BAB 8

4K 139 9
                                    

Aku tersenyum melihat seorang wanita yang sedang seronok bermain dengan seorang kanak-kanak. jelas terpancar kegembiraan di wajah dua beranak itu. aku hanya mampu memerhatikan dari jauh, untuk seketika. Kanak-kanak itu melihat kearah aku dan tersenyum. tangannya di angkat lalu melambai ke arah aku.

aku yang pada mulanya bersandar terus berdiri tegak saat melihat kanak-kanak itu berlari anak menghampiri aku, makin lama-makin hampir. Tapi, aku tak nampak wajah kanak-kanak itu. hanya cahaya terang saja.

"Mama.." panggil kanak-kanak itu.  Aku tergamam. Tangan aku di capai.

"jom mama." kata kanak-kanak itu. aku nak bersuara, tapi mulut aku rasa terkunci.

Aku di pimpin oleh kanak-kanak itu menuju tempat permainan tadi, wanita yang bermain dengannya sudah tidak ada di situ. ke mana dia hilang? Kanak-kanak itu mengajak aku bermain. entah kenapa, aku turutkan dan kami bermain dengan riang. 

"Mama.. adik dah nak balik." kata kanak-kanak itu sambil meraih tanganku. 

dikucupnya lama, tapak tangan aku di tekapkan ke pipinya, aku menjadi sebak. aku ingin bersuara tapi mulut seolah terkunci. 

"Adik tunggu mama kat sana ya!" kata kanak-kanak itu lagi. airmata aku menitis. aku ingin halang tapi, entah kenapa semua itu tidak mampu aku buat.

"adik sayang mama, terima kasih kerana sudi jaga adik dalam ni." kata kanak-kanak itu lagi.

perut ku di sentuh dan pipiku di kucup. allah! aku dah banjir dengan airmata. kanak-kanak itu berundur kebelakang dan lama- kelamaan batang tubuhnya hilang dari pandangan aku. aku menangis teresak-esak.

"Cinta!" nama aku di panggil oleh Tuan Christoper. Aku celikkan mata, airmata mengalir. aku sentuh perut yang masih besar. belum sempat menarik nafas lega. Aku rasa sakit yang amat. 

sakit yang sama waktu mahu melahirkan Chad. Tuan Christoper tergamam melihat kearah aku. beberapa doktor menyerbu masuk kedalam bilik. bahagian punggung aku sudah basah dengan darah. sakitnya allah saja yang tahu. Tuan Christoper terkaku melihat ke arah aku sebelum dia sedar saat mendengar jeritan dari salah seorang doktor.

"tolak masuk bilik bedah sekarang!" jerit salah seorang doktor. Tuan Christoper memegang lengan aku. 

"Cinta.. Cinta, aku ada kat sini. kuat untuk aku." Wajah Tuan Christoper sudah pun merah menahan tangis.

"Kuat untuk aku dan anak kita Cinta!" jerit Tuan Christoper saat aku sudah di tolak masuk dalam bilik bedah.

****

Aku tersedar saat terasa perit di bahagian perut. mata aku celikkan, aku cuba untuk ingat balik apa yang berlaku. Perlahan aku bangkit dan duduk menyandar dengan perlahan-lahan. Aku sentuh perut yang dulu besar kini dah kempis. airmata mengalir. inilah maksud mimpi aku. anak aku pergi tinggalkan aku. Allah, anak aku.. anak aku.. aku merintih dalam hati. 

"Cinta..?" suara Tuan Christoper kedengaran. 

"Hey.." kata Tuan Christoper lalu memeluk aku. 

Aku menangis teresak-esak di bahunya. sedih dan rasa sakit kehilangan anak yang aku kandung selama enam bulan sangat mencengkam hati aku. rambut aku di belai dan dahi aku di cium. aku tidak sanggup memandang wajah Tuan Christoper. mesti dia juga kecewa sebab aku tidak mampu menjaga anak kami itu.

"Saya minta maaf." kataku dalam tangisan.

"Kau tak salah apa pun kat aku Cinta." bisik Tuan Christoper.

"Anak kita, saya gagal jaga kandungan saya." kataku lalu memeluk erat tubuh Tuan Christoper.

"Salah aku juga sebab tinggalkan kau kat rumah hari tu. aku yang gagal jaga kau dan anak kita." Pujuk Tuan Christoper.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now