BAB 26

2.9K 95 4
                                    

Aku tutup buku yassin dan masukkan dalam beg tangan. Tanda kubur arwah anak aku Carlos aku pandang. Jika arwah di takdir kan hidup, sudah tentu arwah sekarang dah besar. Air mata mula menitis.

"Sayang.." Tuan Christopher memaut bahu aku.

"Maaf, hati tiba-tiba saja sebak." Ucapku lirih.

"Aku faham." ucap Tuan Christopher.

Aku diam, dalam hati tidak henti berdoa agar kami di temukan di sana bila tiba masanya nanti. Aku dan Tuan Christopher bangkit lalu meninggalkan kawasan tanah kubur dengan hati yang redha Dan ikhlas melepaskan.

"Kita balik rumah dulu tau." ucap Tuan Christopher.

"Okay." Ucapku.

"Sayang okay tak ni?" soal Tuan Christopher.

Aku angguk dan satu senyuman aku lukiskan di bibir. Dahi aku di kucup lalu kereta pun di pandu keluar meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Susana dalam kereta sunyi. Kami suami isteri seperti memikirkan sesuatu. Tuan Christopher sesekali mencapai lengan Dan mengucup perlahan. Aku biarkan kerana merasa senang di perlakukan seperti itu. Kami tiba di rumah orang Tua Tuan Christopher. Tanpa banyak soal, aku ikut Tuan Christopher keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mama!" Aku tersenyum melihat Charles meluru memeluk tubuh aku.

"Chad, anak mama." Ucapku sambil mencium kedua pipinya.

"Chad rindu mama dan ayah, Charlos mana?" Tanya Charles. Tuan Christopher menghampiri anak lelaki kami itu pantas tubuh Charles di dakap erat.

"Chad bila sampai?" soal Tuan Christopher.

"Semalam. Atuk ambil. Charlos mana Ayah?" Tanya Charles lagi.

"Ada di rumah sana." jawab Tuan Christopher.

"Boleh Bawa Chad jumpa adik? Chad rindu." kata Charles. Serentak aku Dan Tuan Christopher angguk. Wajah anak kami itu bertukar riang. Dia tinggalkan kami lalu masuk ke dalam biliknya.

"Bila sampai ni?" tegur Madam Lee yang baru keluar dari ruang dapur.

"Baru je mama." Ucap Tuan Christopher.

"Oh, Cinta sihat?" soal Madam Lee, aku angguk.

Kami melabuhkan punggung di sofa. Tidak lama kemudian, Madam Lee keluarkan satu katalog Dan di hulur kepada kami suami isteri. Tidak berkata banyak, aku sambut huluran itu lalu selak satu persatu muka surat katalog. Aku tersenyum melihat begitu banyak pilihan gaun pengantin. Dua tiga helai muka surat aku selak lalu terhenti di muka surat yang menunjukkan gaun pengantin biru laut. Leher berbentuk love. Manik-manik tidak begitu banyak tapi gaun itu kelihatan sangat cantik di mata aku. Gaun pengantin itu di padan kan dengan baju tusedo putih hitam di lengkapi blazer. Tidak sedar, aku mengusap gaun pengantin yang ada di katalog.

"Cinta pilih ini?" soal Madam Lee.

"Err, aah. Nampak cantik." Ucapku segan.

"Alhamdulilah, Mama pun suka colour Dan design tu. Mama saja bagi kamu pilih. Nampaknya pilihan kita Sama." ucap Madam Lee dengan nada yang ceria.

"Abang okay dengan colour ni?" Ucapku pada Tuan Christopher.

"Aku ikut je. Janji majlis nanti aku tak bogel sudah ler.." ucap Tuan Christopher Dan mengundang tawa kami semua.

******
Aku dan Rebecca sabar menunggu Tuan Christopher di ruang butik pengantin. Sudah satu jam, batang hidung Tuan Christopher masih tidak kelihatan. Di mana dia?

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now