BAB 1

5.8K 188 1
                                    

Aku melepaskan satu keluhan nipis. Kain baju milik ibu, aku lipat kemas Dan susun rapi ke dalam kotak. Tidak terlintas di fikiran aku bahawa ibu akan pergi secepat ini. Airmata bergenang. Baju terakhir yang di pakai oleh ibu aku sentuh.

Tidak tertahan, airmata mengalir membasahi pipi. Baru beberapa hari yang lalu ibu di kebumikan, aku Sudah mula rindu. Kini aku sendiri di sini. Ada ayah. Tapi, entah di mana. Masih hidup atau pun sudah mati. Aku menarik nafas Dan hembus perlahan-lahan.

Aku kuatkan hati mengemas segala barang milik ibu. Beberapa jam kemudian, segala barang itu Berjaya aku masukkan ke dalam kotak. Barang-barang ini Akan aku sedekahkan pada mereka yang memerlukan.

Aku melihat beberapa helai kertas di meja kecil yang terletak di ruang tamu rumah. Punggung di labuhkan di kerusi lusuh yang hanya menanti patah. Rambut ikal mayang milik aku ini aku sanggul seperti wanita yang baru lepas bersalin.

Satu persatu helai kertas itu aku tatap Dan Baca isinya. Kertas ni mengandungi perjanjian di Antara aku dan Tuan Chris. Orang yang menawarkan duit yang banyak tapi dengan syarat yang tidak di benar kan oleh agama Mahu pun manusia di luar Sana.

Siapa yang Nak jadi ibu tumpang kan? Tapi, aku waktu ini tidak berfikir panjang. Aku cuma Nak ibu selamat menjalani pembedahan. Ah, Charles. Anak aku. Macam mana aku Nak cari kau Nak? Mata aku melihat alamat yang ada di muka surat depan kertas perjanjian itu. Aku tersenyum sendiri.

"tidak lama lagi, kita Akan berjumpa Charles." gumamku sendirian.

Aku tulis di kertas alamat yang tertera lalu aku bergegas masuk ke bilik Dan mencapai cardigan Dan beg duit. Telefon nokia jenis 8250 aku masuk dalam kocek seluar. Beberapa keping duit rm10 aku Bawa. Aku keluar dari rumah dengan menunggang motosikal peninggalan arwah ibu.

AKU Mahu ke Cafe yang berdekatan atau lebih di kenali sebagai CC. Yalah, dulu telefon hebat ni belum Ada. Mahu berhubung dengan manusia menggunakan media sosial perlu Ada Pc atau laptop. Kalau tiada, perlu ke kedai siber.

AKU tiba di kedai itu Dan terus mengambil tempat depan Pc. Dengan Hati yang berdebar, aku menaip satu persatu huruf alamat yang tertera di Google. Mata aku membulat melihat nama Dan beberapa syarikat yang keluar bila alamat itu aku search.

"Chris Lee,  Christian Lee, Christina Lee, Christopher.." aku berbisik sendirian.

Gambar lelaki yang bernama Christopher itu aku klik. Kelihatan jelas raut wajah lelaki yang aku kandungkan anaknya di depan mata. Muka ya dingin. Beku. Ah, macam mana aku boleh setuju sprema jantan ni masuk dalam rahim aku? Jangan anak aku ikut muka bapa Dia ni sudahlah.

Aku klik satu gambar kecil. Melihat gambar itu, Hati aku rasa sebak. Perlahan aku sentuh gambar itu. Airmata tiba-tiba saja mengalir.

"Charles.." bisikku lagi. Anak aku dah Besar, segak Dan tampan. Wajahnya seratus peratus ikut Christopher.

Aku sandarkan tubuh di kerusi. Otak mula berfikir macam mana Nak dekat  atau jumpa anak aku. Keluarga Tuan Chris bukan calang-calang. Ke mana saja ahli keluarga itu pergi, mesti Ada yang menjaga. Apa orang panggil sekarang? Bodyguard kan?

Aku Baca artikel yang menulis tentang keluarga ini, banyak persoalan yang di timbulkan oleh wartawan. Salah satunya kehadiran Charles yang tiba-tiba Dan kekerapan keluarga itu menukar pengasuh kerana Charles di labelkan sebagai seorang anak yang cerewet.

Aku mengeluh berat. Berani mereka kata anak aku cerewet? Dua tahun aku jaga budak tu, tak ada cerewet seperti yang tertulis dalam artikel ini. Penipu punya wartawan! Aku jadi Marah pula.

Aku skrol ke bawah dan membaca perenggan yang seterusnya. Bibir aku tersenyum melihat perkataan yang tertulis di artikel itu.

"Tuan Christopher telah membuka temu duga untuk mencari pengasuh Baru untuk satu-satunya anak lelaki milik beliau." aku membaca perlahan ayat itu.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now