BAB 5

4.8K 162 11
                                    

Aku melihat sekeliling yang berwarna putih. Allah! Aku kat mana? perlahan aku bangkit dari tempat baring. ah! kepala aku sakit sangat. Aku cuba untuk ingat balik apa yang berlaku. Oh shit! aku kena belasah dengan Noni.

aku melihat penampilan diri yang memakai baju biru. aku kat hospital? lama aku termenung dalam  bilik wad itu, aku rasa macam hidup aku susah sangat. pertama, niat asal aku nak jumpa anak aku. tapi kenapa sampai macam ni?

Tuan Christopher siapa sebenarnya? kenapa dia kenal aku dan aku pula tak kenal dia? macam mana dia kenal Ris? kenapa bila aku berada dekat dengan Tuan Christopher, hati aku berdebar dengan kuat? kenapa aku suka bila dia sentuh aku? aku ni dah kenapa? ak-aku suka Tuan ke?

Aku pejam mata. Aku turun dari katil lalu menuju ke bilik air. pintu bilik air aku kunci dari dalam. aku membasuh muka. tiba-tiba, aku dengar seperti pintu wad di buka dari luar. aku matikan kepala paip air.

"Mana betina yang di maksudkan? kosong je tempat ni." kata suara itu.

Hati aku berdegup takut. aku naik ke mangkuk tandas. dalam hati berdoa agar di jauhkan perkara yang tak baik.

"Madam Noni kata bilik ni," jawab satu suara lagi.

Noni? dia upah orang nak bunuh aku ke? sampai macam tu sekali dia nak buat kat aku?

"Aku tak sedap hatilah weh, gerak lah jom. kita cakap je kat Madam yang perempuan tu dah mati and mayat dia kita dah buang kat laut ke." kata satu suara.

"aku setuju, jomlah gerak." Tidak lama kemudian, aku dengar pintu wad di buka dan di tutup.

Aku menunggu beberapa minit barulah berani keluar dari bilik air. Aku segera keluar dari bilik wad. Nyawa aku dalam bahaya. aku tak sanggup macam ni. satu kesalahan besar bila aku datang jumpa anak aku.

ada baiknya aku tinggalkan semua ini dan jadi seperti dulu. biarlah aku tahu pasal Charles melalui berita saja. Aku mencari pakaian dalam almari wad itu tapi kosong, aku ikat rapi rambut.

aku keluar dari wad dengan hanya berkaki ayam. aku hanya tersenyum pada para jururawat yang melihat aku. aku pusing ke arah lift. Ketika pintu lift terbuka. aku melihat beberapa pengawal Tuan Christopher keluar dari lift.

laju aku pusing dan lari turun ikut pintu kecemasan. tapi salah seorang pengawal itu melihat aku dan menjerit.

"Puan Cinta!" aku menoleh sekilas.

alamak! mereka kejar aku pula. Aku apa lagi, larilah! dah tak ada pijak satu-satu anak tangga. aku main redah dan lompat je hahaha, kelakar pula bila ingat balik.

Aku berlari hingga tiba di kawasan tempat letak kereta. Aku sembunyi di tempat yang agak tersorok. di situ aku berehat dan mencari nafas. dalam tiga puluh minit, pengawal Tuan Christopher tiada kunjung tiba, maka. aku pun keluar dari persembunyian dan  berlari lagi hingga tidak sedar ada kereta saga menghampiri aku dan bam!

Aku terduduk, kaki aku sedikit melecet. tapi sakit juga. Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta dan melihat ke arah aku.

"Cik, maaf saya tak sempat break." kata lelaki itu.

"tak apa," aku bangkit dan jalan terhincut.

"Cik, saya bawa ke hospital." pelawa lelaki itu lagi. aku geleng kepala.

"kalau Macam tu, ambil lah duit ini untuk rawatan." kata lelaki itu lagi.

not 100 dua keping itu aku pandang. wajah lelaki separuh umur itu aku pandang dalam. Allah, aku dahlah duit tak ada. datang pula hamba Allah ni bagi duit macam ni saja. tanpa rasa malu, aku sambut huluran itu dan terus beredar meninggalkan lelaki itu  selepas mengucapkan terima kasih.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now