BAB 24

3.2K 127 10
                                    

AKU terjaga dari lena. Mata aku celik dan suasana romantik menyapa pandangan mata. Eh? Bila masa aku ada atas katil ni? Bukan tadi aku dalam kereta ke? Aku turunkan kedua kaki dan bersedia untuk berdiri.

"Dah bangun?" soal Tuan Christopher. Pantas aku berpaling dan melihat Tuan Christopher yang berdiri di balkoni dengan kedua tangan dalam kocek.

Aku terkaku. Tusedo sudah tidak tersarung di tubuhnya. Dia hanya memakai short pants hitam dan tidak berbaju. Rambutnya yang basah menambahkan lagi pakej kacak yang di milikinya. Pantas aku mengalihkan pandangan saat mata kami bertemu. Aku rindu lelaki ni, Jika selama ini aku boleh buat tak tahu sebab dia tidak berada di depan aku. Tapi sekarang dia berada dekat dengan aku.

"Kenapa bawa saya ke sini?" soalku perlahan.

"Menjadi satu kesalahan ke bawa isteri datang sini?" Soal Tuan Christopher pada aku.

"Saya tak cakap salah. Saya cuma bertanya." ucapku perlahan. Tak mahu timbulkan kemarahan Tuan Christopher.

"Congratulations sebab project kau tu berjaya di laksanakan." ucap Tuan Christopher.

"Terima kasih."Ucapku angkat muka Dan tersenyum.

Mata kami bertemu. Seperti ada magnet. Aku menatap wajahnya lama. Hati berdebar bila Tuan Christopher tersenyum lalu melambai meminta aku menghampiri dia. Seperti di pukau. Aku bangkit dan melangkah menghampiri dia.

Tangannya aku capai dan biarkan kekura lengan ku di kucup oleh Tuan Christoper. Satu rasa mengalir ke seluruh tubuh. Tidak mahu terbuai dengan perasaan rindu dan ingin di belai, aku menarik tangan lalu berdiri di balkoni. Mata aku halakan ke arah lampu yang menerangai bandar Kuala Lumpur itu.

"Kau sihat?" tanya Tuan Christopher sambil berdiri di sebelah aku.

"Alhamdulilah, seperti yang awak lihat." kataku masih tidak mahu memandang wajah Tuan Christopher.

"Cinta.." panggil Tuan Christopher.

"Hmm?" Ucapku masih memandang ke depan.

"Pandang aku Cinta." ucap Tuan Christopher. Bahuku di sentuh.

Aku menoleh ke arahnya. Kini kami bertentang mata. Entah kenapa, aku berikan senyuman kepada Tuan Christopher. Tiba-tiba, pinggang aku di tarik dan kini aku berada dalam dakapan Tuan Christopher. Untuk seketika. Kami tidak bersuara, hanya nafas yang turun naik.

"Kenapa?" soal Tuan Christopher.

"Ha?" Ucapku.

"Kenapa aku susah nak lupa kau? Kenapa aku tak boleh kalau tak rindu kau? Kenapa aku tak boleh tak tengok kau? Kenapa hati aku setiap hari akan bertambah sayang pada kau? Kenapa?" soal Tuan Christopher.

Tubuhku di peluk erat. Jari jemarinya bermain di pinggang aku. Aku menelan air liur. Wajahnya di angkat memandang aku. Aku Cuba untuk bertenang. Aku cuba kawal hati yang terlalu ingin di belai dan membelai. 

"Saya tak Ada jawaban untuk soalan awak.. Sebab hati saya pun alami benda yang sama." Ucapku.

"Cinta.. Aku.. Aku.." ucap Tuan Christoper.

"Tak apa, saya tahu hati awak dah terbagi pada orang lain. Dan, saya dah tak layak berada di hati awak. Saya dah boleh terima kenyataan. Saya cuma nak awak lepaskan saya sebelum awak berkahwin dengan Rebecca. Kalau awak nak tahu, saya tak rela kongsi awak dengan orang lain. Awak milik saya seorang. "Ucapku meluahkan segalahnya.

Airmata mulai menitis. Wajah Tuan Christopher aku pandang dengan linangan air mata. Kami saling bertentang mata.

"Maafkan saya di atas semua yang telah Saya lakukan. Maafkan Saya sebab tinggalkan awak. Maafkan saya sebab kecewa kan awak. Maafkan saya sebab lukakan hati awak. Maafkan Saya Sebab masih sayang Dan cintakan awak. Maafkan saya sebab tak Nak kongsi awak dengan orang lain. "Ucapku penuh perasaan.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now