Mmm nanti kita contact-contact.Saya balik dulu" Satu lagi senyuman diberi.Manisnyaaa senyuman..

"Oit,berangan je keje.Apahal,dah terpikat dekat mamat tu ke?"Tau tau je aku berangan pasal mamat tu."Ish.Tak de masa aku nak minat kat mamat tu.Tapi senyuman dia manis"aduhh melt lah pulak bila teringat balik senyuman dia."Dah,aku nak mandi lepas ni nak video call"Biasalah orang kemaruk bercinta.Jeles ah.

Hari sudah pun malam.Aku melihat bintang-bintang yang ada dilangit,sambil-sambil itu aku melihat sekeliling kawasan rumah.Semuanya senyap sunyi.Almaklumlah raya dah habis,tak de lah orang bermain mercun.Tiba-tiba aku merasakan ada orang mencuit bahuku lalu aku berpaling.Alangkah terkejutnya melihat mamat tadi datang ke sini.Aku hairan juga dari mana dia boleh masuk ke kawasan rumah aku dan macam mana dia boleh panjat sampai ke atas bumbung ni.eheh,aku memang suka duduk atas bumbung kalau waktu-waktu macam ni.Kecuali waktu hujan,mau nak kena sambar petir.Esok keluar paper "Remaja mati disambar petir".Aku meraba-raba kepala ku.Mujurlah aku sudah menyarungkan tudung.Kalau tak memang aku terjun ke bawah untuk mengambil tudung.Patah riuk sekalipun aku tak kisah,aurat mesti dijaga.

"Assalamualaikum,kenapa duduk sini?Kakak awak mana?"

"Waalaikummussalam,bervideo call dengan tunang dia" aku menekankan perkataan video call dengan menunjukkan simbol pembuka kata di kedua-dua tangan aku."by the way saya lupa nak tanya,nama awak siapa?"

"nama saya? Ain Zhafira"

"Hey curi nama orang,jangan lah main-main."

"ye saya tak main-main.Betullah tu nama saya"

"awak bapok lah ni?"

"Eh,senangnya awak cakap.Saya lelaki tulen okay.Anak melayu jati yang diberi nama Faris Anuar"

"Ouhh sedapnya nama,sama macam tuan dia jugak.Hensem" Uish asal dengan aku ni?Macam mana boleh tersasul pulak nih.Aku menampar mulutku.Jahatnya mulut aku ni.Tak delah jahat mana.

"Dah lewat dah ni,awak pergilah masuk tidur."

"Tak pe lah kalau awak nak balik,balik je lah.Saya biasa tidur lambat.Daripada saya dengar kakak saya duk bergelak ketawa dan berasmara dana,baik saya duduk sini."Aku kembali melihat langit.Sempat juga aku menjeling ke arahnya.Tampan.

"Kalau macam tu saya temankan awak lah malam ni,tapi jangan risau saya takkan buat apa-apa kat awak.Jamin 100%" Dengan yakinnya dia menjelaskan isi hatinya.Lawak lah dia ni.Aku dapat rasakan yang Hafiz ada disebelah aku.Tapi ini Faris bukan dia.Hafiz kau kat mana?

^^^^^^^^^^^^

"Morning mama" aku melihat ibuku sedang menyediakan sarapan di pagi hari.Mungkin kauorang tertanya-tanya,aku ni anak tunggal ke?Ayah aku mana? Sebenarnya aku ada 3 orang adik yang masih belajar.seorang masih di Canada bersama ayahku dan dua orang masih bersekolah di asrama."Jadi harini teman mama pergi shopping,okay?"aku melihat Aini.Nampaknya Aini memberi isyarat setuju.Aku hanya mengikut.

Sudah lama tidak bershopping sakan.Aku melirik dari kedai ke satu kedai.Hampir kesemua meletakkan kertas bertulis SALE.Maklumlah nak habiskan stok.Mungkin.Akhirnya kami  pulang dengan tangan yang penuh.Memang terbaik.

Macam biasa aku mandi dan solat.Aini pula bermain twitter sementara aku mandi.Aik? tak de pulak nak bervideo call.Mungkin Izz busy.Aku keluar sambil mengeringkan rambutku."Weyh,kau tak rasa rindu ke kat Hafiz?"Aini memecahkan keheningan.Kenapa pulak dia tanya soalan tu?"Kenapa kau tanya?"aku membalas dengan soalan."Tak de lah,aku tengok makin lama kau makin rapat dengan Faris tu.Kau dah ekhem ekhem ke?"Aik.Lain macam je bunyi."Jangan lah pikir bukan bukan,aku hanya kawan je dengan dia.Lagipon aku baru tau yang dia tu belajar dekat UK.Universiti kau yang dulu tu." "Apa?kenapa tak cakap awal-awal kalau tak aku tak jadi pindah.Aku duduk je sana.Hensem jugak dia tuh."Eh budak ni.Nasiblah kau pindah kalau tidak memang melekat lah dengan budak tu."Memang patut pon kau pindah,menggatal.Izz nak campak mana?" "Izz campak dalam hati.Eh,marah nampak.Suka lah tu" belum sempat aku meraih tangannya,dia sudah masuk ke dalam bilik mandi dan menguncinya dari dalam.Takut lettew.Aku menghamparkan diriku dikatil yang empuk dan pandangan aku mulai gelap.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now