BAB 25

3.1K 101 4
                                    

AKU memaut erat lengan milik Tuan Christopher. Berdebar rasa hati ni bila berjalan begini rapat dengan sang suami. Mata-mata yang melihat ke arah kami itu membuat aku tidak keruan. Di tambah dengan aura yang di miliki oleh Tuan Christoper. Ugh, aku rasa macam nak ghaib je sekarang ni. Kenapa semua mata pandang aku ni? Kenapa ea?

"Sayang okay?" soal Tuan Christopher setelah kami memasuki lift.

"Tak okay abang." jawab ku lalu melepaskan pautan di lengannya.

"Mula-mula memang rasa tak okay, lama-lama nanti. Okay lah tu." ucap Tuan Christopher lalu mengucup dahiku.

Aku diam tidak bersuara. Setelah bersama dengan Tuan Christopher lebih dari dua hari di rumah baru kami, pagi ini. Tuan Christopher meminta aku menemani ke pejabat. Aku pula selamba je menurut kata. Dah sampai kat lobby baru aku ingat, orang tak tahu aku Dan Tuan Christopher ni suami dan isteri.

Ting! Pintu lift terbuka. Pengawal yang sentiasa ada dengan kami itu melangkah keluar. Aku pula kaku. Seriously, waktu ni aku memang cuak sangat.

"Sayang? Hei?" tegur sang suami pada ku.

"Erm, sayang berdebarlah. Gigil pula tangan ni." kataku jujur. Tuan Christopher ketawa.

"Itulah, tinggalkan aku lagi. Haaaa."ucap Tuan Christopher lagi.

"Kenapa ea?" kataku sekali pakej jelingan tajam. Tuan Christopher mengekeh suka.

"Mereka boleh pandang saja sayang. Nak cakap lebih-lebih, aku tak dengar tak apa. Aku dengar, siap!" ucap Tuan Christopher.

Aku angguk. Kami memasuki ruang Pejabat, sepanjang perjalanan menuju bilik Pejabat Tuan Christopher, semua pekerja memandang aku dengan riak pelik, Ada yang kening bersambung, dahi berkerut. Ada yang senyum dan tunduk hormat. Ada juga yang saling berbisik.

"Yanto, majlis makan malam bersama kakitangan syarikat dah di uruskan?" Tanya Tuan Christopher pada pengawal yang selalu bersama kami itu.

"Dah Tuan. Di uruskan sama seperti yang Tuan mahu." ucap Yanto sambil tunduk paras dada.

"Ok, terima kasih. Hmm kau boleh keluar, pergilah makan ke apa ke. Aku perlu kau nanti aku call." ucap Tuan Christopher.

"Tapi Tuan, tak apa-apa ke Tuan stay berdua dengan puan saja?" Tanya Yanto bimbang.

"Tak apa Yanto, in sha allah. Aku dan bini aku ok." ucap Tuan Christopher dengan senyuman.

"Baiklah." ucap Yanto lalu tunduk kembali dan beredar.

Aku yang sedari tadi duduk macam wanita melayu terakhir itu, menoleh bila pinggang aku di tarik.

"Abang.. Jangan nak macam-macam ea, kita kan pejabat ni." ucapku beri amaran.

"Sikit je.." ucap Tuan Christopher.

"No, buat lah kerja dulu.. Ishh abang!" ucapku marah.

Tuan Christopher ni kalau di layan makin menjadi. Dahlah simpan jambang. Nampak tua tapi hensem. Hehehe.

"Ok, sayang duduk sini. Teman abang buat kerja." ucap Tuan Christopher.

Aku angguk, yang penting tak perlu layan perangai manja dan nafsu gila Tuan Christopher yang Kadang-kadang muncul itu kira okaylah.

Aku bermain dengan telefon bimbit sementara menunggu Tuan Christopher siap melakukan kerja. Beberapa minit kemudian, tekak pula terasa haus.

"Abang, pantry sebelah mana?" Ucapku lembut. Takut terganggu pula sang suami.

"Sebelah kanan lepas keluar dari bilik ni. Kenapa? Sayang lapar ke?" Tanya Tuan Christopher sambil memandang jam di tangan.

"Eh tak, nak ambil air je." Ucapku dengan senyuman.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now