BAB 17

2.8K 104 3
                                    

SETELAH beberapa Hari keluar dari hospital. Dan berehat selama tiga Hari dalam rumah, Kini, aku Dan Tuan Christopher berada dalam kereta. Katanya Nak Bawa aku ke satu tempat.
Berulang kali aku Tanya Dia Nak Bawa aku ke mana, tapi hanya senyuman yang aku dapat.

Tidak lama kemudian, kereta berhenti. Tangan aku di pimpin oleh Tuan Christoper keluar dari kereta. Mata aku membulat melihat bangunan penjara berdiri kukuh di depan mata.

"Abang, kita buat apa Kat sini?" soalku pada Tuan Christopher.

"Adalah.. Sabar." kata Tuan Christopher.

Tuan Christopher membawa aku masuk ke dalam bangunan. Beberapa minit berjalan, kami tiba di sebuah bilik. Seram mula terasa bila masuk dalam bilik itu. Beberapa orang asing yang lengkap berpakaian seperti anggota polis itu aku tatap sedikit takut.

"Sayang.. Duduk sini." ucap Tuan Christopher.

AKU menuruti katanya. Punggung aku labuhkan di kerusi besi itu. Tangan aku tidak lepas dari mengenggam Jari jemari Tuan Christopher.

AKU berpaling bila dengar pintu di buka. Sekali lagi aku terkejut melihat Noni masuk dalam bilik dengan tangan Dan kaki bergari. Aku rapat kan diri ke tubuh Tuan Christopher.
Noni duduk depan aku dengan riak wajah yang bengis.

"Kau Nak apa Jumpa aku? Nak ketawakan aku?" Soal Noni.

"Dah Kira ok orang datang tengok kau Kat sini." Ucap Tuan Christopher.

"Puaslah Hati kau kan? Kau dah berhasil sumbat aku Kat dalam ni." Marah Noni.

Tuan Christopher ketawa sinis. Aku yang memang trauma dengan Noni hanya diam Dan tunduk memandang lantai.

"AKU Bawa bini aku datang sini Nak bagitahu kau. Kita orang Akan balik Malaysia. Dan kau, aku harap kau selamat Kat sini Dan Kat dalam tu." ucap Tuan Christopher.

"Dasar sial! Puas hati kau cinta? Puas? Kau memang Nak mati!!" jerit Noni.

Noni menjadi ganas. Dia naik atas meja Mahu menerpa ke arah aku. Tapi pantas anggota yang. Bertugas menerpa Dan menahan Noni. Tanpa belas kasihan Noni di heret keluar dari bilik sambil menjerit mengatakan Mahu membunuh aku.

AKU lepaskan nafas lega bila Noni Sudah hilang dari pandangan mata. Bahu aku di peluk. Tuan Christopher membawa aku keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, kami Sudah pun berada dalam kereta.

"Abang.. Apa Akan jadi pada Noni?" soalku setelah lama kami berdiam diri.

"Penjara. Berapa tahun. Aku tak pasti." Ucap Tuan Christopher daftar.

"Kasihan Dia." Ucapku.

"Dia yang pilih jalan hidup macam tu Sayang." Ucap Tuan Christopher.

"Abang tak Nak tolong Dia ke?" soal ku lalu berpaling melihat wajah Tuan Christopher.

"Kenapa kena tolong orang yang Nak bunuh bini aku?" Soal Tuan Christopher semula.

"Tapi, Dia jadi macam tu sebab kita. Sebab Cinta. Kalau lah, kalau lah Cinta tak muncul dalam hidup abang.. Mungkin semua ni tak Akan jadi macam ni." Ucapku serba Salah.

AKU terkaku bila kereta yang kami naiki tiba-tiba saja berhenti di bahu jalan. Bahu aku di sentuh oleh Tuan Christopher. Rahangnya bergerak. Seperti menahan Marah.

"Kenapa kena cakap pasal Dia sekarang? Kau tak tahu atau kau buat tak tahu? Kau sedar ke tak sedar? Perempuan tu Nak bunuh kau. Kau faham tak? So, memang wajar Dia duduk dalam tu." Ucap Tuan Christopher Marah.

"Tapi, Dia pernah menjadi seorang yang istimewa dalam hidup abang.." Ucapku perlahan.

"Stop! Aku tak Nak cakap pasal Benda ni lagi." Ucap Tuan Christopher tegas.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now