BAB 18

2.5K 95 7
                                    

Aku Dan Tuan Christopher tiba di rumah Agam milik keluarga aku itu keadaan sangat sunyi Dan sepi. Hati yang memang risau bertambah risau melihat keadaan rumah yang sunyi.

Loceng rumah di Tekan. Pintu di buka oleh orang gaji. Aku bertambah risau bila orang gaji pun terlihat sedih. Kenapa ea? Aku gagahkan diri untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang. Mana pergi semua orang?" Soalku bila kami Sudah tiba di ruang tamu.

"Duduk dulu sayang." Ucap Tuan Christopher.

AKU labuhkan punggung di sofa. Beg tangan aku letak atas meja. Tuan Christopher juga duduk di sebelah aku. Tidak lama kemudian, Erwina datang Dan memeluk aku erat.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku?" tanyaku ingin tahu.

"Bawa bersabar ya Cinta." Ucap Erwina.

Hati aku di palu rasa ingin tahu. Erwina sekejap saja berada di ruang tamu. Selepas itu, Erwina berlalu Dan hilang di balik pintu yang menuju ke halaman rumah. Ketika aku ingin mendekati Tuan Christopher, tiba-tiba suasana menjadi gelap. Aku terjerit kecil kerana terkejut.

"Abang?" Panggilku.

"Iya.. Kejap abang pergi tengok suis lampu." Ucap Tuan Christopher.

"Nak ikut." ucapku.

"Sayang duduk sini je. Kejap je abang pergi. Nanti abang datang lah balik." Ucap Tuan Christopher.

AKU akur. Aku mematung di tepat duduk sementara Tuan Christopher Sudah pun hilang di balik kegelapan. Setelah lebih lima belas minit berlalu. Tuan Christopher masih belum kembali. Aku mula rasa panik. Janganlah Ada benda tak elok lagi yang berlaku.

"Abang?" Panggilku sambil berdiri.

"Along? Erwina! Ayah?" panggil ku lagi.

Tapi suasana tetap sunyi Dan sepi. Aku menelan air liur. Dalam kesamaran malam, aku bergerak Mahu mencari suami Dan ahli keluarga aku. Tapi tiba-tiba bahu aku di sentuh dari arah belakang. Aku terkejut.

"Jangan berani Nak berpaling kalau tak Nak kepala kau pecah." Kata manusia yang berada di belakang aku.

"Aw-Awak Nak apa?" Soalku takut.

"Jangan banyak Tanya. Jalan!" Kata manusia itu lagi. Suaranya seperti suara robot.

Tanpa banyak kata, aku atur langkah ke depan. Berkali-kali aku telan air liur bagi hilangkan ketakutan yang timbul. Aku terjerit kecil bila terasa tubuh di tolak.

"Encik, Maafkan keluarga Saya Jika mereka Ada buat Salah. Jangan apa-apa kan kami. Jangan apa-apa kan Saya. Saya mengandung Encik." Rayuku. Airmata dah laju mengalir di pipi.

"Diam!" Kata manusia tu lagi.

AKU Cuba bertenang. Kawasan yang gelap itu aku redah. Aku berharap Dan berdoa agar Tuan Christopher Ada di sisi aku Dan selamat kan aku Sama seperti sebelum ini. Tidak sedar aku dah menangis teresak-esak.

"Tutup mata kau. Dan berdiri Kat sini. Kau jangan berani Nak bergerak." Kata Manusia itu memberi amaran.

"Ba-baik." Ucapku perlahan.

AKU di tinggal kan sendirian. Jari jemari aku ramas untuk hilangkan rasa takut. Tidak lama kemudian bunyi tapak kasut berjalan menerpa gegendang telinga aku.

"Buka mata kau." Kata suara itu lagi.

Laju saja aku mendengar arahan itu. Mata aku buka Dan tiba-tiba suasana menjadi terang. Aku terkesima.

"Happy birthday Cinta Lestari!"

Erwina, Edward, ayah. Madam Lee, Tuan Chris, Christian, Christina Dan anak aku Charles berada di depan mata. Aku terus duduk mencangkung. Allah! Allah! Aku tekup mulut tidak Mahu mereka dengar tangisan aku.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now