BAB 28

5.2K 179 16
                                    

Perlahan aku celikkan mata. Bunyi bising  mesin menyapa halwa telinga. Aku ingin bergerak tapi ada sesuatu yang menghalang pergerakkan aku, bukan itu saja. Mulut aku juga seperti ada sesuatu. Tiba-tiba aku terbatuk dengan kuat. Rasa tak selesa mulai muncul.

"Sayang? Sayang? Allah.. Kejap sayang." Hanya mataku saja yang bergerak melihat Tuan Christopher keluar dari bilik dengan tergesa-gesa.

Beberapa waktu kemudian, Dia kembali bersama dengan beberapa jururawat Dan juga doktor. Aku menutup mata saat segala yang ada di tubuh mula di tanggalkan satu persatu. Hingga benda yang ada dalam bibir aku juga akhirnya di tanggalkan.

Berbagai soalan yang di Tanya. tidak lama kemudian, mereka semua keluar dari bilik dan meninggalkan aku dan Tuan Christopher saja. Aku cuba untuk bangkit dan di bantu oleh Tuan Christopher. 

"Abang?" soalku sambil tangan menyentuh bahagian perut, terasa senak di bawah ari-ari. 

"Sayang.. kau, hmm.." ucap Tuan Christopher tertunduk. 

"Saya kenapa abang?" soal ku dengan nada lemah. 

"Kau rehat dulu, dah okay sikit nanti aku suruh doktor sendiri yang jelaskan." ucap Tuan Christopher.

"Saya ok, abang beritahulah saya kenapa? kenapa ada bekas jahitan di sini?" soalku lagi bila tangan dapat merasakan kesan jahitan di bawah ari-ari.

"Kau mengandung sayang, tapi. Kandungan itu di luar rahim. Bahaya untuk bayi Dan kau juga. Aku minta Maaf sebab terpaksa pilih kau." ucap Tuan Christopher lalu mengucup dahi aku.

Aku terdiam, Tuan Christopher membelai pipi aku. tidak sedar airmata mengalir lesu di pipi. Aku kehilangan anak untuk kedua kalinya, tidak tertahan, aku menangis. Tuan Christopher yang panik terus saja memeluk tubuhku dengan erat. seolah memberi dan menyalurkan semangat buat diriku. agak lama kami dalam keadaan begitu. sehinggalah aku beransur tenang dan tangisan pun berhenti. 

"Allah dah takdirkan jalan hidup kita begini, kita harus pasrah walau pun payah nak terima." bisik Tuan Christopher. aku angguk dalam paksa. ya allah, semoga ada hikmah di sebalik semua ini. 

Tuan Christopher meminta aku berehat, aku yang sememangnya masih rasa lenguh satu badan, hanya menurut dan mula menutup mata. Benda terakhir aku ingat, dahi aku di kucup dan rambut di belai manja. 

****

"Chad, tolong mama kejap!!" Aku menjerit memanggil nama anak sulung aku. 

"Iya mama? kenapa tu?" soal Charles yang sudah berdiri di muka pintu dapur. 

"Ni.." Aku muncungkan bibir kearah Charlos yang memaut erat kaki aku. 

"Alooo, kenapa manja sangat ni ha?" usik Charles lalu mendukung adiknya. 

Aku tersenyum melihat Charles yang sudah pun membawa adiknya ke ruang tamu. seminggu selepas aku keluar dari hospital, aku di jaga oleh Madam Lee selama dua bulan. pantang jugalah namanya sebab itu ini tak boleh. lagi bila tahu aku mengandung luar rahim, risau sangat kedua orang tua suami aku tu. syukurlah aku kini di kelilingi oleh orang yang baik-baik saja. 

Aku ketika ini sedang sibuk bersilat di dapur. seperti orang lain, aku kini suri rumah sepnuh masa. syarikat milik keluarga aku, aku dah tak uruskan lagi. Erwina dan Eliana yang uruskan. kalau ikutkan ayah nak je bagi aku urus dari jauh syarikat yang ada di London itu, tapi aku rasa nak fokus sepenuhnya perhatian pada rumah tangga dan anak-anak aku. 

Telefon yang berada di atas meja makan berdering meminta di jawab. aku berhenti mengaul kuah guali yang ada dalam periuk dan menjawab panggilan yang entah dari siapa. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now