Part 16

87 5 0
                                    

"Aku tengok an,Hafiz tu hensem jugak kan" aik,dia dah kenapa? Pepagi nih merepek seorang diri.Aku lantas bangun mendekati Tina yang sedang bermain dengan komputer ribanya."Kau mimpi eh?ke gila bayang?".Dia tertawa lalu menekan - nekan papan kekunci komputer ribanya."Tak de lah,aku just teringat je." Aku baling bantal tepat pada mukanya.Tak delah sakit mana.Aku terus menuju ke bilik Air untuk mandi.Daripada aku melayan dia yang gila bayang baik aku siram pokok pokok kesayangan kat bawah.

Ouhh bunga ros~yang ku pujaaa~ di siang hari~ "amboi riangnya siram pokok bunga..".Hampir melatah aku dibuatnya.Aku cukup mengenali suara itu.Aku menoleh dan betul sangkaan aku."eh,Faris.Good Morning" aku menguntumkan senyuman.Senyuman yang dibalas membuatkan aku jatuh.Jatuh hati padanya.Alahai..

"Sudah sudah lah berasmara..Kalau ye pon sambung lah lepas makan pagi!" Usik Qistina.Aku memandangnya tajam.Dia tergelak kecil lalu masuk ke dalam."Diorang dah panggil tu,jomlah makan," aku sekadar mengangguk.

SEMINGGU sudah berlalu,aku harus pulang ke Canada untuk Last Semester.Riak wajah Datin Arissa membuatkan aku berat hati untuk meninggalkannya."Janganlah sedih,nantikan mama jumpa Ain jugak," Dia memeluk tubuhku dengan erat.Aku melepaskan pelukan dengan keluhan berat.Tanganya aku cium lama.Aku meminta doa dan restu sebelum aku bertolak ke KLIA.Hafiz,Tina dan Faris memasukkan barang barang ku kedalam bonet kereta.Kami melambaikan tangan sebelum beredar.

"Alah,kau nih balik awal giler.Aku baru je balik" Qistina mencebik bibir.Aku hanya tersenyum."Alah,bukan aku tak balik terus.Nanti kau rajin,pergi jelah Canada tuh.Bukan jauh pun,sebelah sebelah je negara," aku ketawa kecil."Nanti kat sana jangan rindu aku pulak!" Ujar Hafiz yang sedang memandu.Cis,aku tak akan rindu kau pun.Desis ku dalam hati."Heh tak de masa aku nak rindu kau," aku berpaling ke tempat lain. Faris hanya tersenyum melihat kerenah kami.

Pelukan kami terurai.Pipiku disentuh lembut."Jangan lupa aku tau,tau.. Belajar elok,elok nanti graduate insyaAllah kita orang pergi sana,kan?" Kata Tina selepas melepaskan pelukan ku.Tina memandang Faris dan Hafiz.Mereka hanya mengangguk."Baiklah,jangan lupa tau coklat banyak banyak." Aku hanya tersenyum.Berat hati ini untuk pergi.Apalah yang akan jadi pada Hafiz nanti.Baru sekejap kau luangkan masa dengan aku,maafkan aku tapi aku harus pergi.Wajahnya nampak sedih dan sayu."Saya akan tunggu awak balik," kata Faris menghapuskan lamunanku.Senyuman yang manis itu akan aku rindu.Senyuman yang selalu menyembuhkan duka aku.Faris,apakah ini yang dinamakan cinta? Tapi apa perasaan aku pada Hafiz? Ah serabut."Boleh aku cakap dengan kau sekejap," Aku hanya mengangguk tanda setuju.Aku mengambil jarak yang jauh dari Qistina dan Faris.Kini Hafiz berdiri dihadapan ku.Matanya tepat memandangku.Aku hanya menunduk."Nanti kat sana jaga diri ya,kalau kau ada masalah cari je aku." Aku hanya menguntum senyuman.Riak wajahnya membuatkan aku serba salah. "Maafkan kesilapan aku yang aku dah buat kat kau" tambahnya.Aku mengangguk tanda memaafkan kesilapannya. " Aku dah lama lupakan tu,aku maafkan kau," Aku memandang jam tanganku.Sudah tiba masanya untuk aku pergi."Aku dah kena pergi,jaga diri tau.Kau tu jangan stress sangat,nanti muka kedut" Aku ketawa.Dia memandang ku geram. Aku melambai tangan kepada Faris dan Qistina yang jauh di sebelah kereta yang kami naiki. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Hafiz.Aku beredar dari situ lantas tangan aku dicapai.Aku berpusing "Aku harap bila kau balik nanti kau dah bersedia.." Hafiz memandangku dengan penuh harapan. "Bersedia untuk apa?" Tanya ku keliru.Bersedia untuk apa? Jangan ada perkara buruk terjadi sudah. "Bersedia untuk jadi teman hidup aku.." Dia tersenyum.Aku kaku tidak tahu harus membalas apa.Aku melepaskan gengaman tanganku.Aku hanya tersenyum.Aku meninggalkan mereka dengan penuh rasa rindu.

My heart belongs to you.Where stories live. Discover now